Now Reading
[Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Anak Kucing Dengan Letak Dalam Baju

[Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Anak Kucing Dengan Letak Dalam Baju

Dia telah menjumpai anak kucing itu di tepi jalan di Bandar Penawar, Johor sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya kerana tiada ibu atau adik-beradik lain bersama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukan setiap haiwan hidup dalam keadaan yang selamat dan selesa, lebih-lebih lagi si bulus yang terbiar di tepi jalan. Kadangkala entah makan atau tidak.

Namun syukur, masih ramai golongan masyarakat yang cakna dengan nasib mereka dan sanggup bersusah payah demi menyediakan keperluan asas buat makhluk Allah SWT ini.

Ada yang meninggalkan makanan dan minuman, ada yang membantu untuk merawat kucing jika tercedera, dan ada juga yang terus ‘adopt’ si bulus masuk ke dalam keluarga mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Rezeki Datang Banyak Cara” – Lelaki Sanggup U-Turn Di MRR2 Untuk Selamatkan Anak Kucing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kerana Simpati & Kasihan, Wanita Bawa Pulang Tujuh Ekor Anak Kucing Buat Ramai Tersentuh

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk

Lelaki Jumpa Anak Kucing Oyen Tepi Jalan, Tak Sanggup Biarkan

Itulah yang turut berlaku terhadap seorang lelaki apabila dia bertindak menyelamatkan seekor anak kucing yang ditemui di tepi jalan.

Menerusi hantaran di TikTok (@zainalsteadysaj), difahamkan dia pada mulanya cuba untuk mengabaikan kucing tersebut dan menunggang motosikalnya pergi, namun si bulus itu tetap mengejarnya.

Melihat keadaan itu, dia tidak sampai hati meninggalkan kucing berwarna jingga itu yang sendirian tanpa ibu atau adik-beradik lain.

Memandangkan dia menaiki motosikal, mungkin ramai yang berfikiran pasti sukar untuk dia membawa kucing itu bersama. Kalau letak dalam raga, takut pula si bulus lompat keluar!

Lelaki Masukkan Oyen Dalam Baju, Bawa Naik Motosikal Sepanjang 40 Minit

Perkara itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat lelaki tersebut untuk menyelamatkan si Oyen.

Dia sebaliknya meletakkan anak kucing itu di dalam bajunya untuk dibawa sepanjang perjalanan menaiki motosikal. Dapat dilihat dia mengendong kucing yang sedang berada dalam bajunya.

Kadangkala, si bulus turut menjengukkan kepalanya ke luar untuk melihat keadaan sekeliling.

“Sampai ke atas ko panjat ye. Lenguh tangan aku pegang dari Penawar sampai kota,” kata lelaki itu.

Dipercayai dia telah menjumpai anak kucing itu di Bandar Penawar dan membawanya pulang ke kediamannya di Kota Tinggi, Johor, iaitu perjalanan kira-kira 40 minit menaiki motosikal.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Doakan Kebaikan Buat Lelaki Kerana Selamatkan Si Bulus

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 2.7 juta jumlah tontonan dan mendapat lebih 240 ribu tanda suka.

Orang ramai turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata pujian dan doa buat lelaki itu kerana bantu menyelamatkan makhluk Allah SWT.

“Dia (kucing) tak boleh masuk syurga, tapi dia boleh doakan kau masuk syurga bang,” kata seorang individu.

Ramai juga yang berpendapat lelaki itu pasti akan mendapat rezeki yang tidak diduga kerana telah membantu si bulus tersebut.

Dalam masa sama, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka ‘dipilih’ oleh kucing masing-masing.

“Saya pun ada, nak ikut balik kat tempat kerja. Saya cakap kalau nak ikut balik jalan sendiri pergi kereta. Betul-betul ikut,” kongsi seorang wanita.

Ganjaran Pahala Buat Umat Islam Yang Membantu Haiwan

Sebenarnya keputusan untuk menyelamatkan haiwan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi segala urusan berkaitannya akan jatuh di bawah tanggungjawab seseorang.

Namun menurut Islam, berbuat baik kepada haiwan termasuk memberi makan, merawat dan menjaga kebajikannya merupakan amalan yang diberi ganjaran pahala.

Memetik laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, difatwakan bahawa menjaga kebajikan haiwan, termasuklah anjing, adalah digalakkan walaupun hukum memeliharanya berbeza. Seperti firman Allah SWT dalam ayat 38 surah al-An’am:

Maksudnya: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.”

Hadis sahih riwayat al-Bukhari turut merekodkan kisah seorang lelaki yang diberi keampunan hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Rasulullah SAW bersabda, “Dalam setiap hati yang basah ada ganjaran pahala”.

Insya-Allah, membantu haiwan terbiar akan menjadi satu bentuk sedekah dan membuka pintu rezeki buat seseorang yang melakukannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pantas Rider Selamatkan Anak Kucing Comel Bawah Flyover Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Dia Tunggu Je Situ” – Lelaki Selamatkan Anak Kucing Jatuh Longkang Terima Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd