Now Reading
“Tua & Muda Jangan Hilang Sifat Malu” – Ustazah Asma’ Minta Henti Trend Ambil Duit Raya Sambil Joget

“Tua & Muda Jangan Hilang Sifat Malu” – Ustazah Asma’ Minta Henti Trend Ambil Duit Raya Sambil Joget

Menurut pendakwah bebas Ustaz Asma’ Harun, orang ramai sepatutnya menjaga adab ketika menerima duit raya sebagai contoh memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pemberi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Suasana 1 Syawal amat dinanti-nantikan ramai. Dapat pula berkumpul dengan saudara-mara yang sudah lama tidak berjumpa, memang lebih meriah kampung halaman nanti.

Waktu itu jugalah segelintir daripada kita mahu membuat pelbagai trend dan kemudiannya dimuat naik di media sosial. Namun perkara yang sesetengah individu terlepas pandang adalah ada trend yang melanggar hukum hakam agama.

Tidak salah untuk berseronok, namun perlu sentiasa beringat supaya tidak melebihi had khususnya bagi umat Islam.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Wanita Islam Ikuti Trend ‘Body Tea’ Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Hukum Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram. Ini Penjelasan Mufti Terengganu

Ustazah Asma’ Harun Kongsi Adab Terima Duit Raya, Jangan Berjoget!

Semalam (12 Mac), pendakwah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran di laman Facebook menasihati agar tidak mengembalikan trend berjoget bagi mendapatkan duit raya pada Aidilfitri tahun ini.

Tidak kira golongan anak muda atau dewasa, orang ramai diingatkan agar menjaga kesopanan diri serta berasa malu untuk melakukan perkara sebegitu.

“Jangan dibuat lagi tahun ini trend ambil duit raya berjoget-joget. Tua dan muda jadi hilang sopan dan sifat malu,” jelas beliau.

Sumber: Media sosial

Sebaliknya, menurut Ustazah Asma’, adab menerima duit raya adalah seperti berikut:

  • Bersalaman dengan pemberi
  • Mengucapkan terima kasih
  • Bersyukur atas rezeki yang diberikan Allah SWT

Kata Iblis seperti yang disebut dalam Surah Al-Hijr ayat 39:


قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Joget Sebelum Terima Duit Raya Tidak Hormati Bulan Syawal

Untuk info, trend menari menggunakan lagu ‘Hej Muzycko’ bagi mendapatkan duit raya ini bermula tahun lalu yang mana ramai memuat naik video diri mereka melakukan perkara sedemikian di platform media sosial.

Malah Ustazah Asma’ juga pernah menegur tentang isu sama sebelum ini. Jelas beliau, trend berjoget tersebut dianggap tidak menghormati bulan Syawal yang mulia.

Baca Artikel Berkaitan: Joget Sebelum Terima Duit Raya Jadi Trend, Ustaz Asma’ Harun Tampil Beri Teguran

Reaksi Orang Ramai Terhadap Trend Menari Terima Sampul Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan teguran Ustazah Asma’ selain berkata ia mencerminkan adab seseorang.

“Setuju sangat. Trend entah apa-apa sebab tu budak sekarang kurang adab. Patutnya diajar betul-betul. Tunduk tanda hormat, salam kemudian ucap terima kasih.

“Pesan juga pada anak-anak jangan terus buka sampul duit raya depan pemberi. Lepas tu jangan cakap atau komen apa-apa kalau dapat duit raya sikit,” kata seorang pengguna Facebook.

Malah ada yang berkata, trend menerima duit raya sambil berjoget ini sudah pun mula viral di TikTok.

“Allahuakbar dah banyak dalam TikTok. Sedihnya tengok. Semoga kita dan keluarga terlindung dari melakukan aksi sebegini,” ujar seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Facebook

Trend Menari Sebelum Terima Duit Raya Boleh Jatuh Hukum Haram

Sebelum ini, Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Harun menjelaskan tarian yang tular di TikTok bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh jatuh hukum haram.

Aksi berjoget itu berpotensi menampakkan aurat khususnya golongan wanita beragama Islam.

Beliau dalam masa sama turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir golongan Muslim yang mudah terikut-ikut dengan trend terkini hingga melupakan batasan dalam agama.

Baca Artikel Berkaitan: Trend Menari Untuk Terima Duit Raya Boleh Jatuh Haram – Mufti Terengganu

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Untuk Tujuan Simpanan Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Urus Duit Raya Anak Sama Rata? Ini Penjelasan Tentang Hukum Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd