Tiket Bas Habis? Wanita Ini Tawar Hantar Pulang Ke Kampung Halaman Naik Mercedes-Benz Khas Buat Kaum Hawa!
Guru mengaji dikenali sebagai Teacher Nur itu membuka dua slot hantaran iaitu 17 Mac dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan 18 Mac dari Ipoh ke Kuala Lumpur dengan harga RM200 sahaja bagi satu pax.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kurang dari 10 hari lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Selain mengejar dan meningkatkan amal ibadah, pasti ramai juga yang sudah mula melakukan persiapan raya termasuklah membeli baju baharu, membersihkan dan deko rumah, membuat kuih raya serta merancang perjalanan ke kampung.
Namun, antara isu yang selalu berlaku adalah tiket pengangkutan awam seperti bas atau tren yang cepat habis disebabkan permintaan banyak. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ada juga segelintir individu yang tidak dapat balik berjumpa keluarga ketika raya kerana masalah tersebut.
Wanita Tawar Khidmat Penghantaran Selesa Dari KL-Ipoh & Ipoh-KL
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Teacher Nur berkongsi perkhidmatan yang ditawarkannya khas buat kaum Hawa yang mahu pulang ke kampung halaman bersempena raya Aidilfitri tahun ini.
Teacher Nur yang merupakan guru mengaji itu berkata sesiapa yang mahu menuju ke Ipoh dari Kuala Lumpur boleh menghubunginya menerusi DM.
Terdapat dua slot ditawarkan iaitu:
- 17 Mac 2025: Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh
- 18 Mac 2025: Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur
Hanya dua pax sahaja diterhadkan buat kedua-dua tarikh berkenaan. Menurut Teacher Nur, dia akan mengambil dan hantar betul-betul di pintu depan rumah. Jadi penumpang tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke lokasi pick-up lain.
Selain terhad kepada golongan wanita, Teacher Nur tidak mengenakan sebarang syarat lain. Kalau penumpang mahu tidur sepanjang perjalanan pun tiada masalah.
Siap boleh minta pasang lagu pilihan lagi. Request sahaja. 🤩
View on Threads
Penumpang Akan Naik Mercedes-Benz atau Honda City
Menurutnya, caj yang dikenakan pula adalah sebanyak RM200 bagi satu pax.
Lebih menarik perhatian, wanita itu juga menjanjikan keselesaan buat penumpangnya, yang mana dia akan menghantar ke kampung menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz atau Honda City.
“Sama ada Mercedes atau Honda City. Saya akan beritahu penumpang nanti, kereta apa yang saya bawa. Kalau jem, saya lebih suka Mercedes sebab boleh ‘hold’.
“Kalau City, saya kena tarik brek tangan atau tekan pedal brek. Agak lenguh di situ,” katanya.

Ramai Para Gadis Teruja Dengan Khidmat Penghantaran Ipoh-KL, KL-Ipoh
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji khidmat penghantaran ditawarkan Teacher Nur selain berkata caj yang dikenakan sangat berpatutan.
“Kak saya dah like posting ni. Baguslah, sebab dia jelaskan dengan terperinci tarikh dan bayaran. Dalam masa sama, dapat buat kawan baru juga. Hati-hati memandu kak,” kata seorang wanita.
“RM200 perjalanan sehala dah kira sangat berpatutan. Saya terlibat dengan pengurusan acara (event management). Tugas saya untuk kurangkan kos logistik, korang akan terkejut sebenarnya kadar standard adalah RM350 ke RM400 untuk satu perjalanan naik kereta sedan. Kalau Mercedes RM600 ke atas,” tambah seorang lagi netizen.
Malah ramai juga memuji perkhidmatan tersebut kerana ia lebih selamat buat penumpang wanita.
“Bestnya perkhidmatan macam ni. Sangat membantu untuk gadis yang tak dapat tiket nak balik kampung tu. Untuk keselamatan juga. Saya doakan moga urusan awak dipermudahkan. Memandu dengan selamat okay?” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, segelintir pengguna media sosial turut berkata ia merupakan alternatif buat mereka yang tidak mahu memandu dalam keadaan trafik sesak.
“Kalau saya memang join! Takyah bersesak-sesak (memandu sendiri dalam trafik), selesa dan kurang risiko. RM200 sangat berbaloi,” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:








Baca Artikel Berkaitan: “Macam Bayar Tol” – Kanak-kanak Terima Duit Raya Dari Pengguna Jalan Raya Ketika Trafik Sesak
Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Girls, Jom Pergi 8 Gym Ini Yang Ditubuhkan Buat Para Wanita Sahaja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.