“Boleh Saya Makan Dulu? Sangat Lapar” – Non-Muslim Minta Izin Makan Depan Wanita Berpuasa Raih Pujian
Menurut wanita itu, 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang, dua pelanggan bukan Muslim tersebut meminta izinnya untuk makan kerana terlalu lapar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa serta agama, namun masyarakat masih boleh hidup dengan harmoni dan sejahtera.
Antara contoh mudah yang anda boleh lihat pada ketika ini adalah orang ramai sangat mengalu-alukan kehadiran orang bukan Muslim untuk sama-sama mengimarahkan masjid bagi sesi berbuka puasa.
Malah, antara perkara yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat adalah individu bukan Muslim sorok-sorok makan kerana mahu menghormati saudara beragama Islam.
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Tenang” – Ceddy Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Masjid Buat Pertama Kali [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid
Wanita Puji Sikap Sopan 2 Lelaki Non-Muslim Kerana Minta Izin Untuk Makan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nora berkongsi situasi dan pengalamannya sewaktu berbuka puasa di sebuah restoran mamak, Syed Bistro Puchong, Selangor.
Jelasnya, 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang, dua pelanggan bukan Muslim yang berada di sebelahnya tiba-tiba meminta kebenaran untuk makan dahulu kerana sudah berasa lapar.
Perkara itu kemudiannya membuatkan Nora terkejut selain tersentuh dengan sikap mereka yang prihatin terhadap umat Islam yang sedang berpuasa.
Malah tindakan pelanggan yang meminta izin itu menunjukkan contoh baik rukun negara ke-5 iaitu ‘kesopanan dan kesusilaan’. Jelas wanita itu, ia sekaligus membuktikan bahawa rakyat di Malaysia ini sangat harmoni antara satu sama lain.
“Rasa sangat-sangat dihormati bila dua lelaki Cina ni (pelanggan) minta kebenaran nak makan dulu dekat kedai mamak. Masa ni lagi 15 minit macam tu nak berbuka, terkejut tiba-tiba, ‘Kak, boleh saya makan dulu, sangat lapar.’
“Lepas tu saya cakap tiada masalah, teruskan je. Kemudian lepas azan dah berbunyi, dia siap cakap ‘selamat berbuka’. Terharu sangat masih ada yang baik-baik,” katanya.
Tambah Nora, dia juga sempat berbual dengan dua pelanggan yang berasal dari Pulang Pinang itu.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sokong Lelaki Non-Muslim Warga AS Nak Bagi Makanan Pada Jiran Berpuasa, Siap Pesan Guna Bahan Halal
Baca Artikel Berkaitan: Soalan Wanita Non-Muslim Boleh Ke Makan Di Bazar Ketika Bulan Puasa Cetus Suasana Positif
Ramai Netizen Terharu Orang Bukan Muslim Santuni Umat Islam, Turut Kongsi Pengalaman Sama
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai terharu dengan sikap kedua-dua pelanggan yang menghormati individu berpuasa di sekeliling mereka.
“Tindakan yang kecil tapi sangat menghormati. Terima kasih orang baik. Walaupun kami (umat Islam) okay je kalau orang bukan Muslim makan ketika bulan puasa, tapi kami sangat hargai keprihatinan korang,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga berkongsi sikap orang bukan Muslim yang lain ketika menyantuni rakan saudara Islam.
“Ramai sangat non-Muslim yang baik di Malaysia ni. Tetapi tercemar dengan kerenah seorang dua yang biadab. Saya bekas guru. Murid non-Muslim saya waktu nak minum, minta izin dan pusingkan badan ke belakang. Saya jawab, minum sahaja, tak jadi masalah,” ujar seorang bekas cikgu.
Sementara itu, ramai juga menyifatkan sikap prihatin dan bertimbang rasa dua pelanggan berkenaan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih hidup dalam keadaan harmoni tanpa mengira latar belakang.
“Tu memang rakyat Malaysia sejati. Walaupun banyak konflik yang kita tempuhi sekarang, tapi ni contoh ketara yang menunjukkan komuniti kita masih kuat (sejahtera),” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: “Suka Vibes Ni!” – Ramai Teruja Non-Muslim Sertai Sesi Buka Puasa Di Dataran Putrajaya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Non-Muslim Pertama Kali Nak Cuba Berpuasa? Ini Tips Dikongsi Soo Wincci & Ceddy [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



