“Mengarutnya Trafik KL Sejak Belakangan Ni” – Ramai Tertekan Hadap Jalan Jem, Harap Dapat WFH
Menurut pengguna Threads, tidak ada beza membawa kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja kerana kedua-duanya lambat sama ada disebabkan trafik sesak atau tren yang tergendala.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan di platform media sosial, ramai individu tidak kira golongan dewasa atau anak muda meluahkan rasa penat dengan rutin harian mereka.
Bukan kerana bosan dengan pekerjaan atau aktiviti dilakukan, tetapi segelintir rakyat Malaysia mengalami keletihan melampau kerana terpaksa menempuh trafik sesak hampir setiap hari sewaktu hari bekerja.
Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa tidak naik pengangkutan awam sahaja? Namun, ramai juga pengguna yang mengadu tren juga mengalami masalah teknikal dari semasa ke semasa.
Baca Artikel Berkaitan: Dilema Orang Jauh Kerja Di Ibu Kota: Hadap Trafik Sesak Atau Naik Pengangkutan Awam Yang Selalu Delay?
Baca Artikel Berkaitan: Isu Gangguan LRT Kelana Jaya: Anthony Loke Arah APAD Siasat, Gesa Prasarana Beri Penjelasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor
Wanita Keluar Rumah Sebelum Subuh Tapi Masih Sangkut Jammed
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads, apabila seorang wanita dikenali sebagai Tura berkongsi keadaan jalan raya yang sesak menuju ke kawasan ibu kota, Kuala Lumpur.
Menurutnya, keadaan jalan raya di KL sejak belakangan ini sangat sibuk meskipun dia bertolak dari rumah sebelum Subuh atau lebih tepatnya seawal 5.30 pagi untuk ke tempat kerja.
Kebiasaannya, trafik akan bertambah buruk sekiranya berlaku sebuah kemalangan. Namun jelas Tura, tiada insiden yang terjadi hingga menyebabkan kenderaan-kenderaan di sana tidak bergerak.
“Mengarutnya trafik dekat KL sejak kebelakangan ni. Pukul 6 lebih (pagi) dah macam ni (sesak). Keluar rumah jam 5.30 pagi dari Nilai.
“Lepas Sungai Besi memang red flag (sesak). Tak ada kemalangan. Tapi Ya Allah penatnya memandu. Dengan tempat kerja tak akan bagi WFH (kerja dari rumah) lagi, haih,” luahnya.
View on Threads
Nak WFH, Masuk Pejabat 3 Kali Seminggu Pun Okay – Pengguna Jalan Raya
Trafik yang semakin memburuk terutamanya pada bulan ini dipercayai disebabkan musim puasa. Hal ini kerana sesetengah syarikat membenarkan pekerja untuk pulang awal, namun dengan syarat mereka perlu masuk kerja lebih awal.
Menerusi semakan kami, ramai juga individu yang berharap agar majikan membenarkan staf untuk bekerja dari rumah sepenuhnya ataupun secara hibrid iaitu hanya ke pejabat beberapa kali dalam masa seminggu.
“(Masuk pejabat) tiga kali seminggu pun dah okay dah. Negara lain dah umumkan dah nak WFH sebab krisis minyak sekarang. Salah satu cara untuk rakyat berjimat-cermat dan cara untuk tangani isu trafik sesak dekat lebuh raya dan tren,” kata seorang wanita.
View on Threads
Naik Kereta Jalan ‘Jem’, Naik Tren Penuh, Nak Kena Terbang Dengan Karpet Ke? – Netizen
Seorang individu berkata terdapat sesetengah bidang pekerjaan yang boleh bertugas dari rumah dan tidak perlu untuk masuk ke pejabat.
“Saya nak cadangkan kepada kerajaan untuk mewajibkan kerja WFH dua kali seminggu atau tak perlu ke pejabat sebagai contoh editor, Sumber Manusia (HR), dan yang boleh buat kerja dekat rumah, akauntan. WFH sahaja. Jalan jem, tren penuh,” tambah seorang lagi netizen.
Sementara itu, ada yang menyeru kerajaan untuk menguatkuasa pelaksanaan WFH atau hibrid bagi pekerja sektor kerajaan dan swasta kerana tempoh perjalanan yang panjang boleh memberi impak kepada kesihatan mental seseorang.
Jelas seorang warganet pula, membawa kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam mempunyai keburukannya tersendiri.
Nak pergi kerja naik kereta, jalan jem. Suruh naik pengangkutan awam. Naik pengangkutan awam kerap jadi isu teknikal pulak. Tapi kenapa waktu hujan, tren selalu bermasalah? KTM kalau hujan tren akan tergendala lama kenapa? Bukan semua orang ada rezeki kerja dekat dengan rumah, atau boleh WFH atau hibrid. Kena naik karpet terbang ke macam ni?
Pengguna Threads
View on Threads
View on Threads
View on Threads
View on Threads
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan
Pekerja Swasta Boleh Mohon Aturan Kerja Fleksibel Dari Majikan
Untuk info, pekerja sektor swasta sebenarnya boleh memohon untuk melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang melibatkan perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja atau perubahan tempat bekerja dengan syarat ianya tertakluk kepada kesesuaian sektor dan persetujuan daripada pihak majikan.
Inisiatif ini diperkenalkan bagi menyokong kebajikan pekerja selain keseimbangan kehidupan bekerja (work life balance).
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, permohonan itu turut tertakluk kepada hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan dan lain-lain syarat perkhidmatan.
Kerajaan telah memperkenalkan AKF dengan meminda Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 dan pindaan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 2025.
Baca Artikel Berkaitan: “Stuck Sebab 2 Bonggol Je” – Trafik Sesak Hadapan IOI City Mall Putrajaya Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]
Baca Artikel Berkaitan: 83% Pekerja Selesa Kerja Secara Hibrid, Rasa Lebih Produktif Berbanding Di Pejabat – Zoom
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



