Now Reading
[Video] Ramai Puji Tuan Rumah Siap Jemput Rider Berbuka Puasa Bersama Ketika Datang Hantar Makanan

[Video] Ramai Puji Tuan Rumah Siap Jemput Rider Berbuka Puasa Bersama Ketika Datang Hantar Makanan

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan tuan rumah berkenaan mempelawa rider tersebut untuk berbuka di rumahnya dan menghulurkan mi goreng sebagai juadah iftar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak dinafikan dalam menjalani ibadah berpuasa, kita juga melakukan rutin harian seperti bekerja dan sebagainya.

Namun ada juga segelintir dari kita yang adakalanya tidak sempat untuk pulang berbuka di rumah dek kerana kesibukan bekerja, atau tersekat dalam kesesakan jalan dan banyak lagi.

Jika ditanya, jauh di sudut hati pastinya mereka mahu berbuka puasa bersama insan tersayang seperti keluarga yang menanti di rumah.

Akan tetapi untuk mencari rezeki yang halal, ada tanggungjawab yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka jika ada yang baik hati dengan ajak berbuka bersama pasti perkara itu secara tidak langsung membuatkan mereka rasa dihargai, disayangi dan syukur.

Lelaki ajak rider hantar makanan berbuka puasa sama-sama

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga tuan rumah di sebuah kediaman menjadi perhatian apabila menjemput rider penghantar makanan untuk berbuka bersamanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Remy di TikTok, kelihatan seorang rider telah datang ke rumah untuk menghantar makanan yang telah dipesan.

Rider pertama batal untuk ambil pesanan makanan

Menurutnya, pada awalnya dia telah memesan makanan pada jam 6 petang namun tidak sedar rider yang ditugaskan untuk mengambil makanan terbabit telah membatalkannya.

“Order makanan pukul 6 tapi tak perasan rider cancel order. Pukul 7 abang ni ambil order, nasib baik abang ni sudi ambilkan order.

“Balik dari kerja, cuaca hujan pun redah, cari rezeki,” kata Remy dalam video itu.

Segera jemput masuk ketika rider hantar makanan dalam hujan untuk berbuka

Turut kedengaran Remy terus bertanya kepada rider berkenaan adakah dia sudah berbuka puasa atau belum.

Malah dia segera menjemput rider terbabit untuk masuk ke perkarangan rumahnya untuk berbuka puasa terlebih dahulu.

“Aku jemputlah masuk buka puasa dulu walau pun banyak kali abang ni tolak. Nasib baik isteri ada masakan mi goreng untuk anak-anak.

“Maaf ya bang, ini je yang mampu saya hidang,” ujarnya.

Beri mi goreng pada rider untuk berbuka puasa

Kelihatan Remy membawa makanan di luar pintu rumahnya, untuk memberikan mi goreng tersebut kepada rider berkenaan.

“Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan abang ni. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Semoga abang sentiasa dipermudahkan segala urusan dan di dalam lindunganNya.”

Jelas Remy, pada mula dia rasa seperti ingin marah gara-gara pesanan awalnya telah dibatalkan oleh rider pertama namun menyedari hikmah di sebalik perkara itu berlaku.

“Mula-mula rasa nak marah rider cancel order. Tapi sebenarnya Allah nak bagi kita buat pahala di bulan Ramadan ini. Maafkan hamba mu ini ya Allah,” katanya di ruang kapsyen.

https://www.tiktok.com/@remy_racunscoot/video/7613757718372863253?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Ramai puji tindakan tuan rumah pelawa ajak berbuka dahulu

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji Remy atas sikap murninya mempelawa rider terbabit untuk berbuka di rumah.

Tak kurang juga ada yang menyifatkan perkara tersebut membuatkan mereka berasa sebak.

Ada juga yang berkongsi luahan mengatakan tidak semua memahami situasi yang dialami oleh rider dan adakala terpaksa berbuka di tepi jalan sebelum menyambung semula mencari rezeki untuk keluarga.

“Bang, antara sedekah yang orang akan automatik terus berdoa dekat Allah ‘Semoga Allah murahkan rezeki tuan,’ adalah memberi orang yang sedang lapar makan. Automatik bang. Semoga Allah sediakan jannah untuk kau bang”

“Anak saya masih belajar buat kerja sambilan macam ni juga. Menitis air mata tengok video ni. Semoga adik-adik atau abang-abang diberi kemewahan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat”

“Tolong korang, walau pun mereka lambat hantar bukan salah mereka pun, mereka sedaya upaya tunggu pesanan dekat kedai dan hantar. Tolong saya merayu tolong lah jangan cancel sebab semuanya mereka yang tanggung bayaran tu”

“Kita tak tahu berapa jam dia duduk atas motor dengan panas, hujan, perangai pelanggan, perangai peniaga lagi. Teruskan memanusiakan antara satu sama lain. Terima kasih orang baik”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd