“Penumpang Lain Tak Peduli ” – 3 Anak Muda Dipuji, Bantu OKU Pekak Dalam LRT Tiba Ke Destinasi
Salah seorang penumpang dikenali sebagai Hana berkata pakcik OKU pendengaran tersebut pada awalnya meminta bantuan orang lain di dalam koc LRT kerana dipercayai tidak mendengar pengumuman, namun dia diabaikan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak seperti individu lain, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai sedikit kekurangan sama ada dari segi fizikal atau pun mentalnya. Oleh disebabkan itu, mungkin pergerakannya agak terbatas dan segelintir dari mereka memerlukan bantuan orang lain.
Alhamdulillah, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib orang OKU. Sebagai contoh sebelum ini, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlari ke arah sepasang suami isteri OKU penglihatan untuk membantu mereka melintasi jalan.
Difahamkan, sebuah kereta kebal sedang melalui kawasan jalan perarakan raptai itu bagi Hari Merdeka peringkat Pahang di Padang MBK 1, Kuantan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Merangkak Untuk Ambil Wuduk, Lelaki OKU Gigih Solat Awal Waktu Buat Ramai Rasa Insaf
Baca Artikel Berkaitan: Cara Unik OKU Penglihatan Nikmati & ‘Lihat’ Keindahan Alam Dengan Buat Ramai Kagum [Video]
Pakcik OKU Pendengaran Jerit Minta Tolong Ketika Dalam Tren LRT
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Hana berkongsi kisah seorang pakcik OKU pendengaran yang memerlukan bantuan semasa berada di dalam tren LRT.
Menurut Hana, pakcik yang mengalami masalah pekak itu sebenarnya telah meminta bantuan dari penumpang lain dengan menjerit beberapa kali dipercayai kerana dia tidak mendengar pengumuman di dalam tren, namun dia diabaikan.
Oleh disebabkan berasa sebak dengan situasi tersebut, Hana bersama dua rakan yang lain telah tampil membantu penumpang itu dengan mengiringinya hingga tiba ke destinasi.
3 Anak Muda Belajar Bahasa Isyarat Untuk Bantu Penumpang OKU
Jelas Hana, dia bersama dua rakan yang lain turut berkesempatan mempelajari beberapa bahasa isyarat semasa berkomunikasi dengan pakcik itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Menarik Subjek Bahasa Isyarat!” – Kurikulum Baharu Sekolah Rendah Bakal Bermula Pada 2027
“Mula-mula kami hampir nangis lepas tengok ada seorang penumpang ni abaikan dia (selepas diminta bantuan). Lepas tu kami fikir kalau kejadian seperti itu jadi kepada ayah sendiri.
“Kemudian kawan-kawan saya buat signal mata (eye contact) dengan dia dan memutuskan untuk membantunya. Pakcik tu sangat baik, dia malah puji kitorang semua,” kata Hana.
View on Threads
Netizen Puji Anak Muda Tampil Bantu Pakcik, Harap Lebih Ramai Peka Dengan Golongan OKU
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji tiga penumpang tersebut kerana prihatin terhadap keadaan pakcik OKU tersebut.
“Bangga dengan awak! Semoga Allah permudahkan urusan atas kebaikan sis dan rakan-rakan kerana kemuliaan hati korang. Banyak pahala awak dapat,” kata seorang pengguna Threads.
Sementara itu, segelintir individu turut berharap agar rakyat Malaysia lebih peka dan ambil berat tentang golongan OKU di negara ini.
“Kesiannya dia. Harap rakyat Malaysia lebih sensitif dengan orang yang betul-betul memerlukan bantuan. Saya faham banyak scam sekarang ni, tapi jangan terus cakap ‘tidak’ masa awal-awal tu (ketika orang minta bantuan). Semoga pakcik ni sihat, dan sentiasa dipermudahkan.
“Awak dan kawan-kawan sangat baik dengan orang tidak dikenali. Semoga sentiasa dipermudahkan juga,” kata seorang wanita.
“Kesian kan, kadang-kadang polis bantuan tak ada di setiap stesen. Korang kalau tak bergegas lepas tu nampak sesiapa tengah struggle (bergelut), cuba pandang diorang dengan hormat, mesti diorang akan datang untuk bertanya,” tambah seorang lagi warganet.
Seorang individu turut berkata situasi sebegini merupakan antara faktor mengapa orang ramai perlu belajar bahasa isyarat.
Berikut antara komen-komen netizen:






Asas Pembelajaran Bahasa Isyarat
Pembelajaran bahasa isyarat adalah amat penting pada masa kini kerana ramai juga rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang bisu dan pekak.
Buat mereka yang pertama kali mahu belajar bahasa isyarat di sini kami kongsikan visual jari tangan dari portal MyHealth sebagai indikator bagi setiap abjad. Belajar yang basic dulu okay?

Baca Artikel Berkaitan: Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Wanita OKU Guna Bahasa Isyarat Untuk Nyanyi Bersama Rakan Ketika Di Karaoke [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pekerja OKU Di R&R Raih Pujian, Gigih Bekerja Walaupun Ada Kekurangan [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



