Now Reading
[Video] Bazar Sendu Tanpa Pengunjung, Peniaga Sebak Jualan Tak Sampai RM500 Walau Dah 21 Hari Operasi

[Video] Bazar Sendu Tanpa Pengunjung, Peniaga Sebak Jualan Tak Sampai RM500 Walau Dah 21 Hari Operasi

Menurut peniaga bazar, Alia Yahaya, dia tidak lagi memikirkan tentang keuntungan sebaliknya cara untuk membayar hutang-hutang perniagaan yang ada.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat para peniaga, bulan Ramadan ini dilihat sebagai satu peluang besar untuk meningkatkan jualan memandangkan orang ramai akan mencari pelbagai barangan termasuk makanan serta persiapan Raya Aidilfitri.

Namun setiap orang diuji dengan dugaan berbeza. Sebagai contoh pada awal Ramadan lalu, Bazar Ramadan Santai BTP di Rawang, Selangor dilanda angin kencang sehingga menyebabkan khemah peniaga roboh dek angin kuat.

Selain itu, beberapa bazar raya yang beroperasi pada waktu malam juga dilihat mengalami kerugian kerana kekurangan jumlah pengunjung.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Di Bazar Ramadan Terpanjang Dilanda Angin Kencang Pada Hari Pertama Puasa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Bazar Raya Hiba, Kurang Pelanggan Hingga Jualan Terjejas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Mahu Boikot Bazar Ramadan, Pertikai Harga Makin Mahal & Tak Jaga Kualiti

Peniaga Bazar Hiba Jualan Tak Laku, Pengunjung ‘Lesap’ Tahun Ini

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang usahawan dikenali sebagai Alia Yahaya berkongsi video menunjukkan situasi semasa di sebuah bazar, Bertam Street Market di Sunshine Bertam Penang.

Menerusi video tersebut, kelihatan bazar itu lengang tanpa kehadiran pengunjung. Perkara tersebut sekaligus membuatkan wanita berkenaan kecewa dan hiba kerana hasil jualan yang sendu pada tahun ini.

Lebih membuatkannya sebak adalah hasil jualan dikutip tidak mencecah RM500 meskipun sudah 21 hari beroperasi.

Jelasnya, hasil itu tidak dapat menampung kos-kos perniagaan tersebut termasuklah modal sebanyak RM10,000, bayaran tapak sebanyak RM3,500, pinjaman modal RM2,000 selain perlu membayar gaji stafnya.

“21 hari dah berlalu. RM500 pun tak lepas. Ada malam balik dengan dada kosong. Sekarang dah tak fikir untung. Cuma buntu hutang nak bayar macam mana. Lagi 15 hari je tinggal. Kami tetap buka (beroperasi). Walau dalam hati makin takut. Doakan kami kuat sampai habis,” luahnya.

Ajak Orang Ramai Datang Support Vendor Di Bertam Street Market

Wanita itu berkata dia tidak merungut tentang sumber rezeki, namun hanya risau tidak dapat melangsaikan hutang serta membayar upah tenaga kerja stafnya.

Dia dalam masa sama memohon orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan sekitar untuk hadir memeriahkan bazar selain menyokong bisnes para vendor yang terkesan di sana.

View on Threads

Influencer Dah Datang Promosi, Tetapi Bazar Masih Lengang

Peniaga berkenaan berkata lokasi itu menerima kunjungan pembeli yang ramai pada tahun-tahun sebelum ini. Namun situasi sebaliknya yang berlaku pada tahun ini.

Walaupun pihak pengurusan sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan mempromosi bazar itu, tetapi lokasi terbabit masih lengang tanpa pengunjung.

“Bukan salah sesiapa. Event organizer memang buat kerja. Dah buat promosi dan pemasaran, ada macam-macam influencer terkenal datang, tapi orang (pengunjung masih) tak datang,” katanya.

Semakan kami mendapati bazar tersebut sebenarnya bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri yang berlangsung dari 13 Februari sehingga 19 Mac 2026. Dari jam 12 tengahari hingga 12 malam.

Lokasi: Bertam Street Market

Orang Ramai Jangka Pengunjung Akan Serbu Bazar Ketika Sudah Menghampiri Aidilfitri Nanti

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai optimis dan berpendapat bazar itu akan mula meriah apabila semakin menghampiri perayaan Aidilfitri akan datang.

“Insya-Allah kak seminggu nak raya nanti mesti meriah. Tiga hari nak raya tu mesti ramai, tempat saya pun sama kak,” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang berpandangan cara pembeli berbelanja sekarang mungkin antara punca mengapa semakin ramai individu tidak mengunjungi bazar, sebagai contoh membeli-belah atas talian (online).

“Mungkin kesan dari rakyat Malaysia yang suka online shopping?” tanya seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ada juga beberapa individu yang memberikan kata-kata semangat dan berharap agar peniaga tersebut akan terus berusaha.

“Dalam bisnes awak akan dapat dua. Untung profit atau ilmu pengalaman. Selepas ni planning dah tahu nak buat apa. Teruskan usaha Insya-Allah rezeki niaga ni luar biasa. Dulu satu ke dua hari punya jualan pun mampu cover 20 hari punya jualan, saya pernah lalui,” kata seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Terpaksa Tanggung Rugi, Peniaga Bazar Ramadan Ini Anggap Kejadian Ribut Sebagai Ujian

Baca Artikel Berkaitan: “Banyak Barang Kami Rosak” – Peniaga Hiba Barang Berniaga Berterbangan Dek Ribut

Baca Artikel Berkaitan: “Ujian Kami” – Peniaga Hiba Nasi Kerabu Habis Berselerak Atas Jalan Lepas Ribut Melanda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd