“Makan Di Masjid Adalah Usaha Imarahkan Rumah Allah, Bukannya Kebulur” – Fedtri Yahya
Menurut pengacara, Fedtri Yahya, iftar di masjid bukan sahaja dapat mengenyangkan individu berpuasa bahkan juga meningkatkan keimanan kerana mengunjungi rumah Allah SWT.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda lihat di media sosial, ramai individu bukan sahaja umat Islam malah rakyat Malaysia bukan Muslim juga bersemangat serta teruja untuk berbuka puasa di masjid sepanjang bulan Ramadan ini.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila Masjid TNB Bangsar, Kuala Lumpur mendapat kunjungan jemaah yang ramai dari golongan Gen Z. Rata-rata daripada mereka berkata mereka hadir ke sana ‘disebabkan pengaruh rakan sebaya’.
Dalam masa sama, ramai juga berpendapat bahawa juadah iftar yang disediakan di sana pada setiap hari adalah lazat. Namun siapa sangka, berbuka puasa di masjid juga menjadi satu isu hangat yang dibualkan di media sosial ketika ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Berbuka Di Masjid Tapi Takut Ambil Hak Orang? Masjid Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Tenang” – Ceddy Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Masjid Buat Pertama Kali [Video]
Dakwa Masjid Ada Hanya Asingkan Makanan Iftar Untuk Yang ‘Berpangkat’
Seorang pengguna Threads sebelum ini memuat naik tangkap layar posting yang mendakwa ada masjid yang mempunyai kasta atau ‘pangkat’ yang mana hanya golongan atas seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) dan juga VIP sahaja disediakan makanan khas berbanding jemaah yang lain.
Bersama posting tersebut, dia turut menulis kapsyen ringkas, “Macam ini pun ada ke?”
Bagaimanapun posting itu telah dikritik ramai. Ada individu yang berpendapat bahawa menyediakan makanan untuk VIP hanyalah protokol yang perlu dijalankan oleh AJK sesebuah masjid.
“Ni bukan kasta atau pilih kasih. Ini namanya protokol. AJK perlu sediakan tempat khas untuk tetamu jemputan. AJK masjid juga jadi pengiring kepada tetamu jemputan tersebut. Jangan banyak bunyi, dah disediakan iftar dan disambut pun dah cukup baik. Kalau tak nak itu dan ini, berbuka sahaja di rumah,” katanya.
View on Threads
AJK Patut Diberi Kemudahan Kerana Banyak Bantu Urusan Iftar Jemaah Di Masjid
Sementara itu, ramai juga berkata tidak salah untuk mengasingkan makanan siap-siap buat golongan AJK memandangkan mereka banyak menjalankan tugas bagi memastikan jemaah lain menerima makanan justeru dapat berbuka di masjid dalam keadaan selesa.
“Tak mengapalah. AJK masjid tu buat kerja sukarela. Dari lepas Asar menyusun atur kerusi meja dan hidangan hinggalah nak ke waktu maghrib. Lepas tu AJK yang sama juga akan buat kerja-kerja pembersihan, cucian selepas iftar dan seterusnya menyusun atur jamuan moreh pula selepas tarawih.
“Selesai moreh, mereka juga yang akan mengemas dan membersih tempat dan perkakas jamuan serta urusan sisa makanan hingga selesai semua jemaah pulang ke rumah. Berilah kemudahan kepada mereka,” kata seorang lelaki.



“Makan Di Masjid Nampak Seperti Orang Kebulur” – Pengguna Threads
Namun mesej balas pengguna Threads berkenaan pula mendapat perhatian apabila dia mendakwa individu yang bertindak berbuka puasa di masjid kelihatan seperti orang kebuluran.
“Berbuka di rumah dengan keluarga dari cari keberkatan berbuka di masjid, banyak bunyi nanti kena tegur, berbuka di masjid nanti nampak macam orang kebulur,” katanya.
Namun tidak diketahui sama ada respon berkenaan adalah satu bentuk rage bait atau pandangan peribadinya.
Fedtri Yahya Nasihat Buang Mentaliti Makan Di Masjid Untuk Orang Kebulur
Hantaran itu kemudiannya diselar pengacara terkenal Fedtri Yahya. Menurutnya, sesi berbuka puasa di masjid adalah salah satu usaha bagi mengimarahkan masjid dengan kunjungan jemaah yang ramai dan bukannya petanda seseorang itu kebuluran.
Dia dalam masa sama meminta orang ramai untuk membuang pemikiran sebegitu.
“Makan di masjid adalah usaha imarahkan rumah Allah, bukan tanda kebulur. Buang mentaliti dan pemikiran begitu. Ramai saja jutawan terpaut hati berbuka di masjid.
“Datanglah (berbuka di masjid). Walau sekadar seteguk air dan sebiji kurma kerana yang mengenyangkan bukan hanya makanan, tetapi suasana iman,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Masjid At-Taqwa TTDI Nafi Diboikot, Pengerusi Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: “Team Tarawih 8 Rakaat VS 20” – Masjid Wilayah Sediakan Zon Parkir Ikut Jumlah Rakaat Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



