Now Reading
[Video] Pencuci Mulut Dibeli Dari Bazar Berlendir & Tekstur Seperti Slime, Ramai Dakwa Dah Basi

[Video] Pencuci Mulut Dibeli Dari Bazar Berlendir & Tekstur Seperti Slime, Ramai Dakwa Dah Basi

Di ruangan komen, ada yang mendakwa tekstur seperti itu menunjukkan pencuci mulut dikenali sebagai buko tersebut sudah basi dan mungkin disimpan lebih dari tiga hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tibanya bulan puasa, ramai yang tidak sabar nak berkunjung ke bazar Ramadan untuk melihat kemeriahannya.

Yelah selain beramal di bulan mulia ini, kita juga ingin memberi sokongan kepada peniaga di bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah.

Bukan itu sahaja, waktu puasa ini mungkin ada yang teringin nak makan sesuatu maka jalan mudahnya adalah pergi sahaja ke bazar Ramadan pasti ada banyak juadah yang boleh dibeli.

Namun dalam kemeriahan bazar Ramadan, setiap tahun pasti ada sahaja kisah mengenai pelanggan ‘terkena’ dengan peniaga yang tidak jujur sewaktu menjual seperti meletakkan harga terlalu mahal dan tak setanding dengan kualiti, makanan basi, kuantiti sikit dan banyak lagi.

Pelanggan keliru buko dibeli tekstur seperti slime

Baru-baru ini, seorang pelanggan wanita keliru apabila pencuci mulut yang dibeli dari bazar Ramadan menjadi tekstur seperti jeli atau slime sewaktu ingin dimakan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Eyka Alyahya di TikTok, awalnya kelihatan dia telah membuka satu bekas pencuci mulut yang dikenali sebagai Buko dipercayai berperisa strawberi untuk dimakan.

Namun dia keliru kerana buko yang dibeli dari sebuah bazar Ramadan itu mempunyai tekstur seperti jeli sewaktu dicedok menggunakan sudu.

Kelihatan berlendir sewaktu dicedok guna sudu

Kelihatan buko berwarna merah jambu dengan isi agar-agar itu seperti berlendir.

“Keliru lah, rasanya beli buko tapi dapat slime,” katanya dalam video.

Di ruangan kapsyen, Eyka terkelu dan memandangkan pencuci mulut berkenaan sudah pun dibeli maka tiada apa yang boleh dikatakan.

https://www.tiktok.com/@eykaalyahyaa/video/7612302501139795208

Ada yang sifatkan buko sudah basi dan lama

Melihat di ruangan komen, ada peniaga yang juga menjual pencuci mulut sama mengatakan tekstur itu menunjukkan makanan tersebut tidak lagi boleh dimakan.

Ada juga yang mengatakan buko tersebut mungkin sudah disimpan lebih daripada tiga hari.

Tidak kurang ada pengguna yang meminta Eyka untuk menunjukkan semula video yang dikongsikan kepada peniaga terbabit.

Menurut Eyka, dia sememangnya berniat sedemikian tetapi tidak mahu memanjangkan cerita dan menghalalkan sahaja.

Turut ada peniaga mengatakan buko tersebut sudah basi kerana tekstur berlendir dan meminta orang ramai membuka terlebih dahulu sebelum ingin membelinya.

“Saya penjual buko, kami kan pakai whiping cream untuk rasakan dia lebih berlemak, tapi kalau bab sampai pekat ni tanda dah tak boleh dimakan, selamat ke tong sampah lah jawapannya. Dah jangan makan nanti sakit perut lah…”

“Tambah activater okay lah tu”

“Penah dapat macam ni. Sebab dapat-dapat je terus simpan peti. Kita complain lah. Dah lah tak nak ganti baru, dalih-dalih lagi. Kita guna whipping cream sebab tu pekat. Aku lah, pekat dengan lendir jauh beza”

“Ni buko basi. Kalau dah berlendir macam tu memang basi. Saya pernah kena. Nak beli buko ni, sebelum balik, buka dulu. Kalau kuah cair molek, okay lah. Kalau pekat-pekat berlendir tu, basi”

“Peniaga tolong lah jujur menjual, pastu bila orang dah berhenti beli dia tanya kenapa Allah tak lancarkan rezeki aku.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd