Now Reading
[Video] Masak Banyak Juadah Iftar Tiap Hari & Hidang Depan Rumah, Sikap Wanita Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai Dipuji

[Video] Masak Banyak Juadah Iftar Tiap Hari & Hidang Depan Rumah, Sikap Wanita Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai Dipuji

Menurut si anak, memasak untuk orang ramai sebenarnya merupakan hobi ibunya sebelum masuk bulan Ramadan lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan puasa bukan sahaja mengajar umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, malah para Muslim juga dituntut untuk meningkatkan amalan mereka selain mendekatkan diri dengan Allah Yang Maha Esa.

Oleh disebabkan itu, tidak hairanlah kalau kita nampak semakin ramai individu cuba berubah ke arah kebaikan dan lebih mendekatkan diri dengan Allah pada bulan mulia ini.

Antara amalan yang boleh dilakukan adalah membaca al-Quran, berzikir, membantu orang yang berada dalam kesusahan, bersedekah dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Zikir & Amalan Sunat Yang Boleh Anda Lakukan Sepanjang Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Nak Berbuka Di Masjid Tapi Takut Ambil Hak Orang? Masjid Tampil Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala

Wanita Sediakan Banyak Juadah Buka Puasa Setiap Hari Untuk Jamu Orang Makan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu berkongsi sikap ibunya dalam menyantuni orang ramai sepanjang bulan puasa ini.

Jelasnya, si ibu yang berusia 60 tahun itu suka menyajikan hidangan buat sesiapa sahaja termasuklah individu yang tidak dikenali untuk berbuka puasa di rumahnya sekitar Kemaman, Terengganu.

Menurut individu berkenaan, ibunya akan memasak pelbagai jenis juadah dan akan menghidangkannya di luar rumah setiap kali waktu iftar. Jadi sesiapa yang berniat untuk menikmati hidangan berbuka puasa di sana, sangat dialu-alukan.

Tambah si anak, bersedekah itu merupakan cara ibunya mencari saham akhirat kelak.

Sumber: Threads

“Apa benda random mak kau buat di bulan Ramadan ni? Mak aku masak banyak-banyak lepas tu panggil je sesiapa yang lalu situ, ajak berbuka sekali. Tak kira siapa.

“Kenal atau pun tidak. Esok dia dah rancang nak masak Nasi Dagang dan Nasi Lemak sebab abah aku balik,” katanya.

Masak Untuk Orang Ramai Adalah Hobi

Tambah si anak, memasak dan menjamu orang makan merupakan hobi ibunya sebelum bermula Ramadan lagi.

“Bulan Ramadan je setiap hari pula dia duk buat kenduri depan rumah 😂. Kalau hari biasa sekali sekala je tapi kerap juga la kadang-kadang tu. Memang hobi dia dah masak-masak ni,” katanya.  

Walaupun agak memenatkan, tetapi si ibu berpuas hati dengan usahanya dapat berkongsi rezeki dengan orang ramai.

View on Threads

Netizen Kagum Dengan Usaha Wanita Jamu Iftar Kepada Orang Ramai

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji wanita yang tidak berkira untuk bersedekah makanan kepada orang ramai di kawasan sekitar.

“(Dapat) pahala bagi orang buka puasa macam buat kenduri kesyukuran ni. Ada baca hari tu. Kalau setiap hari, pergh mak memang hebatlah! Random la mak!” kata seorang individu.

“Syurga yang disegerakan,” tambah pengacara terkenal, Fedtri Yahya.

Malah warganet juga menzahirkan niat mereka untuk berbuka puasa di sana satu hari nanti.

“Kak bulan ni memang saya cadang nak balik Kemaman 2-3 hari. Boleh ya singgah?” tanya seorang wanita.

Sementara itu, ada juga individu yang sempat berkongsi sikap murah hati bapanya yang menjamu orang makan meskipun diri sendiri tidak sihat pada ketika ini.

“Macam ayah aku, pesakit dialisis tapi masih semangat masak dan sedekah untuk orang taman setiap hari Ahad bulan puasa ni. Minta korang semua doakan ayah aku dimurahkan rezeki dalam kebaikan ya,” kata pengguna Threads itu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: 7 Amalan Yang Boleh Dilakukan Menjelang 10 Hari Terakhir Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd