[Video] Individu Kecewa Masih Ada Lagi Peniaga Gunakan Dawai Kokot Pada Bungkusan Makanan
Mana-mana peniaga yang didapati bersalah menggunakan dawai kokot (stapler) untuk bungkusan makanan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu yang berniaga khususnya yang menceburi dalam industri makanan perlu menitikberatkan mengenai kebersihan, kualiti, keselamatan dan banyak lagi.
Ini kerana sesuatu produk makanan itu perlulah dikendalikan dengan baik agar tiada sebarang pencemaran silang berlaku. Selain itu, pembungkusan makanan juga penting dan peniaga perlu memastikan ia mempunyai label yang sesuai untuk makanan.
Bukan hanya itu, peniaga juga perlu memilih pembungkusan makanan yang selamat untuk digunakan agar ia tidak mengundang bahaya kepada pelanggan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan Tulang” – Wanita Terkejut Jumpa 10 Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Guna Paku, Dawai Kokot Untuk Bungkus Makanan Boleh Didenda & Dipenjara – KKM
Lelaki kecewa masih ada peniaga guna dawai kokot untuk bungkus kuih tepung pelita
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan kuih tepung pelita yang menggunakan bahan bungkusan yang tidak bersesuaian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ryujeee_ di TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan menunjukkan satu bekas tepung pelita yang dibungkus dengan menggunakan dawai kokot atau stapler pada bahagian kiri dan kanan.
Dawai kokot itu dipercayai digunakan pada bungkusan terbabit agar lipatan daun tersebut tidak terburai ketika isi kuih dimasukkan.
Dalam hantaran berkenaan, lelaki itu meluahkan kekecewaannya yang masih tidak memahami mengapa masih ada peniaga menggunakan dawai kokot pada kuih berkenaan.
Bahkan dia memaklumkan larangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar dawai kokot tidak digunakan dalam mana-mana jenis makanan.
Ini kerana dawai kokot adalah bahaya dan boleh mengundang risiko sekiranya tertelan dan sebagainya.
View on Threads
Ada yang kongsi notis laranganan KKM guna dawai kokot
Di ruangan komen, ada yang meletakkan notis KKM yang melarang peniaga menggunakan dawat kokot untuk membungkus makanan.

Malah mana-mana peniaga yang didapati melakukan hal tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda, dan penjara sehingga 10 tahun.
Ada juga segelintir pengguna yang meminta lelaki tersebut untuk tidak membeli sekiranya melihat dawai kokot digunakan untuk membungkus makanan.
Kongsikan dalam hantaran sebagai kesedaran
Lelaki itu mengatakan ia bukan soal beli atau tidak tetapi dia memuat naik hantaran tersebut sebagai satu kesedaran agar orang ramai tahu bahaya menggunakan dawai kokot terbabit dan peniaga berubah.

Selain itu, lelaki terbabit juga memaklumkan makanan tersebut bukan dibeli olehnya.
Tak kurang juga ada yang meminta agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti KKM untuk mengambil tindakan.
Di ruangan komen ada juga yang menunjukkan bungkusan tepung pelita menggunakan lidi.
“Buat laporan”

“Pernah hampir tertelah stapler ni. Mujur lekat dekat gigi”

“Saya baru kena semalam. Makan pelita tengah kunyah tiba-tiba ada dua ubat stapler dalam tu. Dua ya. Mujur saya kunyah pelahan kalau tak, pasti dah tertelan tak sempat nak keluarkan semula.”

“Yang ni pasti selamat”

“Ya! Kalau saya terbeli, bila dah buka makanan tu, saya akan cari mana stapler tu. Kalau ada dia, kena ada dua tangan syaa. Kalau tak jumpa, memang saya takut nak makan. Untuk makluman, saya pernah tertelan ubat stapler kerana habit itu.”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



