Now Reading
[Video] 20 Rakaat Selesai Dalam Masa 23 Minit, Lelaki Kongsi Pengalaman Tarawih Di Beijing

[Video] 20 Rakaat Selesai Dalam Masa 23 Minit, Lelaki Kongsi Pengalaman Tarawih Di Beijing

Menurut lelaki berkenaan, dia telah berkunjung ke masjid berdekatan kawasan rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tarawih merupakan salah satu ibadah yang sering dinantikan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Ini kerana, ubadah ini hanya boleh dilakukan pada bulan mulia ini sahaja.

Malah orang ramai boleh memilih sama ada ingin melakukan solat sunat tarawih ini di rumah mahupun masjid serta mengikut kemampuan masing-masing.

Namun ramai yang memilih untuk melakukan tarawih ini di masjid kerana mahu mengumpul pahala solat secara berjemaah.

Akan tetapi setiap negara pastinya mempunyai cara yang berbeza-beza dalam melakukan ibadah sebagai contoh sebelum ini pernah tular keunikan laungan azan versi Hawaii. Perkara ini adakalanya disebabkan budaya dan jika di Malaysia pastinya ada keunikan berbeza turut dirasai oleh pelancong asing.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Mashallah Uniknya”- Laungan Azan Versi Hawaii Tarik Perhatian Ramai [Video]

Lelaki kongsi momen solat tarawih di masjid Beijing

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dipercayai menetap di Beijing, China telah berkongsi pengalamannya menunaikan solat tarawih di sana.

Menerusi video yang dikongsikan @iz.beijing di TikTok, kelihatan dia telah berkongsi POV (Point of View) sewaktu menunaikan solat tarawih di Beijing.

Dalam video itu, kelihatan dia berada di barisan saf hadapan bersama dengan beberapa jemaah lain.

Bacaan dalam solat yang dibacakan imam laju

Turut kedengaran imam yang berada di hadapan sedang membacakan surah al-Fatihah dan surah yang lain sebaik mereka bangun dari sujud.

Namun apa yang menjadi perhatian, surah itu dibaca dengan laju sebelum mengangkat takbir untuk rukuk.

20 rakaat tarawih selesai dalam masa 23 minit

Kata Iz, mereka melakukan sebanyak 20 rakaat dan ianya selesai dalam tempoh masa 23 minit sahaja.

“20 rakaat tarawih selesai dalam 23 minit, boleh tahan cepat juga. Masa ni aku solat dekat masjid kawasan rumah aku, kira sejam lebih juga lah dari pusat bandar Beijing kalau naik keretapi (train),” jelas Iz di ruang kapsyen.

https://www.tiktok.com/@iz.beijing/video/7610423024038399253?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Ramai teruja dengan keunikan tarawih di Beijing

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan keunikan masjid berkenaan melakukan ibadah sunat berkenaan.

Malah ada yang mengatakan disebabkan ia laju maka jemaah tidak mempunyai kesempatan untuk berasa mengantuk. Yelah lepas buka puasa adakalanya rasa mengantuk.

Iz di ruangan komen turut memaklumkan bagi witir pula ia dilakukan seperti biasa namun bacaan sedikit berbeza daripada Malaysia.

Ada juga mengatakan meskipun bacaannya laju namun ia jelas dan ada thomaninah. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah menunaikan tarawih di Beijing juga.

Pun begitu ada pengguna bertanya, adakah solat tersebut sah disebabkan bacaan yang terlalu laju. Tidak kurang juga ada yang mengaitkan cara solatnya sama laju dengan ‘solat kilat’ di Indonesia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tarawih Kilat’ Di Indonesia, Rupanya Itu Tradisi Sekolah Pondok Sejak Lebih Seabad Lalu [Video]

“Tak ada chance nak mengantuk”

“20 rakaat pun tak ada hal”

“Dalam 30 minit dah selesai”

“Tapi yang ni masih boleh dengar bacaannya dengan ada thomaninah”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd