“Mental Aku Makanan Overprice Ni” – Ramai Pertikai Faiz Soul Jual Donut Sebiji RM10
Menurut penjelasan pempengaruh itu di Instagram, pembelian donut walaupun sebiji akan tetap menerima kupon cabutan bertuah bernilai RM5,000.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak awal Ramadan lagi, ramai mula berkongsi foto serta video makanan yang dibeli di bazar Ramadan. Ramai yang berpuas hati dengan setiap pembelian mereka, namun ada segelintir individu yang mengadu bahawa juadah dijual adalah terlampau mahal.
Seperti baru-baru ini, kecoh apabila ada peniaga yang menjual karipap dengan harga RM10 bagi empat ketul. Bukan itu sahaja, seorang pelanggan turut meluahkan rasa kecewa selepas lauk daging masak merah yang dibeli dengan harga RM10 terlampai sedikit.
Isu mengenai kos makanan di bazar tidak terhenti di situ apabila harga juadah dijual seorang pempengaruh pula mendapat kritikan ramai.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Lauk Daging Masak Merah RM10 Dibeli Dari Bazar Ramadan Terlalu Sikit
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tegur Geng Persoal Harga Makanan Melayu Di Rembayung, Tapi Sanggup Labur Duit Untuk Kopi Aesthetic
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Betul Kaw!” – Ramai Kagum Peniaga Jual Watermelon Juice Guna Ais Tembikai, Air Tak Ceroi
Wanita Perli Faiz Soul Jual Donut RM10 Sebiji
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita menyindir pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul yang menjual donut dengan harga yang mahal di bazar Ramadan sekitar Sungai Petani, Kedah.
Difahamkan, influencer itu menjual sebiji donut dengan topping keju keping (slice cheese) bersama sos karamel.
“Murah betul donut RM10 satu. Patutnya RM50 sebiji,” perli wanita itu.
View on Threads
Faiz Soul Perjelas Pembeli Donut Akan Terima Kupon Cabutan Bertuah Nilai RM5,000 Walaupun 1 Biji
Dalam hantaran sama, wanita itu turut berkongsi tangkap layar respon dari Faiz mengenai harga donut berkenaan.
“Maaf andai RM10 sebiji mengundang banyak cemuhan kalian (netizen). Buat yang sudi merasa, jemput mai (datang) khemah di Dataran Jam Besar, Sungai Petani ya. Operasi hingga 14 Mac,” katanya.
Tambahnya lagi, pembelian sebiji donut akan menerima kupon cabutan bertuah bernilai RM5,000.
Menerusi video perkongsian, kelihatan pempengaruh itu menunjukkan cara-cara penyediaan donut tersebut.
Selepas meletakkan slice cheese di atasnya, donut itu akan dipanaskan sebentar di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) sebelum dituangkan dengan sos karamel.
Ramai Tak Setuju Donut Dijual Dengan Harga RM10 Sebiji
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan pempengaruh yang mengenakan harga cekik darah untuk makanan yang dijual di bazar Ramadan.
“Merepek sangat harga macam tu. Donut dia nampak kering dan murah,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berharap agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga yang menjual harga makanan yang terlampau mahal.
“KPDN, tolong periksa harga donut microwave ni. Melampau harga. Karipap pusing harga RM2.50 pun dah kena serbu penguatkuasa,” kata seorang lelaki.
“Dia tak tahu ke Malaysia ni ada akta anti pencatutan, maksudnya penjual tak boleh mark up harga sesuka hati tanpa pengiraan yang tepat. Kalau karipap 4 biji RM10 pun KPDN boleh datang spotcheck, apatah lagi donut sebiji RM10 ye tak,” tambah seorang lagi netizen.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Itu Pencatutan & Kenapa GSC Didenda RM45,000 Kerana Mencatut Air Mineral & Keropok Kentang?
Baca Artikel Berkaitan: KPDN Ambil Tindakan Terhadap Kedai Makan Yang Tular Didakwa Mahal Oleh Isteri Mawi
Jangan Jadi Enabler Makanan Mahal – Netizen
Malah, segelintir individu turut menasihati orang ramai agar tidak menormalisasikan harga makanan yang terlampau tinggi dan tidak berbaloi.
“Tolonglah semua orang jangan jadi enabler sangat sampai beli RM10 untuk satu biji donut. Donut kosong, slice keju dengan sos karamel? Korang boleh dapat benda tu dari kedai lain dengan harga bawah RM10,” ujar seorang wanita.
Pun begitu, seorang netizen di Instagram mengkritik golongan yang suka membuat perbandingan harga sesuatu barangan dan merasakan pembeli boleh membuat pilihan sama ada mahu mendapatkan donut tersebut ataupun tidak.
“Dia macam ni je kalau rasa mahal, tak berapa nak mampu atau rasa tak berbaloi pergi beli dekat tempat yang bagi korang okay. Payah jugak golongan ‘baik beli’ ni asyik penuhkan ruangan komen. Target pelanggan dia bukan B40 je mungkin T20 juga,” katanya.
Ia bagaimanapun tidak dipersetujui oleh beberapa individu kerana tindakan berdiam diri dengan perkara berkenaan (harga mahal bukan masalah) hanya akan merosakkan harga pasaran dan menyebabkan lebih ramai penjual meletakkan harga makanan yang tidak masuk akal.
Berikut antara komen-komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Beli Sebiji Tembikai!” – Ramai Tergamam Kedai Di KL Caj Pelanggan RM7 Untuk Air Suam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



