Now Reading
“Senang Cari Nak Masak Apa” – Aplikasi Himpunan Resepi Dari Influencer Di Malaysia Raih Perhatian Ramai

“Senang Cari Nak Masak Apa” – Aplikasi Himpunan Resepi Dari Influencer Di Malaysia Raih Perhatian Ramai

Nak beli bahan-bahan masakan dekat kedai pun senang nanti, buka aplikasi Kerisik di telefon dan terus cari menu apa yang mahu dimasak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masuk sahaja bulan Ramadan, ramai di antara kita yang mahu mempelajari pelbagai resipi masakan baharu yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Entah mengapa ketika bulan puasa ini, semua jenis juadah termasuk yang tidak diminati selama ini pun kelihatan lazat.

Buat mereka yang masih berjinak-jinak ke arah dunia kulinari, pasti anda mahu mencari resipi atau mentor yang mudah diikuti. Antara yang popular pada ketika ini ialah Khairul Aming, Che Sayang Kitchen, dan ramai lagi.

Namun antara yang perkara yang merumitkan proses memasak ini adalah mungkin ada sesetengah content creator tidak meletakkan senarai bahan-bahan atau cara penyediaannya di ruangan kapsyen hantaran. Oleh disebabkan itu, anda perlu menulis dan mencatatnya selepas mendengar berulang kali daripada video itu.

Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!

Baca Artikel Berkaitan: “Hey what’s up guys…” – Khairul Aming Kini Kembali Dengan ‘30 Hari 30 Resepi’

Baca Artikel Berkaitan: “Minta 3 Resepi Je Sehari” – Respon KA Lepas ‘Pelajar’ Putus Asa Dengan Menu Ramadan Buat Ramai Terhibur [Video]

Aplikasi Kerisik Mudahkan Orang Ramai Cari Resipi Masakan

Berita baik buat semua, kini terdapat satu aplikasi yang dapat memudahkan urusan anda bagi mencari resipi viral dalam masa yang singkat.

Lebih menarik lagi, kesemua resepi menu itu boleh didapatkan menerusi satu platform sahaja iaitu dari aplikasi dikenali sebagai ‘Kerisik: Recipe Manager’

Menurut seorang pengguna Threads dikenali sebagai Mohd Amir Izzat, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencatat bahan-bahan dan langkah memasak kerana semuanya disediakan dalam aplikasi tersebut.

“Padu la siapa yang buat apps ni. Dalam satu apps dia kumpulkan resipi-resipi dari pempengaruh Malaysia😍. Lepas ni dah tak payah nak salin bahan-bahan dan langkah-langkah dalam video lagi dah. Dalam ni semua dah lengkap,” katanya.

View on Threads

Untuk info, aplikasi ini dibangunkan oleh seorang graduan jurusan Komputer Sains dikenali sebagai Hafizzudin Sharif.

Menerusi aplikasi Kerisiki, anda boleh mencari nama pempengaruh atau content creator masakan pilihan di ruangan ‘search’. Kemudian senarai resipi oleh influencer itu akan dipaparkan di skrin.

Bahan-bahan yang diperlukan beserta dengan langkah-langkah penyediaan turut disediakan.

Boleh Cari Resipi Guna Nama Bahan

Nak mencari resipi mengikut kata kunci (keyword) pun boleh. Sebagai contoh, jika di rumah ada daging sahaja, taip sahaja perkataan daging di ruangan search dan kesemua resipi yang menggunakan bahan itu akan dipaparkan pada skrin.

Anda boleh muat turun aplikasi Kerisik menerusi IOS atau Android.

View on Threads

Ramai Mula Download Aplikasi Kerisik

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai teruja untuk mencuba aplikasi baharu itu.

“Bestnya. Penyelamat ni kalau tak tahu nak masak apa. Terima kasih kepada siapa yang hasilkan apps (Kerisik),” kata seorang wanita.

Malah ramai juga yang berkata mereka sudah muat turun aplikasi Kerisik di peranti telefon masing-masing.

Sementara itu, segelintir individu berpendapat bahawa Hafizzudin bijak mengambil peluang terhadap perkara-perkara yang viral pada ketika ini.

“Ni la yang dikatakan bijak dalam mengambil peluang. Tahu KA tengah trending lepas tu dia cipta benda yang memudahkan para pelajar KA,” ujar seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Masam Manis Cukup Rasa, Ini Resepi Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi Untuk Berbuka Puasa

Baca Artikel Berkaitan: Suami Guna ChatGPT Untuk ‘Prep’ Menu Buka Puasa, Siap Ada Senarai Bahan!

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd