“Saya Nak Tuntut Keadilan” – ‘Pelajar Ramadan 2026’ Burnout Cuba Tiru Resepi, Ini Respon Khairul Aming
Seorang netizen sebelum ini berjenaka dengan berkata mahu berhenti mencuba meniru menu Ramadan Khairul Aming kerana tertekan dan gagal meniru segala resipi dikongsi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dah mula jadi satu fenomena apabila orang ramai akan menunggu-nunggu kemunculan segmen khas Ramadan oleh usahawan dan content creator terkenal, Khairul Aming iaitu 30 Hari 30 Resepi.
Perkongsian video resipi berbuka puasa, moreh, dan sahur itu sememangnya mendapat sambutan rakyat Malaysia, yang mana setiap posting dikongsi mencecah jutaan views pada setiap hari. Ramai yang tertarik selain mahu mencuba sendiri resipi yang dikatakan mudah itu.
Tetapi persoalannya, betul ke 30 hari, 30 resipi? Ramai juga pelajar-pelajar KA ini yang sudah mengeluh penat meskipun baru masuk minggu kedua Ramadan. Katanya, silibus pembelajaran terlalu laju, dan tidak sempat nak mengejar kesemua resipi menu.
Baca Artikel Berkaitan: “Hey what’s up guys…” – Khairul Aming Kini Kembali Dengan ‘30 Hari 30 Resepi’
Baca Artikel Berkaitan: Bukan 30 Tapi 60 Resipi! Konten Ramadan Khairul Aming Tampil Dengan Pembaharuan Buat Ramai Teruja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]
Pelajar KA Tak Mahu Teruskan Cuba Buat Menu Ramadan
Kalau anda perasan di media sosial, ramai individu yang turut serta mencuba menu KA berkongsi hasil masakan mereka.
Alhamdulillah ramai juga yang berjaya dengan resipi itu, namun seperti yang disangka, ramai juga terkandas. Jangan kata tak jadi, ada yang sampai meletup juadahnya dalam airfryer!
Malah ada juga seorang ‘pelajar jurusan KA’ sebelum ini memuat naik video seakan-akan sidang media tergempar yang dipanggil sebagai ‘Press Confuse’ meluahkan rasa penatnya selepas cuba mengikuti segala menu dikongsikan usahawan Sambal Nyet Berapi itu.
“Saya dengan resipi KA sudah tiada apa-apa. Saya rasa cukup sampai di situ sahaja. Kita dah cuba (tetapi gagal). It is what it is la okay?” seloroh wanita itu.
KA Tampil Beri Penjelasan, Mahu Bersihkan Nama
Tidak membiarkan sidang media itu berbunyi sebelah pihak sahaja, KA menerusi hantaran di akaun-akaun media sosialnya tampil memberikan penjelasan mengenai video resipinya.
Seloroh ‘pensyarah’ KA, dia hanya menyediakan tiga resipi video sahaja dalam masa sehari sebagai tugasan namun, masih ada yang mengadu letih serta penat.
“Pihak sana ada buat kenyataan mengatakan dia memutuskan hubungan dengan resipi saya puasa ini sebab tak larat, penat, semualah. Bagi saya, ini semua isu komitmen sebenarnya. Bagi pihak saya, saya dah keluarkan tiga video sehari.
“Kadang-kadang tak tidur malam siapkan video tersebut. Apa yang saya dapat sebagai balasan? Tiada apa. Ni bukan saya nak mengungkit, tapi saya nak menuntut keadilan sebab macam-macam alasan dia bagi,” luahnya.
Khairul Aming Tak Faham Kenapa ‘Pelajar Ramadan 2026’ Cepat Stres
Malah KA juga menekankan bahawa dia juga tidak faham mengapa ramai yang mengadu penat, dan cepat letih untuk mengikut segala resipi memasaknya. Tegasnya, ‘tugasan’ yang diminta tidaklah begitu banyak.
“Barang habis dijual (sold out), ada hari dia kata tertekan, saya pun tak faham macam mana boleh tertekan sebab saya minta tiga video je sehari. Tiga resepi je untuk dia cuba sehari. Bukan banyak pun yang saya minta kan?
“Kedua dari isu tanggungjawab, sebab dia sewenang-wenangnya memutuskan hubungan tu (dengan resipi) dan tinggalkan saya dengan tanggungan saya yang semakin mencabar. Ada (pelajar) yang mula meracau, ada dah mula sawan, ada dah mula luar kawalan, ada yang tidak boleh dikawal lah.
“Saya pun tak tahu apa punca dia. Itu tak campur lagi tanggungan saya (pelajar) yang sampai terbakar dapur, masak sampai hitam, ada yang meletup dalam ketuhar, ada yang masuk lepas tu tak tahu hilang mana puding dia,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Buat Luahan Kepada Khairul Aming, Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak-Masak Buat Ramai Terhibur [Video]
Di dalam penjelasannya juga, KA berjenaka dengan berharap agar ‘pelajarnya’ tidak melepaskan tanggungjawab masing-masing untuk belajar meniru resipinya.
Macam-macam hal! 😂🤣
Ramai Cuti Hati Dengar Luahan Hati Khairul Aming
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berdekah mendengar respon KA yang mahu menegakkan keadilan buat dirinya.
“Terkejut kejap bila KA keluarkan video pagi-pagi. (Ingatkan) awal sangat kongsi resepi. Lah jawab gosip rupanya,” kata seorang wanita.
“Tahun lepas dia demam sebab netizen. Tahun ni dia balas dendam (keluarkan sidang media),” tambah seorang lagi warganet.
Malah ada yang berseloroh mahu gugurkan subjek KA pada Ramadan tahun ini.
“Saya dipihak akak ni. Saya setuju dan saya pun nak berundur diri,” ujar seorang pengguna Instagram.
Mesikpun ramai mengadu burnout dan tidak sempat mengejar pembelajaran pace laju itu, namun para penyokong pemilik restoran Rembayung itu tetap mahu video-video resipi baharu pada setiap hari.
“Hahahaha ala KA, walaupun tak terikut resipi menekan-nekan tahun ni, kami tetap nak video resipi KA sebab memang menjadi dan sedap. Kami tak sempat cuba masa Ramadan, kami cuba masa raya. Teruskan kongsi video masak okay KA!” kata seorang individu.
Berikut antara komen-komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: [Video] Reaksi Khairul Aming Lihat Peminat Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



