Now Reading
“Sayang Malaysia!” – Ramai Beri Kata-Kata Positif Selepas Wanita Non-Muslim Tanya Jika Boleh Makan Di Bazar

“Sayang Malaysia!” – Ramai Beri Kata-Kata Positif Selepas Wanita Non-Muslim Tanya Jika Boleh Makan Di Bazar

Soalan yang dimuat naik di Threads itu, telah meraih perhatian warganet tidak kira agama mahupun bangsa yang masing-masing memberi pendapat penuh toleransi mengenai isu tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun merupakan negara dengan masyarakat majmuk yang berbeza agama, rakyat Malaysia sememangnya bersikap toleransi dan saling menghormati kepercayaan masing-masing.

Boleh dikatakan setiap kali tiba di bulan Ramadan, pasti timbul persoalan sama ada seorang bukan Muslim yang makan di hadapan umat Islam akan menimbulkan rasa tidak senang hati mahupun tidak.

Ada segelintir kecil yang merasakan tidak patut, namun majoriti berpendapat tiada masalah untuk seseorang yang tidak diwajibkan berpuasa makan di khalayak ramai sama sekali.

Timbul Persoalan Jika Non Muslim Boleh Makan Depan Muslim Sedang Puasa

Itulah seperti yang dibincangkan di media sosial baru-baru ini, apabila seorang wanita bukan Islam, Yoganes Vellusamy, mengemukakan soalan dalam satu hantaran di Threads (@yoganes).

“Soalan dari seorang Non Muslim kepada Muslim, menyinggung perasaan ke kalau beli makanan di bazar (Ramadan) dan makan di bazar sebelum berbuka puasa?” soalnya.

Hantaran itu telah meraih perhatian warganet, tidak kira agama mahupun bangsa yang masing-masing memberi pendapat penuh toleransi mengenai isu tersebut.

Ia sekali gus menjadi bukti keharmonian dan perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

View on Threads

Non Muslim Rasa Perlu Hormat Umat Islam, Jangan Makan Depan Mereka Ketika Puasa

Di ruangan balas, rata-rata individu bukan Muslim berpendapat seseorang sepatutnya menghormati umat Islam yang sedang berpuasa dan tidak makan di hadapan mereka.

“Bayangkan makan depan orang yang tengah kelaparan. Saya tak akan buat macam tu sebab saya rasa boleh je tahan sampai tiba di rumah,” kata seorang lelaki.

Ada juga yang berkata jika tidak tahan berlapar, mereka akan makan di dalam kereta sahaja setelah membeli makanan di bazar Ramadan.

“Sebenarnya orang Islam tak kisah. Tapi lebih baik kita makan di tempat lain la. Berbudi bahasa. Saya cuba puasa sekali, tak senang sebenarnya. Lebih-lebih lagi pasal (tahan) minum,” kata seorang pengguna Threads.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki turut mendedahkan bahawa dia juga memilih untuk memakai seluar panjang ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

“Selalunya saya makan dalam kereta. Dan saya juga pakai seluar panjang, tapi pasar malam biasa saya pakai seluar pendek je. Cuma untuk bazar (Ramadan) saya lindungan bulan sikit,” katanya.

Orang Islam Anggap Tiada Masalah, Boleh Minta Review Kalau Non Muslim Cuba Makanan Bazar

Dari perspektif umat Islam pula, rata-rata merasakan tiada masalah jika seorang non Muslim mahu makan di hadapan mereka ketika sedang berpuasa.

“Secara jujurnya, boleh je dan kami tak kisah. Anda bebas makan dan nikmati pengalaman (di bazar). Ia tak beri kesan kepada puasa kami. Ramadan adalah tentang kawalan diri dan niat, bukan mengawal tindakan orang lain,” jelas seorang lelaki.

Mereka juga berkata sudah biasa melihat orang menjamu selera ketika berpuasa. Mana taknya, tengok mukbang la, resepi Khairul Aming lagi!

Malah, terdapat individu Islam yang berkata mereka boleh bertanyakan review ataupun cadangan daripada non Muslim yang terus mencuba makanan di bazar.

“Kami yang berpuasa, bukan awak. Jadi makan je. Tapi jangan marah kalau kami tanya sedap ke tak. Atau apa yang anda cadangkan,” kata seorang individu.

Interaksi antara pelbagai bangsa dan agama di hantaran ini sememangnya membuatkan orang ramai berasa bangga dengan rakyat Malaysia yang saling menghormati dan hidup harmoni.

Berikut antara komen daripada pengguna media sosial:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd