Now Reading
“Nampak Pelik” – Anak Muda Di China Terpengaruh Trend ‘Makan Plastik’ Untuk Turunkan Berat Badan

“Nampak Pelik” – Anak Muda Di China Terpengaruh Trend ‘Makan Plastik’ Untuk Turunkan Berat Badan

Segelintir individu di China mendakwa tabiat ‘makan plastik’ itu membantu mereka mengawal nafsu makan dan membuatkan perut rasa kenyang walaupun tidak mengambil sebarang makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan, semakin ramai di kalangan individu seluruh dunia yang kini sudah menyedari tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat selain mendapatkan berat badan ideal.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang salah anggap mengenai konsep sihat ini. Sebagai contoh, wujudnya trend-trend aneh yang didakwa dapat membantu mengurangkan berat badan dengan lebih efisien.

Meskipun tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkan keberkesanannya, namun ia masih menjadi ikutan orang ramai, sebagai contoh trend ‘makan plastik’ yang menjadi fenomena di China sekarang.

Baca Artikel Berkaitan: Turun 4Kg Seminggu, Dr. Soo Wincci Kongsi Diet Detoks Berkesan!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tips Turun 20 KG Berat Badan Dalam Masa Setahun

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif

Anak Muda Di China ‘Makan Plastik’ Untuk Kawal Berat Badan

Menerusi beberapa klip video kompilasi dikongsikan di laman TikTok, kelihatan individu-individu tersebut yang rata-ratanya golongan anak muda bertindak memasukkan sehelai plastik ke dalam mulut dan kemudian menyuapkan makanan.

Selepas beberapa kunyahan, makanan berserta plastik dikeluarkan dan diluahkan semula. Rutin tersebut dikatakan mampu memperdaya otak bahawa diri mereka sedang makan walaupun makanan tersebut dikeluarkan semula selepas itu.

@jexsashort tren aneh di cina yang bikin semua orang kaget! #faktamenarik #faktaunik #fakta #masukberanda #fyp ♬ suara asli – JexsaShort

Tonton video penuh [DI SINI].

Dakwa Rasa Kenyang Selepas Cuba Trend ‘Makan Plastik’

Selain itu, tabiat ini dikatakan boleh mengelakkan berat bertambah secara mendadak berbanding jika makan seperti biasa.

Segelintir individu pula mendakwa cara itu membantu mereka mengawal nafsu makan dan membuatkan perut rasa kenyang walaupun tidak mengambil sebarang makanan.

Trend ‘Makan Plastik’ Tingkat Risiko Tercekik

Memetik berita antarabangsa Moneycontrol, Pengarah dan Ketua, Perubatan Dalaman (Unit III), Hospital Asia dikenali sebagai Dr Sunil Rana berkata trend itu adalah berbahaya kerana ia meningkatkan risiko seseorang tercekik.

Menurutnya, trend terbabit mampu memperdaya orang ramai khususnya golongan anak muda kerana tekanan masyarakat yang mementingkan kecantikan. Ia sekaligus membuatkan seseorang itu berasa tertekan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing.

“Plastik tidak boleh dihadam oleh tubuh manusia. Jika seseorang termakan plastik, ia boleh tersumbat dalam perut atau usus, malah berisiko mengakibatkan jangkitan.

“Selain itu, plastik juga boleh membebaskan bahan kimia toksik ke dalam badan yang akhirnya berpotensi menjejaskan hati, otak dan hormon sistem seseorang,” kongsi Dr Sunil.

Nasihat pakar itu, individu perlu memilih cara yang lebih selamat dan sihat bagi menurunkan berat badan. Jelasnya dengan hanya mengawal pemakanan serta mengamalkan aktiviti fizikal sahaja mampu menunjukkan perubahan ketara pada badan seseorang.

Netizen Berpendapat Trend ‘Makan Plastik’ Adalah Pelik

Menerusi semakan kami di laman X (Twitter), orang ramai berpandangan bahawa trend itu adalah tidak masuk akal dan hanya membahayakan diri sendiri.

“Merepek. Kalau takut obesiti, kawal nutrisi dan tabiat makan, seimbangkan dengan senaman secara berkala dan kekal disiplin. Buat perkara macam ni hanya nampak pelik,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata trend itu mengundang kepada pembaziran makanan.

“Jadi, mereka ni bukan saja membazir makanan, tapi dapat sekali mikroplastik ke?” tanya seorang pengguna X.

Sementara itu, ada individu berasa bimbang sekiranya trend berkenaan semakin menjadi ikutan golongan anak muda.

“Tolong jangan share (video) ni. Perempuan muda akan mula terikut untuk kurangkan berat. Ni hanyalah salah satu versi bulimia,” kata seorang wanita.

Untuk info, bulimia nervosa adalah salah satu jenis gangguan pemakanan.

Memetik Hello Doktor, pesakit bulimia nervosa akan makan dengan banyak dalam satu-satu masa, dan kemudiannya cuba menyingkirkan makanan yang telah dimakan dengan cara tidak betul.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Masuk Penjara Orang Gemuk Di China, Demi Kuruskan Badan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jadi Gemuk Kerana Banyak Diberi Makan, Kucing Di Poland Terpaksa Diet

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Berubah? Ini Antara 10 Tips Kurus Dengan Sihat & Cergas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd