Now Reading
Sediakan Vending Machine Makanan Percuma Untuk Asnaf & Pelajar, Masjid Seksyen 7 Shah Alam Raih Pujian

Sediakan Vending Machine Makanan Percuma Untuk Asnaf & Pelajar, Masjid Seksyen 7 Shah Alam Raih Pujian

Antara makanan yang disediakan dalam vending machine makanan percuma di Masjid Seksyen 7 Shah Alam itu adalah spageti bolognese, nasi bawang putih dengan daging bulgogi Korea, Nasi bukhara daging, nasi tumis daging hitam, dan nasi beriani ayam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masjid merupakan tempat ibadah buat mereka yang bergelar muslim, namun fungsinya bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat sahaja.

Sesebuah masjid sebenarnya perlu dijadikan sebagai tempat untuk umat Islam berkumpul, bermasyarakat, tempat menimba ilmu, perbincangan dan banyak lagi.

Bahkan kebanyakkan masjid turut melakukan pelbagai program mengikut peringkat umur untuk menggalakkan lagi umat Islam berkunjung ke masjid bukan sekadar untuk solat semata-mata.

Masjid Seksyen 7 Shah Alam sediakan mesin vending makanan percuma pertama di Malaysia

Baru-baru ini Masjid Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor telah meraih perhatian orang ramai apabila menyediakan perkhidmatan makanan percuma untuk golongan asnaf dan juga pelajar.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Thread, masjid berkenaan memaklumkan pihaknya menyediakan mesin vending makanan percuma pertama di Malaysia dan ia khas buat golongan asnaf serta pelajar yang memerlukan.

Apa yang lebih menarik, pihak masjid ini tidak sekadar menyediakan mesin yang dipenuhi dengan makanan bahkan stesen pemanas juga disediakan di sebelah mesin terbabit untuk memudahkan mereka yang menerima bantuan menikmati makanan.

Dengan adanya stesen pemanas iaitu microwave (gelombang mikro) penerima boleh memanaskan makanan yang diterima secara terus agar makanan tersebut panas serta segar sewaktu dimakan.

Pelbagai jenis makanan disediakan

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh masjid berkenaan, kelihatan makanan yang disediakan adalah makanan yang boleh dimakan secara terus (ready to eat) dan ia mempunyai pelbagai jenis makanan seperti:

  • Spageti bolognese
  • Nasi bawang putih dengan daging bulgogi Korea
  • Nasi bukhara daging
  • Nasi tumis daging hitam
  • Nasi beriani ayam

“Kecil usaha kami, besar harapan untuk membantu,” katanya.

View on Threads

Ramai puji inisaitif masjid sediakan mesin vending untuk beri bantuan pada asnaf dan pelajar

Di ruangan komen ramai yang memuji insiatif masjid dalam menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Bahkan ramai juga yang ingin berkongsi rezeki untuk menderma agar lebih banyak lagi makanan boleh diletakkan dalam mesin tersebut.

Ada juga yang bertanya bagaimanakah cara untuk golongan asnaf mahupun pelajar untuk mendapatkan bantuan makanan daripada mesin tersebut.

Jelas pihak masjid, mereka yang memerlukan bantuan itu perlulah mendapatkan pin nombor untuk diisi daripada Ahli Jawatankuasa Masjid.

“MasyaAllah, alhamdulillah”

“Saya sentiasa doakan Ahli Jawatan Kuasa Masjid dan penyedia makanan ini sentiasa dirahmati Allah selalu”

“Alhamdulillah, semoga semakin luas rezeki para dermawan yang menderma untuk asnaf dan mereka yang memerlukan.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd