Now Reading
“Malaysia Pelbagai Budaya” – Ramai Teruja Lihat Singa ‘Lion Dance’ Menari Tarian Sumazau & Tarian Buluh

“Malaysia Pelbagai Budaya” – Ramai Teruja Lihat Singa ‘Lion Dance’ Menari Tarian Sumazau & Tarian Buluh

Dipercayai persembahan itu diadakan di sebuah kediaman yang terletak di Sabah, dengan tarian singa digabungkan dengan dua tarian tradisi negeri itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu ini, negara baru sahaja meraikan perayaan utama masyarakat Cina iaitu Tahun Baru Cina.

Antara persembahan yang pasti dinanti-nantikan menjelang Tahun Baru Cina pastilah tarian singa atau lebih dikenali sebagai ‘Lion Dance’.

Malah, tarian ini turut dinikmati oleh pelbagai masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.

Baca Artikel Berkaitan: “Suasana Luar Biasa” – Tarian Singa & Alunan Kompang Di Kenduri Kahwin Buat Tetamu Terpegun [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kombinasi Tarian Singa & Rentak Gendang Tradisional India Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan [Video]

Kostum Tarian Singa, Tapi Menari Tarian Sumazau

Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila satu persembahan Lion Dance membawa kelainan daripada yang biasa dilihat.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok (@mdomsb) baru-baru ini, dapat dilihat kostum singa yang sering dipakai bagi tarian itu mempersembahkan tarian tradisi masyarakat Kadazan Dusun iaitu Tarian Sumazau, ketika di sebuah majlis perayaan Tahun Baru Cina.

Kedengaran juga muzik tarian itu digabungkan dengan ketukan gendang yang sinonim dengan Lion Dance.

Dipercayai persembahan itu diadakan di sebuah rumah kediaman dengan kelihatan beberapa ‘singa’ serta maskot ‘God of Prosperity’ mempersembahkan tarian tersebut. Nampak comel betul!

Singa Lakukan Tarian Buluh, Siap Ada Formasi

Lebih menarik lagi apabila tarian tradisi dalam masyarakat Cina itu turut digabungkan dengan Tarian Magunatip atau lebih dikenali sebagai Tarian Buluh.

Pada mulanya kelihatan dua ekor singa dilakonkan dalam keadaan terketar-ketar, mungkin kerana takut kaki tersepit pada buluh-buluh yang digerakkan.

Namun sebaik sahaja memulakan tarian itu, mereka kelihatan bersahaja dan siap berpusing-pusing seperti melakukan formasi.

“100% penyesuaian budaya,” tertulis pada video yang menggambarkan situasi yang dirakamkan itu.

@mdomsb When culture meets culture – no agenda, just Joy 🌱✨✨ #chinesenewyear2026 #multiculturefamily ♬ original sound – MDOMSB

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Teruja Lihat Singa Menari Tarian Tradisi Sabah

Menjenguk ke ruangan komen, warganet sememangnya teruja melihat gabungan antara dua budaya itu.

“Tarian Singa pada masa kini sangat menghiburkan dan tidak pernah lekang ditelan zaman. Teruskan!” kata seorang pengguna TikTok.

Mereka memuji masyarakat Malaysia kerana mempunyai pelbagai budaya dan kekal bersatu-padu dalam keadaan harmoni.

“Saya suka tengok content camni, rakyat Malaysia bersatu,” kata seorang individu.

Dalam masa sama, orang ramai turut memuji kecomelan yang ditonjolkan oleh kostum Tarian Singa itu apabila menarikan Tarian Sumazau.

Malah mereka turut tertarik dengan singa berwarna pink yang sangat unik!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Buat ‘Surprise’ Untuk Suami, Sewa Tarian Singa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Gelagat Bapa & Anak Buat Tarian Singa Di Rumah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd