[Video] Pasangan Dari AS Kenalkan Nasi Lemak & Teh Tarik Pada Anak-Anak, Siap Masak Sendiri!
Nasi lemak yang dihidangkan oleh pasangan content creator dari Amerika Syarikat itu kelihatan sedap serta lengkap dengan pelbagai rencah seperti telur rebus, timun, kacang goreng, dan sambal ikan bilis.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nasi lemak sememangnya salah satu hidangan tempatan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan dinikmati oleh rata-rata masyarakat tanpa mengira bangsa.
Walaupun sinonim sebagai hidangan ketika sarapan pagi, namun nasi lemak selalunya dinikmati pada bila-bila masa sahaja termasuk makan tengahari dan malam.
Malah boleh dikatakan nasi lemak turut menjadi kegemaran orang ramai di seluruh pelusuk dunia!
Baca Artikel Berkaitan: “Laku Betul!” – Gerai Nasi Lemak Di Karnival Nanjing China Diserbu Pengunjung Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Food Is Good” – Pempengaruh Perkenal & Hidang Nasi Lemak Di Amerika Syarikat Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Cemburu Dengan Malaysia, Lelaki Dari Singapura Datang Ke KL Kerana Rindu Nasi Lemak Di PJ
Suami Isteri Dari AS Hidangkan Nasi Lemak & Teh Tarik Pada Anak-Anak
Baru-baru ini, pasangan content creator (pencipta kandungan) suami isteri dari Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai William dan Elkey Zandstra, memperkenalkan nasi lemak kepada anak-anak mereka.
Selain nasi lemak, mereka turut berkongsi ‘minuman kebangsaan’ iaitu teh tarik yang menjadi pelengkap kepada menu kegemaran rakyat Malaysia itu.
Menerusi hantaran di media sosial, mereka menghasilkan siri hidangan sarapan pagi dari negara berbeza berdasarkan kepada lokasi yang dipilih secara rawak oleh anak-anak pada glob dunia, dengan Malaysia menjadi negara ke-28 dalam siri itu.
“Setiap minggu, anak-anak memutarkan glob dan memilih negara secara rawak. Dan kami akan hasilkan hidangan sarapan dari negara tersebut,” katanya.
Malah, kedengaran juga lagu kebangsaan negara, ‘Negaraku’, berkumandang sebagai muzik latar.
Bukan Hanya Hidang Nasi Lemak, Pasangan Kongsi Pada Anak Tentang Negara Malaysia
Selain daripada menghidangkan sarapan kebangsaan Malaysia itu, Elkey turut menerangkan serba sedikit mengenai negara tersebut kepada anak-anaknya.
“Malaysia adalah negara di Asia. Di Malaysia, mereka bercakap Bahasa Melayu,” katanya.
Turut kedengaran anak lelaki mereka yang pandai menyebut ucapan ‘Selamat Pagi’ dan ‘Selamat Malam’. Tak pelat pun!
Elkey juga menjelaskan bahawa negara Malaysia kaya dengan hutan hujan tropika dengan sesetengah daripadanya (termasuk Taman Negara) berusia lebih 100 juta tahun.
Bapa Masak Sendiri Nasi Lemak, Siap ‘Tarik’ Teh
Pada siri kali ini, pasangan itu telah memilih hidangan nasi lemak dilengkapi dengan teh tarik sebagai sarapan pagi mereka bagi mewakili negara Malaysia.
Apa yang lebih menarik lagi adalah nasi lemak dan teh tarik itu dihasilkan sendiri oleh William buat pertama kali.
Ketika menghidangkan teh tarik tersebut, dia benar-benar ‘menarik’ teh sehingga tinggi bagi menghasilkan buih-buih yang ringan.
Hidangan nasi lemak juga lengkap dengan pelbagai rencah seperti telur rebus, timun kacang goreng, dan sambal ikan bilis. Memang nampak sedap!
Membawa sedikit kelainan daripada nasi lemak yang biasa ada di Malaysia, mereka turut menghidangkannya bersama ikan kecil yang digoreng, bawang goreng dan flos ayam.

Orang Ramai Puji Usaha Pasangan Suami Isteri, Nasi Lemak Pun Nampak Sedap!
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai terutamanya mereka yang berasal dari Malaysia berasa teruja melihat pasangan itu memperkenalkan hidangan nasi lemak di dalam siri tersebut.
Mereka turut memuji nasi lemak dan teh tarik yang dihasilkan kerana kelihatan sedap! Elkey berkata dia telah makan nasi lemak tersebut tiga hidangan berturut-turut.
“Saya suka macam mana teh tarik dan nasi lemak kelihatan sangat sedap! Tahniah kerana meluangkan masa menghasilkan hidangan tradisi kami,” kata seorang individu.
Malah pasangan suami isteri itu menerima pujian kerana menyantuni dan mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa.
“Usaha awak dan suami sangat menginspirasikan. Awak berdua merupakan ibu ayah yang hebat, penuh kasih sayang dan dedikasi,” ujar seorang wanita.
“Suka tengok awak semua belajar tentang pelbagai budaya. Saya gembira mereka suka makanan Malaysia!” kata seorang lagi.
Dalam masa sama, warganet memuji kebolehan keluarga itu menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul. Elkey menerangkan bahawa dia boleh berbahasa Indonesia kerana membesar di sana, sekali gus boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.








Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



