Now Reading
Ini Penjelasan Ulama Tentang Hukum Umat Islam Memakai Pakaian Bergambar Anjing Atau Babi

Ini Penjelasan Ulama Tentang Hukum Umat Islam Memakai Pakaian Bergambar Anjing Atau Babi

Ustaz Azhar Idrus berkata sebarang pakaian yang mempunyai gambar makruh dipakai solat berjemaah kerana boleh mengganggu tumpuan jemaah lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang Muslim yang beriman sudah tentulah akan menitik beratkan hukum menggunakan sesuatu perkara, termasuklah hadiah yang diterima daripada seseorang.

Kadangkala risau juga jika sesuatu yang diberi itu tidak mematuhi syarak, seperti makanan yang tidak halal.

Satu lagi persoalan yang timbul adalah sama ada pakaian yang mempunyai gambar haiwan, khususnya haiwan najis berat iaitu anjing dan babi, boleh dipakai oleh seorang Muslim.

Itulah seperti yang ditanya oleh seorang wanita yang menerima baju dari Disneyland Shanghai dengan gambar watak animasi Winnie the Pooh, termasuk karakter Piglet yang merupakan seekor babi.

Antara kartun popular lain dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini yang menggunakan ilustrasi babi dan anjing sebagai karakter adalah seperti Bluey, Peppa Pig dan Paw Patrol.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal

Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Dilarang Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak Mahupun Judi

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Yang Tak Tahu Pakai Seluar Jeans Harus Tapi Boleh Jadi Haram, Ini Penjelasannya

Umat Islam Boleh Memakai Baju Dengan Gambar Haiwan Termasuk Babi – Dr Zulkifli

Berdasarkan pendapat bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, tidak salah seorang Muslim memakai pakaian yang terdapat gambar haiwan, walaupun salah satu daripadanya adalah gambar babi sekalipun.

Jelas beliau, larangan terhadap gambar haiwan adalah kerana dikhuatiri ia akan diagung-agungkan dan dimuliakan. Tetapi menjadikan gambar sebagai pakaian tidak menunjukkan perbuatan memuliakan.

Namun begitu, Dr Zulkifli mengingatkan agar gambar babi itu bukanlah bertujuan pernormalisasian agar haiwan tersebut tidak lagi dianggap sebagai haram buat umat Islam.

Dalam masa sama, beliau berkata terdapat juga pendapat yang mengharamkan seorang Muslim memakai pakaian dengan gambar haiwan.

Oleh yang demikian, Dr Zulkifli berkata lebih baik juga jika mengelak daripada memakai gambar sedemikian sebagai mengambil jalan keluar daripada khilaf ulama yang mengharamkannya.

Kanak-kanak Diberi Rukhsah Pakai Baju Gambar Haiwan – UAI

Memetik penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, beliau berkata baju dengan gambar haiwan boleh dipakai oleh kanak-kanak yang diberi rukhsah, sama seperti dalam isu patung permainan. Ini termasuklah baju dengan gambar anjing.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Haram Orang Dewasa Tidur Dengan Patung Teddy Bear

Namun beliau berpendapat bahawa lebih elok bagi seorang dewasa Muslim agar tidak memakai baju dengan gambar binatang.

“Cuma kita ni (umat Islam), tak berapa baguslah pakai gambar anjing. Tapi kalau orang tua tak perlulah pakai baju gambar-gambar binatang,” katanya.

UAI juga menjelaskan bahawa gambar anjing tidaklah dihukumkan seperti mana anjing itu sendiri, iaitu sebagai najis mughallazah yang perlu dielakkan sama sekali.

“Tapi cermin bagi yang hidup tu tak bagus la. Tok Imam pakai (baju) gambar babi tu tak kena, walaupun ia bukan najis,” selorohnya.

Makruh Pakai Baju Bergambar Ketika Solat Berjemaah

Walaupun tiada larangan untuk memakai baju dengan gambar haiwan secara umumnya, namun para ulama menghukumnya sebagai makruh jika dipakai ketika solat, khususnya secara berjemaah.

Ini juga pendapat yang diambil oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor yang menetapkan harus memakai baju dengan gambar kartun anjing, tetapi makruh ketika solat berjemaah kerana dikhuatiri menggangu tumpuan jemaah lain.

Malah bukan sahaja gambar haiwan, UAI menegaskan apa sahaja gambar serta tulisan pada baju yang boleh menyebabkan seseorang lalai ketika solat adalah makruh dipakai.

Beliau berkata ini adalah sebagaimana dalam satu hadis apabila Nabi Muhammad SAW yang mahu menunaikan solat, meminta isteri Baginda, Saidatina Aisyah Abu Bakar RA, menurunkan kain langsir yang terdapat gambar burung padanya.

Namun UAI berkata pengecualian diberikan buat gambar yang kecil yang tidak berapa boleh dilihat oleh jemaah lain seperti logo pada bahagian dada.

Gambar yang besar pada baju, terutamanya di bahagian belakang, boleh mengganggu khusyuk para jemaah ketika solat.

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Pakai Minyak Wangi Ada Alkohol Masa Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd