Now Reading
[Video] Mahu Bantu Penunggang Wanita Kehabisan Minyak, Lelaki Berani Beri Individu Tak Dikenali Pandu Kereta

[Video] Mahu Bantu Penunggang Wanita Kehabisan Minyak, Lelaki Berani Beri Individu Tak Dikenali Pandu Kereta

Dalam video dikongsikan kelihatan lelaki terbabit berhenti di laluan kecemasan sebelum bertanya kepada wanita yang kehabisan minyak di tepi lebuh raya itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak dinafikan perbuatan membantu individu yang sedang kesusahan merupakan sikap yang baik.

Tidak kisahlah bagaimana bantuan yang diberikan itu kerana ia mengikut kemampuan masing-masing namun ia pasti dapat meringankan beban bahu yang memikul.

Bahkan ada individu yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan harta benda demi membantu individu yang dalam kesusahan.

Tahan wanita alami minyak motosikal habis di lebuh raya

Baru-baru ini, seorang lelaki sanggup menolak motosikal milik seorang wanita tak dikenali yang kehabisan minyak sewaktu berada di lebuh raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ayp.sbk di TikTok, kelihatan dia telah memberhentikan kereta dipandunya di laluan kecemasan sebaik melihat wanita itu menolak motosikalnya.

Dia lalu menahan wanita itu dan bertanya adakah motosikal ditunggang berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Wanita itu lalu mengatakan motosikalnya itu kehabisan minyak dan tidak membolehkan dia untuk ke destinasi seterusnya sehingga terpaksa menolaknya.

This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-5-1.jpg

Sanggup beri wanita pandu kereta kerana tak sampai hati lihat tolak motosikal

Kasihan melihat wanita itu dia lalu menawarkan agar wanita itu memandu keretanya sementara lelaki tersebut menolaknya dan berjanji akan berjumpa di kawasan Rehat & Rawat (R&R) yang seterusnya.

Sebelum berlalu pergi membawa kereta lelaki itu, kelihatan mereka sempat bertukar nombor telefon.

This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-6-1.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-8.jpg

Datang seorang lagi penunggang motosikal nak bantu

Namun apa yang menjadi perhatian sewaktu lelaki itu mula ingin menolak motosikal tersebut, datang seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dari belakang yang mahu membantu.

Malah mereka dilihat bertukar menunggang motosikal memandangkan individu membawa motosikal berkuasa besar itu memaklumkan dia tidak pandai untuk menunda.

Kelihatan mereka saling berkerjasama menunda motosikal tersebut sehingga sampai ke R&R berdekatan.

Turut kelihatan wanita yang memandu kereta lelaki tersebut juga sudah setia menanti untuk mengisi minyak pada motosikalnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-9-1.jpg

Rami puji lelaki berani bagi kereta pada wanita tak dikenali untuk bantunya

Di ruangan komen, ramai yang memujinya kerana berani membenarkan wanita itu memandu kenderaannya hanya kerana mahu membantu individu berkenaan.

Meskipun tidak kenal namun niatnya hanyalah untuk meringankan beban wanita berkenaan.

Tak kurang ada juga yang teruja kerana sebaik sahaja memberikan kereta kelihatan dia kemudian turut dibantu oleh seorang lagi penunggang motosikal.

“Tak sampai berapa langkah, dah ada orang datang tolong abang ni pulak.. dipermudahkan.”

This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-1.jpg

“Hubungi lebuhraya Plus, dia orang ada siap sedia petrol dalam kereta 4×4”

This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-2.jpg
“Pernah juga tolong orang macam ni.. Saya suruh bawa kereta saya, saya bawa motor dia. Tapi tali pinggang tarik keluar bagi habis kemudian tutup pintu. Jadinya saya berpaut ala-ala towing la, agak bahaya tapi terpaksa.”
This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-3.jpg

“Bila kita tolong orang, Allah hadirkan orang lain untuk tolong”

This image has an empty alt attribute; its file name is tunggang-motosikal-4.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd