[Video] Pemandu Didenda RM100 Akibat Berhenti Lama Di Terminal KLIA, Ramai Setuju Dengan Sistem VAMS
Dengan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS), pemandu yang membiarkan kenderaan di laluan mengambil dan menurun penumpang Terminal 1 KLIA melebihi tempoh 10 minit akan dikenakan caj penalti bermula dari RM10 sehingga RM100 maksimum.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, setiap kali hendak mengambil mahupun menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), keadaan trafik pasti sesak.
Mana tidaknya, pemandu kenderaan bukan hanya berhenti seketika, tetapi ada yang siap menunggu sehingga sejam lamanya di Balai Ketibaan dan Perlepasan dengan pelbagai alasan.
Namun sejak awal bulan ini, Terminal 1 KLIA telah melaksanakan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) yang hanya memberi masa percuma 10 minit di kawasan terbabit.
Itupun masih ada pemandu yang tidak mengetahui atau degil dan tetap berada di tempat menurunkan dan mengambil penumpang melebihi tempoh yang ditetapkan sehingga terpaksa membayar caj penalti.
Baca Artikel Berkaitan: Ulat KLIA Paksa Pelancong Asing Bayar RM800 Sudah Ditahan JPJ, Kereta Disita – Anthony Loke
Baca Artikel Berkaitan: “Parking Dah La Sikit” – Wanita Berang Penganjuran Acara Di R&R Jadi Punca Pengunjung Tidak Dapat Parkir Kereta
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Parkir Awam Jadi Tempat Letak ‘Kereta Booking’ Raih Perhatian Ramai [Video]
Tular Pemandu Didenda RM100 Kerana ‘Parkir’ 33 Minit Di KLIA
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, satu video menyaksikan keadaan di sekitar palang keluar, tidak pasti sama ada dari tempat menurunkan atau mengambil penumpang di KLIA.
Dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@pitjoe88), sebuah kereta memberi isyarat lampu kecemasan (double signal) di palang keluar. Kelihatan juga seorang petugas berada di palang tersebut.
Apabila rakaman itu dizum, rupa-rupanya kenderaan itu telah dikenakan denda sebanyak RM100!
Ini kerana dia telah meluangkan masa selama 33 minit di kawasan tersebut dan dikenakan caj penalti.
@pitjoe88 DENDA Maksimum RM100 di KLIA
♬ original sound – MAFISYA BY PITJOE
Tonton video penuh [DI SINI].
Caj Penalti VAMS Bermula Pada RM10 Untuk Tempoh Sehingga 15 Minit
Untuk info, caj penalti yang dikenakan bagi mereka yang melebihi had masa 10 minit yang diberikan di laluan menghantar dan mengambil penumpang di Balai Perlepasan dan Ketibaan KLIA bergantung kepada tempoh masa seperti berikut:
- 10 ke 15 minit: RM10
- 15 ke 20 minit: RM30
- 20 ke 25 minit: RM60
- 25 ke 30 minit: RM100

Sistem itu baru dilaksanakan di Terminal 1 KLIA, dan bakal beroperasi juga di Terminal 2 dalam masa terdekat.
“Semalam (1 Disember), 92% pengguna mengikut had percuma 10 minit bagi menurunkan dan mengambil penumpang,” kata KLIA sehari selepas sistem itu dilaksanakan.
Sebaliknya, mereka yang memerlukan lebih banyak masa ketika menurunkan penumpang boleh meletakkan kenderaan di parkir yang disediakan, iaitu:
- T1 Short-Term Car Park – Percuma 15 minit pertama
- Long-Term Car Park – Percuma 30 minit pertama
- Public Waiting Area – Percuma sepenuhnya
Ramai Setuju Sistem VAMS Dijalankan Di KLIA
Memindai ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak KLIA dengan mengenakan caj penalti kepada mereka yang menunggu lama di ruangan menurunkan atau mengambil penumpang.
Orang ramai juga mempersoalkan masa yang begitu lama diambil oleh pemandu ketika di tempat mengambil dan menurun penumpang.
“33 minit kat Perlepasan buat apa? Cium peluk pun tak payah 33 minit,” kata seorang individu.
Ada juga yang membandingkan caj penalti RM100 yang dikenakan buat masa 33 minit, berbanding bayaran di tempat letak kenderaan yang bermula pada RM5 sejam saja.
Dalam masa sama, beberapa individu turut mendakwa bahawa setelah sistem VAMS dijalankan kawasan di sekitar tempat menurunkan dan mengambil penumpang sudah tidak sesak lagi seperti dahulu apabila ramai yang meletakkan kereta di tepi jalan.
“Eloklah buat begini. Buat semak je Balai Ketibaan jadi lot parkir. Kita nak ambil orang pun susah,” kata seorang warganet.





Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



