Now Reading
[Video] Lelaki Dedikasi Ucapan Buat Ibu Ayah Sewaktu Majlis Konvo Bikin Ramai Sebak

[Video] Lelaki Dedikasi Ucapan Buat Ibu Ayah Sewaktu Majlis Konvo Bikin Ramai Sebak

Muhammad Faris Fiqran yang merupakan graduan daripada Multimedia University turut mendedikasikan kejayaan kepada ayah sebagai hadiah hari jadi memandangkan insan tersayang itu menginjak ke usia 65 tahun pada 7 Disember 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap yang bergelar anak pasti mempunyai impian untuk berjaya dan ingin meraikan kejayaan itu bersama ibu ayah yang disayangi.

Ini kerana ibu ayah telah melakukan pelbagai perkara termasuklah berkorban serta berdoa tanpa henti asalkan anak-anak yang dibesarkan dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.

Graduan buat ucapan untuk ibu dan ayah ketika majlis konvokesyen

Baru-baru ini seorang graduan lelaki menjadi perhatian apabila ucapannya telah membuatkan ramai berasa sebak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Muhammad Faris Fiqran Muhammad di TikTok, telah memberikan ucapan di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen di Multimedia University (MMU).

Dalam ucapan itu kedengaran Fiqran menghargai jasa ibu ayah yang turut hadir sewaktu majlis berkenaan berlangsung.

Minta ibu ayah untuk berdiri sebelum teruskan ucapan untuk menghargai mereka

Sewaktu di dalam dewan, Fiqran turut meminta ibu ayahnya berdiri seketika untuk menghargai dua insan tersayang itu.

Sebaik mendengar perkara itu, kelihatan ibu dan ayah Fiqran berdiri dan melambai seketika kepada orang ramai yang berada dalam dewan tersebut.

“Umi, awak pernah meminta maaf kepada saya kerana pernah merasakan tidak dapat memberikan kepada saya seperti mana ibu-ibu kepada yang lain. Tapi Umi, tiada perkara di dalam dunia ini lebih bermakna daripada kasih sayang yang telah awak berikan kepada saya.

“Awak melakukan tiga perkerjaan dalam sehari agar adik (Fiqran), Fahmi dan Kakak dapat mempunyai impian yang besar,” ujarnya.

Ibu berniaga kuih dan pakaian selain mengajar

Malah Fiqran turut berkongsi ibunya akan berjaga di awal pagi untuk membuat kuih dan menjualnya, mengajar di sekolah, dan pergi ke pasar malam untuk menjual pakaian.

Katanya lagi, ibu adalah mak yang terbaik buat dia dan adik-beradiknya meskipun pelbagai pekerjaan dilakukan dalam sehari.

Berikan kejayaan dikecapi sebagai hadiah hari jadi untuk ayah yang ke 65 tahun

Fiqran turut mendedikasikan kejayaannya buat si ayah yang juga dianggap sebagai wira dalam hidupnya.

“Esok pada 7 Disember 2025, awak akan menginjak ke usia 65 tahun, dan saya harap kejayaan ini menjadi hadiah yang paling bermakna untuk hari jadi yang boleh saya berikan kepada awak.

“Awak telah menjadi penyokong nombor satu saya. Seseorang yang telah melihat siaran langsung untuk setiap pertandingan (pidato) yang saya sertai jauh dari Kelantan.

“Lelaki yang sentiasa bertanya mengenai pelajaran saya dan sentiasa bertanya ‘adik ada masalah? Study okay?’

“Malah meletakkan kesusahannya ke tepi hanya untuk memastikan perkara itu tidak mengganggu pelajaran saya.”

Kelihatan ibu ayah sebak dengan ucapan diberikan

Ucapan yang diberikan oleh Fiqran sewaktu majlis konvokesyen itu ternyata turut membuatkan ibu dan ayahnya sebak.

Bahkan kelihatan si ibu berkali-kali mengesat air matanya sepanjang mendengar ucapan Fiqran.

Turun sahaja dari pentas, kelihatan graduan ini terus memeluk tubuh insan tersayangnya sambil diperhatikan oleh orang ramai di dalam dewan.

https://www.tiktok.com/@fvqqq_/video/7584694095482981653

Ramai sebak dengar ucapan graduan ini

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa sebak melihat video yang dikongsikan Fiqran di TikTok itu.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah dan bangga atas kejayaan yang dikecapinya.

“Apa ni buat cikgu nangis, tahniah cikgu tumpang gembira”

“Tahniah kepada awak Faris. Terbang tinggi dengan impian dan kerjaya awak”

“Bangga dengan awak! Semoga saya boleh memberikan kejayaan sama kepada ibu ayah nanti insya-Allah”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd