[Video] Ramai Puji Lihat Abang Grab Bersihkan Longkang Tersumbat Ketika Hujan
Menerusi video tular, dapat dilihat dua orang penghantar makanan Grab sedang membersihkan longkang di satu jalan yang sedang dinaiki air.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (4 Disember), ibu negara Kuala Lumpur kembali dilanda hujan lebat selepas beberapa hari cuaca panas dan cerah.
Sejurus itu, berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di ibu kota ini termasuklah di sekitar Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak dan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Namun dalam menghadapi bencana alam ini, masih ada segelintir insan mulia yang sanggup bersusah-payah demi kesenangan orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: “Prihatin Dengan Rakyat” – Lelaki Dipuji Bersihkan Longkang Tersumbat Sekitar Johor
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Polis Trafik Dipuji, Sanggup Berkaki Ayam Demi Bersihkan Longkang Tersumbat
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bersihkan Lubang Tersumbat Punca Air Bertakung Di Lebuhraya EDL Raih Pujian [Video]
2 Abang Grab Bantu Bersihkan Longkang Ketika Air Naik
Itulah seperti yang dapat dilihat menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok (@izzokayyy), memaparkan tindakan mulia dua penghantar makanan (food rider) Grab saat jalan di Taman Len Seng, Kuala Lumpur mula dinaiki air ketika sedang hujan.
Difahamkan mereka mengalihkan sampah dan kotoran yang menyebabkan lubang longkang tertutup sehingga menghalang air untuk mengalir.
Kedua-dua mereka juga sanggup dibasahi hujan malah sehingga tenggelam kasut demi melakukan tindakan terpuji tersebut.
“Penunggang Grab memang hero kita!” tertulis pada ruangan komen.
Video itu telah menerima lebih 436,000 tontonan dengan hampir 20,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
@izzokayyy Grab riders truly are our heroes! 📅 4 Dec 2025 @GrabMY ♬ Accident – Mustafa Yazicioglu
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Kagum Tindakan Abang Grab Alihkan Halangan Di Jalan Raya
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memuji tindakan kedua-dua penunggang Grab itu yang sanggup bersusah payah demi memberi kesenangan kepada pengguna jalan raya lain.
Malah, video itu turut menarik perhatian akaun TikTok rasmi Grab Malaysia juga yang memuji mereka kerana menunjukkan teladan yang baik.
Salah seorang penunggang Grab turut meninggalkan komen mengapa dia bertindak sedemikian.
“Saya cuma bersihkan longkang yang tersumbat supaya air banjir boleh mengalir. Niat nak mudahkan semua orang lalu jalan tu,” katanya.
Ada juga yang turut berseloroh dengan situasi itu dan mempersoalkan jika seorang penunggang Grab kena mengetahui pelbagai perkara.
“Ramai tak tahu yang kerja Grab ni dia orang menyamar je. Sebenarnya dua abang Grab tu Power Ranger hijau,” seorang netizen berjenaka.








Alihkan Halangan Di Jalan Raya Adalah Satu Bentuk Sedekah
Dalam masa sama, segelintir individu berkata tindakan mereka tidak saling ubah seperti mengalihkan halangan dari jalan raya yang akan menerima ganjaran pahala.
Berdasarkan laman web Maktabah al-Bakri, mengalihkan sesuatu dari atas jalan yang mampu menyebabkan kesusahan kepada seseorang termasuklah dalam serendah-rendah iman.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bermundar-mandir di dalam Syurga, (dia masuk ke dalam Syurga) atas perbuatan baiknya iaitu memotong sepohon pokok yang berada di tengah-tengah jalan, yang sejak lama menganggu orang ramai yang lalu-lalang di situ.”
Riwayat Muslim (1914)
Hadis ini menerangkan bahawa umat Islam digalakkan melakukan amal kebaikan dalam apa jua situasi serta keadaan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Bukan itu sahaja, tindakan sedemikian juga dianggap sebagai satu bentuk sedekah dan akan menerima ganjaran atas perbuatan baik tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Sanggup Redah Hujan Untuk Alihkan Kerusi Di Tengah Jalan Raih Pujian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Tolong Kutip Botol Minyak Masak Jatuh Atas Jalan Dari Lori Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengguna Jalan Raya Tampil Bantu Alihkan Pokok Tumbang Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.