[Video] Wajah Baru ZUS PD Waterfront Raih Perhatian, Konsep Open Air & Deko Ala Pantai
Untuk info, cawangan itu telah dibuka selepas lebih sebulan menjalani kerja pengubahsuaian, lengkap dengan deko-deko estetik serta kedai yang lebih luas berbanding dahulu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti yang kita tahu, antara rangkaian kedai kopi yang menambat hati pembeli di Malaysia pada ketika ini adalah ZUS Coffee.
Ini mungkin kerana pilihan minuman ZUS yang disesuaikan mengikut selera dan perisa kegemaran penduduk tempatan. Seperti sebelum ini, ZUS telah mengeluarkan minuman siri jagung, Teh Ais Limau-Nade, dan yang terbaharu adalah Ube (keladi).
Selain menetapkan matlamat tinggi iaitu dengan membuka cawangan ke-1000 menjelang hujung tahun 2025, pihak pengurusan mereka juga berusaha meningkatkan pengalaman positif dan keselesaan cawangan sedia ada pada ketika ini.
Baca Artikel Berkaitan: “We’re Closing…” – ZUS Coffee Umum Penutupan Kedai, Pelanggan Setia Mula Rasa Panik
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Dapat Dana RM250 Juta, Luas Pasaran Ke Peringkat Global
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Bakal Dibuka Di Singapura, Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Changi
ZUS PD Waterfront Diubah Suai Kepada Kedai Yang Lebih Luas & Selesa
Baru-baru ini, tular hantaran di laman Threads apabila orang ramai berkongsi keterujaan mereka selepas melihat cawangan baharu ZUS PD Waterfront yang diubah suai dari segi keluasannya, deko, suasana dan lain-lain.
Sebelum ini, ZUS menerusi satu notis mengumumkan bahawa cawangan tersebut ditutup lebih sebulan dari 27 Oktober sehingga 29 November 2025 untuk proses pengubahsuaian.

Antara perkara yang mencuri tumpuan adalah jumlah tempat duduk yang banyak berbanding yang dahulu. Malah cawangan itu juga dijadikan dua tingkat, yang mana pelanggan boleh memilih untuk duduk di dalam kedai sejuk atau bersantai di luar sambil menikmati pemandangan laut biru.
“Saja lah singgah. Sumpah cantik! Kali ni jangan risau meja tak cukup. Bersepah meja sampai belakang,” kata seorang wanita dikenali sebagai Kyn.
Malah konsep terbuka (open air) itu juga membolehkan para pengunjung minum secawan ZUS sambil menikmati waktu terbenam matahari (sunset).
View on Threads
ZUS PD Waterfront Cipta Suasana Ala Bali
Menurut seorang travel content creator dikenali sebagai Ped Zulkefli, wajah baharu ZUS PD Waterfront ini menampilkan suasana kedai ala-ala antarabangsa.
“Lawa teruk guys outlet ZUS Coffee yang baru buka ni. Vibe dia macam dekat Bali pun ada, macam dekat Phuket pun ada.
“Setaraf antarabangsa lawa dia tu. Agak besar outlet dia, dua tingkat. Belah atas masih tak ada aircond tapi diorang ada sediakan portable aircond,” katanya.
View on Threads
Deko Menarik Cerminkan Imej ZUS Coffee By The Sea
Antara deko yang anda boleh lihat ketika mengunjungi cawangan kedai kopi ini adalah papan luncur yang diperibadikan dengan logo ZUS, stereng kapal laut, pelampung keselamatan, kerusi healing dan banyak lagi. Sekali pandang, memang akan teringat suasana di pantai.

Ramai Suka Lihat Deko Estetik ZUS PD Waterfront Yang Baharu
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai begitu teruja melihat cawangan wajah baru oleh ZUS PD Waterfront.
“Terus jadi vibe luar negara,” kata seorang wanita.
“Nice ZUS dia. Cantik OOTD ni,” tambah seorang lagi pengguna Threads.
Ada yang bertanya sama ada tempat duduk di luar itu panas ataupun tidak. Menurut pengguna Threads iaitu Kyn, ada juga port di luar yang menyediakan payung besar agar pelanggan boleh berteduh dan bersantai dengan tenang.
Sementara itu, pembeli yang sudah berkunjung ke sana turut berkongsi beberapa foto menyaksikan suasana cantik di cawangan tersebut.






Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Keluarkan Air Perisa Baharu Dalam Botol 1 Liter, Sesuai Diminum Ketika Lepak Moreh [Review]
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Kolaborasi Dengan MAPIM, Beri Bantuan Bekalan Air Di Gaza
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



