“Hilang Selera Tengok” – Restoran Guna Gambar Menu Janaan AI Raih Pelbagai Reaksi
Setiap menu makanan menerusi tangkap layar tular itu dipercayai menggunakan AI, dan bukannya gambar sebenar makanan dijual.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penggunaan teknologi canggih yang boleh memudahkan urusan dan tugasan manusia seperti AI (kecerdasan buatan) dilihat semakin meluas bukan sahaja dalam sektor pekerjaan malah juga digunakan dalam aspek pendidikan.
Namun begitu, penerimaan terhadap AI ini dilihat masih 50-50 di kalangan masyarakat. Segelintir berkata ia mampu meningkatkan produktiviti dan menjadikan proses kerja lebih efisien, namun sesetengah pula berpendapat ia boleh menggantikan tenaga kerja manusia.
Lebih membimbangkan apabila ia mungkin menimbulkan isu tentang keaslian sesuatu hasil kerja selain ramai yang menyalahgunakannya.
Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Je Pelukis Berbakat Dekat Malaysia” – Karakter Animasi Pada Muka Buku Didakwa Guna AI Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Berpotensi Disalah Guna, Klip Ustaz Janaan AI Beri Ceramah Dalam Masjid Cetus Kebimbangan
Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Tercipta Oleh AI, Anak Pelukis Tampil Perjelas Isu Tular
Restoran Guna Gambar Menu Makanan AI Untuk Tujuan Promosi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu (sad.soulgrief) berkongsi dua tangkap layar daripada sebuah aplikasi penghantaran makanan.
Menerusi foto tersebut, kelihatan beberapa menu makanan Mexico dan dari negara barat lain seperti taco, quesadilla, burrito, spud (kentang bakar bersama topping), dan protein bowl yang ditawarkan oleh sebuah restoran.
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah imej yang disertakan bagi setiap menu di dalam aplikasi berkenaan. Dakwa pengguna Threads tersebut, ia adalah gambar janaan AI. Sekali pandang, anda juga akan menyedari bahawa gambar makanan itu adalah palsu.
“Lah, nak buat bisnes buat la betul-betul. Jangan la guna AI untuk gambar menu.😭 Tak nampak menyelerakan,” katanya.
Menerusi semakan kami, tiga perisa taco yang berlainan mempunyai ilustrasi lebih kurang sama sekaligus mampu membuatkan pembeli berasa keliru tentang gambaran sebenar makanan terbabit.
Perkara yang membuatkan individu ini bertambah musykil adalah kedai berkenaan mendapat rating tinggi — 4.9 walaupun dengan gambar menu sebegitu.
View on Threads
Ramai Tak Setuju Pemilik Bisnes Guna Gambar Janaan AI Sebagai Ilustrasi Menu Makanan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak bersetuju AI digunakan untuk menjana gambar menu di sesebuah kedai makan.
“Setuju, restoran yang guna gambar AI ni boleh mendatangkan bad review dari pelanggan. Sila upah jurugambar makanan. Boleh dapat gambar makanan yang membuatkan orang terliur,” kata seorang pengguna Threads.
“Macam Play-Doh (tanah liat),” ujar seorang lagi pengguna.
Malah ada juga individu yang sempat menyindir kedai makan itu kerana menggunakan gambar AI yang mungkin tidak memberikan gambaran sebenar tentang produk yang dijual.
“Aku suka peniaga yang pakai gambar AI macam ni untuk menu diorang. Sekurang-kurangnya senang aku nak tahu kedai mana aku nak elak (buat pesanan),” perli seorang lelaki.
“Aku tak beli daripada kedai yang guna gambar AI. Gambar buruk makanan sebenar jauh lebih baik daripada foto AI,” tambah seorang netizen.
Sementara itu, ramai berpendapat bahawa gambar palsu yang digunakan tidak sama sekali kelihatan menyelerakan.
“Masalahnya diorang (pihak kedai makan) akan rasa bangga dan gempak gila gambar menu guna AI. Padahal pelanggan lagi hilang selera tengok,” kata seorang warganet.





Ada Yang Berpendapat Gambar Menu Janaan AI Bukan Satu Masalah
Bagaimanapun, ada yang berkata penggunaan AI ini bukanlah satu isu sekiranya pihak restoran menggunakannya dengan bijak iaitu memastikan gambar asal makanan tidak jauh berbeza daripada imej yang dijana AI.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Cipta Gambaran Masuk Pintu Syurga Guna AI?
Baca Artikel Berkaitan: “Respect Keluarga Mereka” – Gambar AI Pelajar UPSI Tular Cetus Perdebatan Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



