Now Reading
“Jalan Ikut Kemampuan” – Kanak-Kanak Cerebral Palsy Sertai Acara Larian Buat Ramai Terharu

“Jalan Ikut Kemampuan” – Kanak-Kanak Cerebral Palsy Sertai Acara Larian Buat Ramai Terharu

Menurut ibu kepada kanak-kanak penghidap Cerebral Palsy itu, dia telah menyatakan hasrat untuk menyertai acara larian menggunakan walker setelah menonton video acara larian kanak-kanak di dalam talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu di muka bumi ini pasti diuji dengan cabaran yang tersendiri yang harus dihadapi setiap hari. Salah satu golongan ini ialah orang kurang upaya (OKU).

Walaupun ditakdirkan sebagai seorang OKU, namun golongan ini tidak sesekali berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian.

Malah ada juga yang menunjukkan kegigihan dalam melakukan sesuatu yang dilihat sebagai di luar kemampuan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Mustahil Tapi Allah SWT Jemput” – Ramai Terharu Lihat Golongan OKU Buta Tunai Umrah

Kanak-Kanak Cerebal Palsy Sertai Acara Larian Guna Walker Beroda

Seperti satu video tular di TikTok (@zeeshan.rjs) baru-baru ini, seorang kanak-kanak memaparkan kecekalannya ketika menyertai satu acara larian.

Namun apa yang menarik perhatian adalah hakikat bahawa kanak-kanak lelaki itu sebenarnya merupakan seorang pejuang masalah palsi serebrum atau Cerebral Palsy (CP).

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat saat dia mula-mula dilepaskan dari garisan permulaan.

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Zeeshan itu telah menggunakan alat bantuan berjalan (walker) beroda sepanjang larian berkenaan.

Orang Ramai Beri Sokongan Pada Kanak-Kanak Ketika Acara Larian

Video sama juga menunjukkan bahawa ibu ayah Zeeshan sentiasa berada di sampingnya dan orang ramai turut memberi sokongan kepada penghidap CP itu.

Senyumannya yang manis menjadi bukti kegembiraan yang dirasakan oleh Zeeshan sepanjang penyertaan dalam acara larian itu.

“Adik, kamu hebat sekali sudah sampai titik ini. Tak kisah progres sedikit atau banyak, tapi adik menunjukkan semangat itu. Bunda Papi bangga sekali. Kamu juaranya,” tertulis di ruangan kapsyen.

Video itu telah mencecah 6.9 juta tontonan dengan lebih 1.4 juta tanda suka setakat artikel ini ditulis.

@zeeshan.rjs Adek… kamu hebat sekali sudah sampai titik ini, ga perduli sedikit atau banyak akan progress mu, tapi adek menunjukkan semangat itu. Bunda Papi Bangga sekali nak.. kamu JUARANYA !! #CapCut #celebralpalsy #spesicalgenetik #anakcp #pejuangcp ♬ suara asli – 🕊 – azizaaa🕊️

Tonton video penuh [DI SINI].

Kanak-Kanak Nyatakan Hasrat Mahu Sertai Acara Larian

Kisah yang membuatkan ramai terharu itu sebenarnya dirakamkan ketika acara Kids Dash BSB Night Run yang berlangsung di Jakabaring Sport City, Palembang, Indonesia pada 29 November lalu.

Berdasarkan laporan media tempatan Indonesia, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu berkata bahawa Zeeshan sendiri yang menyatakan hasratnya untuk menyertai acara terbabit.

“Dia pernah cakap nak ikut lari setelah melihat video acara larian kanak-kanak di YouTube. Katanya, “Adik pun nak lari macam tu, tapi pakai walker”,” ujar wanita itu.

Sebelum mendaftarkan anaknya bagi acara tersebut, dia juga telah bertanya dahulu kepada pihak pengurusan sama ada Zeeshan yang merupakan penghidap CP boleh menyertainya.

Dia diberitahu bahawa semua kanak-kanak boleh menyertai acara larian itu tanpa sebarang syarat tambahan atau batasan, sekali gus membuatkan dirinya berasa terharu.

Orang Ramai Terharu & Puji Ibu Ayah Kerana Beri Semangat Pada Anak OKU Sertai Acara Larian

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan bangga dengan kecekalan yang ditunjukkan oleh Zeeshan.

“Bukan siapa-siapa, tapi rasa bangga juga. Adik hebat sangat!,” kata seorang individu.

Ada juga yang berkata walaupun dia diuji dengan masalah kesihatan sedemikian, kanak-kanak itu tetap melakukan sesuatu yang diingini mengikut kemampuan sendiri.

Dalam masa sama, orang ramai turut memuji kedua ibu bapanya yang gigih membesarkan kanak-kanak itu dan memberi sokongan dalam apa juga yang dilakukan olehnya.

“Anaknya bintang, ibu bapanya mesti galaksi. Semua tahu kejayaan dia kerana ada ayah ibu yang sokong sepenuhnya, sanggup berpenat-lelah dan selalu ada,” ujar seorang warganet.

Seorang ibu turut meluahkan rasa terima kasih kerana menunjukkan bahawa setiap anak ada kelebihannya dan tidak sepatutnya dilihat pada kekurangan semata-mata.

Sumber: TikTok

Bapa Dukung Anak OKU Hingga Ke Barisan Penamat KLSCM

Sebelum ini, situasi sedemikian juga turut dirakamkan di acara larian KLSCM 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

Menerusi hantaran di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan yang juga merupakan penghidap CP dilihat menyertai acara tersebut.

Namun keadaan dirinya membuatkan dia terpaksa ditolak di dalam sebuah kerusi roda khas oleh bapanya yang rutu bersama-sama menyertai acara larian itu.

“Saya hanya berlari menolaknya, tapi dialah yang membawa kekuatan dan semangat sebenar,” katanya.

Lebih terharu lagi apabila bapa kepada kanak-kanak itu dilihat mengendong anaknya di dalam dakapan menggunakan alas kain sehingga ke garisan penamat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bapa Gigih Dukung Anak OKU Hingga Ke Barisan Penamat KLSCM Buat Ramai Tersentuh

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakcik 91 Tahun Steady Tamatkan Marathon 10KM, Usia Bukan Penghalang!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd