[Video] Nak Buat Tuntutan Kereta Banjir Di Thailand? Ini 3 Benda Penting Kena Ada Dalam Polisi Insurans
Jelas lelaki yang juga wakil insurans itu, herga untuk membuat penambahan bencana alam atau special peril kebiasaannya 0.2% daripada harga kereta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tak dinafikan aktiviti melancong sememangnya menyeronokkan, malah ada yang mengambil kesempatan yang ada untuk bercuti ke dalam dan juga luar negara.
Tak kurang juga ada yang membawa kenderaan sendiri untuk melancong ke luar negara seperti Thailand untuk berkunjung ke Hatyai dan sebagainya.
Namun keadaan semasa di Hatyai kini amat membimbangkan kerana berlakunya banjir. Malah ada rakyat Malaysia yang masih terperangkap di sana dan menunggu masa untuk diselamatkan dan dibawa pulang ke negara ini.
Tidak kurang juga ada yang bimbang kerana kenderaan yang dibawa sudah dimasuki atau ditengelami air dan sukar untuk dibawa pulang. Malah ada yang tidak tahu apakah perkara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan kereta daripada kemusnahan itu.
Lelaki kongsi 3 perkara penting jika nak claim insurans
Terbaharu seorang lelaki telah berkongsi apakah 3 perlindungan yang perlu ada dalam polisi insurans yang membolehkan rakyat Malaysia membuat tuntutan kepada syarikat insurans jika kereta yang dipandu ke luar negara termasuk Thailand rosak akibat banjir.
Menerusi video yang dikongsikan oleh wakil insurans VFMajuSinar di TikTok, terdapat tiga perkara yang diperlukan dalam polisi jika ingin membuat tuntutan.
Tiga perkara tersebut adalah:
- Comprehensive plan
- Penambahan bencana alam
- Extension ke Thailand
“Pelan yang boleh ‘cover’ (lindung) kereta kita jika kemalangan dan banjir di Thailand adalah pelan insurans Malaysia. Macam mana nak ‘cover?’, kena ada tiga benda ini dalam polisi insurans.
“Yang pertama anda kena ada plan komprehensif, dan anda perlu tambah bencana alam atau atau mereka panggil special peril (perlindungan tambahan) dan setiap kali nak masuk Thailand, anda perlu buat extension to Thailand.
“Jika anda tidak mahu susah, anda boleh buat setahun terus extension to Thailand dan dikepilkan sekali bersama polisi itu,” ujarnya.
Memetik Bjak, insuran komprehensif adalah polisi paling lengkap berbanding insuran pihak ketiga (third party). Selain melindungi pihak ketiga, ia juga melindungi kereta anda, jika berlaku kemalangan, kecurian, atau kebakaran.
2 yang utama boleh buat waktu renew roadtax
Menurutnya lagi, pemilik kenderaan hanya boleh menambah atau mengaktifkan perlindungan komprehensif dan special peril itu ketika membuat pembaharuan cukai jalan, ini bermakna kedua-dua tidak boleh dilakukan sebelum menggembara atau sesuka hati.
Manakala extension ke Thailand pula boleh dilakukan setahun sekali atau sewaktu ingin memasuki negara jiran berkenaan.
Jelasnya lagi jika ia ingin dibuat sewaktu ingin memasuki Thailand, maka ia perlu dibuat setiap kali melawat negara tersebut. Namun katanya ia sedikit menyukarkan meskipun harganya lebih murah berbanding individu yang membuat extension untuk tempoh setahun.
Macam mana nak buat tuntutan?
Tambahnya lagi, sekiranya lengkap tiga perkara di atas pemilik layak membuat tuntutan namun perlu menunda kenderaan sehingga ke sempadan Malaysia.
Ini kerana Thailand atau negara luar tidak akan menanggung sebarang kos jika kenderaan pemilik warga Malaysia berlaku kerosakan termasuklah akibat bencana alam.
“Lepas tu hubungi insurans anda minta tunda ke bengkel panel.”
Dia turut menjelaskan mengenai harga untuk membuat penambahan bencana alam atau special peril.
“Biasanya 0.2% daripada harga kereta. Contoh Perodua Myvi RM50,000 anda kena tambah RM100 setahun untuk bencana alam,” jelasnya lagi.
Tambahnya tiga perkara ini penting untuk ada dalam polisi insurans sekiranya pemilik ingin membuat tuntutan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



