Google Flood Hub Sediakan Ramalan Banjir, 7 Hari Sebelum Bencana Melanda
Flood Hub meramal banjir dengan menggunakan dua model AI yang memproses data umum iaitu Hydrologic Model dan Inundation Model.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tujuh negeri di dalam negara dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang berlangsung selama beberapa hari.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), seramai 25,691 mangsa dari tujuh negeri dicatatkan setakat 2.45pm hari ini (26 November).
Fenomena banjir di Malaysia sememangnya seringkali berlaku dalam bulan November. Tapi anda tahu tak, orang ramai juga boleh mendapatkan ramalan bencana banjir menerusi laman sesawang Flood Hub?
Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Lebih 10,000 Di 7 Negeri, Kelantan Catat Jumlah Tertinggi
Baca Artikel Berkaitan: Banjir Naik Hingga Paras 1 Hotel, Rakyat Malaysia Terkandas Di Hatyai Tanpa Makanan & Minuman
Baca Artikel Berkaitan: Amaran Hujan Lebat Berterusan, Ini Tips Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir
Flood Hub Google Research Sedia Ramalan Banjir Harian
Dibangunkan oleh Google Research sejak 2022, hab ini menyediakan pengguna dengan data dan ramalan banjir sehingga tujuh hari lebih awal.
Menggunakan model kepintaran buatan (AI) Google dan sumber data global, ia bertujuan memberi orang ramai masa mencukupi untuk bertindak sebelum banjir melanda.
Menurut Flood Forecasting Google Research, hab itu kini merangkumi lebih 150 negara di seluruh dunia, sekali gus menyediakan ramalan banjir kepada 700 juta penduduk global.
Segala ramalan di Flood Hub dikemas kini setiap hari dan boleh digunakan secara percuma oleh orang awam.
Flood Hub Guna Model AI Untuk Ramal Bencana Banjir
Sekadar info, sistem yang digunakan oleh Flood Hub menggabungkan dua model AI yang memproses data umum iaitu:
- Hydrologic Model – Meramal jumlah air yang mengalir ke sungai berdasarkan data umum termasuk data cuaca dan sungai.
- Inundation Model – Meramal kawasan yang akan terkesan dengan banjir dan paras air.
Google Research berkata kedua-dua model itu menjadi sebahagian daripada usahanya dalam memperkasakan AI bagi menangani krisis iklim dan membantu komuniti yang terkesan.
“Dengan cara ini, kami boleh memberi amaran kepada orang ramai di kawasan yang akan terkesan sehingga tujuh hari sebelum bencana berlaku.
“Dengan memberi amaran kepada organisasi dan orang awam, kami berharap untuk memperkasakan mereka agar bertindak, mengurangkan kerosakan dan kehilangan nyawa,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka turut bekerjasama dengan kerajaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan mengedarkan amaran banjir.

Semak Risiko Banjir & Paras Air Sungai Di Flood Hub
Menerusi semakan kami di laman sesawang itu, Flood Hub memaparkan kawasan yang diramalkan berisiko tinggi mengalami bencana banjir menerusi butang toggle ‘significant flood events’.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh memeriksa paras air sungai dengan empat tahap iaitu Biasa, Amaran, Bahaya dan Ekstrem.
Flood Hub turut memaparkan kawasan yang pernah mengalami banjir pada masa lalu menerusi ‘inundation history’, serta ramalan kawasan yang mungkin ditenggelami air.
Namun diingatkan bukan semua kawasan disediakan ramalan banjir memandangkan ia bergantung kepada data tempatan.
Layari laman web Flood Hub [DI SINI].

Sediakan BOB Sebagai Langkah Keselamatan Hadapi Banjir
Buat mereka yang tinggal berhampiran kawasan dengan risiko terjejas bencana banjir, jangan lupa untuk sediakan beg kecemasan.
Dikenali sebagai ‘Bug Out Bag’ (BOB), antara barangan yang perlu diletakkan dalam beg tersebut termasuklah:
- Baju
- Jaket keselamatan
- Selimut
- Kasut
- Wisel
- Lampu suluh
- Dokumen penting (kad pengenalan, sijil lahir, sijil nikah, pasport, dokumen kewangan)
- Botol air mengandungi air bersih
- Susu tepung dan botol jika ada bayi
- Telefon bimbit
Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Makanan Selamat Ketika Musim Banjir, Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Laptop Dimasuki Air Akibat Banjir? Lelaki Ini Kongsi Tips Berguna Untuk Anda
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



