Boleh Ke Prorata Cuti Sakit Pekerja? Ini Penjelasan HR
Untuk info, cuti prorata adalah pengiraan cuti berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain cuti tahunan, cuti umum dan cuti bersalin, pekerja-pekerja di Malaysia juga diperuntukkan dengan cuti sakit atau lebih dikenali sebagai MC.
Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang sukar berehat dengan cukup kerana cuti sakit yang terhad disediakan oleh majikan.
Tetapi dari sudut undang-undang, betul ke jumlah cuti sakit diberikan mengikut kiraan tempoh mereka berkhidmat di syarikat masing-masing?
Baca Artikel Berkaitan: Staf HR Gigih Telefon & Tanya Doktor Tentang MC Pekerja Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Hantar MC!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Sakit Ketika Bekerja Di Jepun
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Ambil MC, Tapi Selamba Keluar Jalan-jalan?
Cuti Sakit (MC) Staf Baru Kerja Selama 6 Bulan Dikira Secara Prorata
Baru-baru ini seorang penolong pengurus sebuah syarikat dikenali sebagai Hafizzudin Rosli ada berkongsi tentang situasi seorang pekerja yang baru bertugas selama hampir enam bulan berdepan isu cuti sakit yang dikira secara prorata.
Untuk info, cuti prorata adalah pengiraan cuti berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Hafizzudin di dalam perkongsiannya tidak memberitahu jumlah cuti sakit yang diterima oleh kakitangan tersebut, namun jika menggunakan pengiraan sebenar, pekerja itu menerima sebanyak tujuh hari cuti sakit sahaja.
Perkara tersebut kemudiannya menimbulkan persoalan, sama ada cuti sakit pekerja boleh dikira secara prorata atau tidak di bawah Akta Kerja 1955.
“Pihak HR memaklumkan bahawa walaupun undang-undang di Malaysia tidak menggalakkan prorata, syarikat masih boleh memilih untuk mengamalkannya.
“Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya kerana berdasarkan pemahaman saya, Akta Kerja tidak menyediakan sebarang asas untuk memproratakan MC, dan pekerja sepatutnya menerima kelayakan penuh selama 14, 18 atau 22 hari mengikut tempoh perkhidmatan sebaik sahaja mereka diambil bekerja, tanpa mengira tarikh mula bekerja atau status percubaan,” jelasnya.
Cuti Sakit Pekerja Tidak Boleh Dikira Secara Prorata
Persoalan ini kemudiannya mendapat perhatian ramai kakitangan Sumber Manusia (HR) di ruangan komen hantaran tersebut.
Rata-rata daripada mereka berkata bahawa cuti sakit tidak boleh diprorata di Malaysia. Seorang pakar undang-undang pekerjaan dikenali sebagai YK Lai menjelaskan bahawa pemahaman Hafizzudin mengenai sistem cuti sakit itu adalah tepat.
Di bawah Seksyen 60F Akta Kerja 1955, tiada peruntukan yang membenarkan majikan untuk memprorata cuti sakit tanpa mengira:
- Tarikh mula bekerja
- Status pekerja (percubaan atau disahkan)
- Tempoh bekerja separuh tahun
- Pekerja sepenuh masa atau kontrak berjangka

Setiap pekerja berhak mendapatkan jumlah cuti sakit seperti yang berikut:
- 14 hari setahun: Perkhidmatan kurang daripada 2 tahun
- 18 hari setahun: Perkhidmatan 2 ke 5 tahun
- 22 hari setahun: Perkhidmatan lebih 5 tahun
- 60 hari setahun: Jika melibatkan kemasukan ke hospital
“Tiada sebarang klausa yang membenarkan jumlah ini digunakan secara prorata,” katanya.
Menurut perkongsian Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang di laman Facebook, kelayakan cuti tersebut termasuklah cuti sakit pergigian.
Dapatkan Pengesahan JTK Jika HR Tidak Ambil Tindakan
Menurut Pengamal Sumber Manusia Noorhafizah Awaluddin pula, pekerja yang terlibat dalam situasi cuti sakit dikira secara prorata itu perlu mendapatkan nasihat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk pengesahan.



Sakit Datang Tanpa Disangka & Ada Yang Perlukan Cuti Lama
Seorang wanita dikenali sebagai Hajah Ramlah Nor pula berpendapat bahawa sakit bukanlah sesuatu yang boleh dirancang seperti mana cuti umum atau cuti tahunan. Jelas Ramlah, sesetengah penyakit memerlukan seseorang untuk mengambil cuti dalam tempoh masa yang lama.
“Chicken pox biasanya pekerja akan MC selama lebih kurang 2 minggu. Sekarang ini pula, banyak jenis penyakit yang memerlukan pekerja MC, jadi mana boleh MC diproratakan?” tanya wanita itu.

Baca Artikel Berkaitan: “I Terus Halau Dia” – Dr Malar Suruh Staf Balik Sebab Hidap Selesema
Baca Artikel Berkaitan: Jurujual Wanita Didenda RM700 Kerana Tipu MC
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



