Banjir Naik Hingga Paras 1 Hotel, Rakyat Malaysia Terkandas Di Hatyai Tanpa Makanan & Minuman
Jelas seorang wanita, seramai 100 rakyat Malaysia terkandas di Mayflower Grande Hotel Hatyai akibat banjir besar yang melanda kawasan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak minggu lalu, orang ramai dihebahkan dengan bencana banjir di Hatyai, Thailand. Ia bukan sahaja menjejaskan penduduk tempatan malah, ramai juga pelancong dari Malaysia yang terkandas di sana dan tidak dapat pulang ke tanah air sehingga kini.
Dalam masa sama, pasukan penyelamat sukarela dari Malaysia juga berdepan kesukaran memasuki Hatyai dan Songkhla selepas Thailand mengeluarkan amaran banjir tahap merah.
Difahamkan, banjir yang semakin memburuk di selatan Thailand itu mencatat paras air sehingga 1.5 meter sekaligus menyukarkan proses menyelamat lebih 1,000 pelancong Malaysia yang terperangkap di sana.
Baca Artikel Berkaitan: Thailand Keluar Amaran Banjir Tahap Merah, Lebih 1,000 Pelancong Malaysia Masih Terperangkap Di Hatyai
Pelancong Malaysia Terkandas Dalam Hotel, Sukar Dapatkan Bantuan
Baru-baru ini, tular hantaran di laman TikTok (@nrfrhna888) menyaksikan pelancong Malaysia yang terkandas di Hatyai sedang berdepan kesukaran bagi mendapatkan sumber makanan dan minuman.
Menerusi video perkongsian, kelihatan air banjir sudah pun berada di paras satu tempat penginapannya di Mayflower Grande Hotel Hatyai, setakat jam 5 petang (25 November).
Tambah wanita itu, mereka tidak boleh melalui lobi hotel berkenaan. Malah tetamu yang menginap di sana juga perlu berpindah ke tingkat lebih atas kerana keadaan banjir yang semakin teruk.
“Kami masih terperangkap semalam bot penyelamat tak boleh sampai air naik cepat, ada satu bot terpaksa patah balik sebab rosak. Semalam dapat bantuan makanan pukul 7PM tapi hari ni air dah masuk lobi kena cari lain untuk ambil makanan,” tambahnya.
Masih Terperangkap Jam 6 Petang, 25 November
Pada jam 6 petang semalam, wanita itu memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di sana masih belum diselamatkan dan dipindahkan oleh mana-mana pihak.
“Saya akan naik balik level 12 untuk dapatkan akses internet,” katanya.
@nrfrhna888 Air da baik level 1. #hatyaibanjir
♬ original sound – nrfrhna – nrfrhna
Tonton video [DI SINI].
Warganet Bimbang Dengan Keadaan Mangsa Banjir Di Hatyai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib individu yang tidak dapat pulang ke tanah air.
“Kesiannya, harap-harap esok lusa banjir surut dah,” kata pengguna TikTok.
“Level 1 ni bawah dia ada lagi ke paras Ground Floor? Kalau ada ni kira atas 20 kaki dah airnya,” tambah seorang lelaki.
Malah ramai juga tidak berhenti mendoakan nasib mangsa-mangsa banjir di Hatyai sekarang.
“Ya Allah takutnya. Semoga Allah lapangkan segala kesulitan sis sekeluarga ya,” ujar seorang netizen.





Wanita Malaysia Terpaksa Redah Banjir 6KM Untuk Dapatkan Bekalan Makanan
Keadaan banjir di Hatyai dilihat semakin kritikal apabila sekumpulan rakyat Malaysia terpaksa meredah air banjir sepanjang 6 kilometer (km) bagi mendapatkan bekalan makanan.
“Kami sudah berhubung dengan polis Thailand, kedutaan Malaysia (tapi) belum dapat apa-apa bantuan.
“(Kami) berjalan dalam banjir dalam (jarak sekitar) 6km pergi balik untuk (beli) makanan,” kongsinya di ruangan kapsyen hantaran TikTok.
@watie_yaacob Keadaan memaksa kami utk keluar cari makan, hingga skrg tiada bantuan dr mana2 pihak, kami dah berhubung polis Thailand, kedutaan Malaysia, belum dpt apa2 bantuan… Berjalan dlm banjir dlm 6km pergi balik utk makanan… #hatyaibanjir #thailand #fyp #foryoupage #fypppppppppppppp
♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away
Tonton video penuh [DI SINI].
Malaysia Pertingkat Bantuan Untuk Rakyat Malaysia Terkandas Dalam Banjir Hatyai
Memetik Bernama, Malaysia kini dalam usaha meningkatkan bantuan kecemasan dengan kerjasama bersama pihak berkuasa Thailand.
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Kansulat Jeneral di Songkhla bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan individu yang terkandas di hotel mendapat bantuan yang diperlukan.
Beliau dalam masa sama menggesa warga Malaysia agar tidak panik dan mengikuti perkembangan operasi menyelamat supaya mereka dapat dipindahkan ke kawasan lebih selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Lebih 10,000 Di 7 Negeri, Kelantan Catat Jumlah Tertinggi
Baca Artikel Berkaitan: Banjir Hatyai: Penyelamat Bingung, Rakyat Malaysia Enggan Diselamatkan Kerana Belum Waktu ‘Check-out’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.