Now Reading
Admin Brand Di Malaysia Kini Rancak Di Threads, Siap ‘Bahan’ Satu Sama Lain!

Admin Brand Di Malaysia Kini Rancak Di Threads, Siap ‘Bahan’ Satu Sama Lain!

Sebelum ini, ciapan daripada admin Watsons membuatkan ramai terhibur apabila dia meminta pengendali akaun Setel untuk bertenang. “Chill la benda boleh ‘Setel’ kan?,” katanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, ramai di kalangan masyarakat yang sudah terbiasa dengan penggunaan media sosial dalam rutin harian. Untuk mendapatkan info baharu, perkembangan terkini, dan banyak lagi.

Bukan sahaja para netizen, malah banyak juga jenama di Malaysia tidak terkecuali untuk sama-sama aktif dalam platform atas talian. Ini termasuklah jenama makanan, kedai runcit, perkhidmatan e-hailing dan banyak lagi.

Kalau anda perasa sebelum ini, antara jenama terawal yang mula mendapat perhatian ramai adalah Mydin apabila admin media sosialnya rajin membalas ciapan-ciapan daripada orang ramai di X (Twitter) dan juga TikTok.

Kalau boleh semua kes viral di Malaysia dijadikan parodi ataupun meme.

Taco Bell FOMO Lepas Nampak Banyak Jenama ‘Kecoh’ Di Threads

Tidak melepaskan hype, banyak jenama lain kini meriah di laman Threads. Bukan setakat untuk mempromosi produk dan servis malah mencuit hati warganet dengan pelbagai respon lawak.

Baru-baru ini, pengendali akaun Taco Bell Malaysia berkata dia berasa FOMO (fear of missing out) selepas melihat ramai admin jenama di Malaysia mula menonjolkan humor masing-masing di platform berkenaan.

“Tiba-tiba nampak semua brand aktif dekat Threads. Rasa FOMO pulak. Tak boleh jadi!” ujarnya.

View on Threads

Admin Setel Gaduh Manja Dengan Watsons

Malah lebih menghiburkan, ada jenama yang sempat ‘bergaduh’ dan mengusik antara satu sama lain. Sengaja nak menyakat!

“Chill la benda boleh ‘Setel’ kan,” kata Watsons.

Sumber: Threads

Orang Ramai Geli Hati Lihat Kerenah Jenama Saling Membahan Antara Satu Sama Lain

Meskipun dengan pesaing dalam industri yang sama, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berseloroh sesama sendiri.

Ia sekaligus membuatkan netizen turut geli hati dengan komen-komen nakal penuh gurau senda daripada jenama Malaysia ini.

“Kenapa baca komen aku bayangkan semua bangunan bercakap,” kata seorang individu.

“Netizen pun jadi FOMO pakat follow admin ramai-ramai. Tak ada baucar? Diskaun ke? Khas untuk Threads?” tanya seorang wanita.

Sumber: Threads

Aktif Di Media Sosial Tingkatkan ‘Brand Awareness’

Memang tidak dapat dinafikan, taktik ini sebenarnya meningkatkan lagi engagement dan audiens platform atas talian. Dalam masa mereka berbalah dan menyakat, ia sekaligus membuktikan taktik pemasaran ini berkesan bagi mereka.

Kalau dahulu, syarikat dan jenama lebih menekankan kaedah tradisional dalam melakukan promosi sebagai contoh menghulurkan risalah kepada para pembeli, pemasangan bunting dan papan iklan (billboard) di jalan raya.

Tetapi dengan satu klik, kini pengguna boleh mendapatkan promosi terbaharu melalui peranti canggih mereka sahaja.

View on Threads

Jumlah Pengguna Threads Kini Kalahkan X

Peralihan penggunaan media sosial lain kepada Threads juga merupakan satu peluang dan langkah bijak bagi jenama memandangkan semakin ramai individu menggunakan laman ini dalam rutin harian mereka.

Memetik Forbes, Threads yang dilancarkan pada tahun 2023 itu telah berjaya mengalahkan X dari segi jumlah penggunanya setakat Oktober 2025.

Menurut data Similarweb, platform milik Meta tersebut mencatat purata 128.2 juta pengguna setiap hari, manakala X milik Elon Musk sebanyak 124.7 juta pengguna.

Posting Secara Berterusan Membuatkan Pelanggan Ingat Tentang Kewujudan Jenama Di Pasaran

Selain itu, penggunaan media sosial pada setiap hari ini membuatkan orang ramai sentiasa mengingati jenama anda.

Sebagai contoh bagi llaollao, mungkin hari ini pelanggan tidak ada rancangan untuk membeli yogurt dan manisan. Namun selepas lihat ciapan daripada admin, terus terasa mahu beli.

Seperti dalam posting baharu mereka, llaollao mengajak orang ramai khususnya para lelaki untuk membelanja diri sendiri atau teman istimewa mereka memandangkan hari ini Hari Lelaki Sedunia.

View on Threads

Anda rasa patut ke jenama lain di Malaysia turut serta dengan hype di Threads ini?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd