Beri Hadiah Bunga Segar Boleh Jejaskan Kesihatan Pesakit Kanser? Ini Puncanya
Selain buah-buahan, bunga segar adalah antara pilihan hadiah dan buah tangan popular untuk melawat pesakit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menghidap penyakit dan perlu duduk di dalam wad hospital dalam tempoh masa yang lama memang boleh membuatkan seseorang itu rasa tidak semangat serta stres. Selera makan pun boleh hilang.
Perkara yang ahli keluarga atau kenalan rapat boleh lakukan untuk menceriakan hari mereka adalah dengan menziarahi serta membawa buah tangan ataupun hadiah.
Tetapi kalau anda nak tahu, bukan semua jenis barangan sesuai dijadikan hadiah. Sesetengah daripada hadiah dibawa mampu membuatkan kesihatan pesakit bertambah teruk.
IKN Putrajaya Larang Pelawat Bawa Bunga Segar Ke Dalam Wad Pesakit Kanser
Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Suzilah Zainuddin menerusi hantaran di laman Threads ada berkongsi tentang papan tanda yang dipaparkan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.
Menerusi memo tersebut, Pengarah IKN melarang mana-mana pelawat membawa bunga segar ke dalam wad pesakit kanser terutamanya untuk diberi hadiah kepada individu yang melakukan kemoterapi.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa bunga segar dilarang di hospital? Mana tidaknya, gubahan bunga segar adalah antara hadiah popular diberikan kepada seseorang sebagai contoh ketika melawat orang sakit, majlis konvokesyen, ulang tahun kelahiran dan banyak lagi.
Bukan sahaja diuar-uarkan melalui memo ditampal di hospital, malah larangan itu juga pernah dimuat naik di laman Facebook IKN sebelum ini.
Kenapa Bunga Segar Bahaya Untuk Pesakit Kanser?
Menurut IKN, pesakit yang menjalani kemoterapi mempunyai ketahanan imun sistem yang lemah (immunocompromised) dan mudah dijangkiti penyakit. Memetik Hello Doktor pula, jangkitan adalah salah satu komplikasi kanser yang boleh mengancam nyawa.
Oleh disebabkan itu, sistem imunisasi badan membantu tubuh melawan kuman dan virus. Tetapi apa kaitannya dengan bunga segar?

Bunga segar dan tumbuh-tumbuhan lain membawa spesis debunga dan kulat secara semula jadi, yang sekaligus mengundang jangkitan kepada seseorang pesakit kanser.
Menurut DHGate, bunga boleh menjadi tempat mikroba merebak yang membawa risiko tinggi untuk pesakit. Dalam masa sama, bau bunga yang kuat juga boleh membuatkan pesakit kemoterapi dan radioterapi rasa loya atau dijangkiti alahan.
Itu merupakan punca utama mengapa kebanyakan hospital mengehadkan atau melarang pemberian bunga kepada pesakit kanser.
Memetik Public Health Malaysia, larangan itu bukan sesuatu yang baharu. Di United Kingdom (UK), sembilan (9) dari 10 hospital melarang pengunjung membawa bunga segar ke hospital.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasanya Tu Katil Dia” – Orang Ramai Terhibur Tengok Oyen ‘Melawat’ Wad Hospital
Buah Tangan Yang Anda Boleh Beri Kepada Pesakit Kanser
Buat mereka yang mahu melawat pesakit kanser, berikut kami kongsikan beberapa pilihan hadiah yang boleh anda cari menurut saranan sebuah pusat rawatan kanser Amerika Syarikat, Rosewell Park Comprehensive Cancer:

- Bunga kertas buatan tangan.
- Sejambak buah segar (selepas mendapatkan nasihat pakar).
- Losyen dan pelembap bibir tanpa bau kerana kulit pesakit akan kering selepas menjalani kemoterapi.
- Kupon atau baucar pasar raya kegemaran pesakit. Dengan cara itu, mereka boleh membeli makanan sihat dan berkhasiat pada bila-bila masa.
- Selimut atau stoking memandangkan prosedur kemoterapi adalah sejuk.
Periksa Polisi Hospital Jika Mahu Beri Bunga
Jika anda tetap mahu menghadiahkan bunga segar, pastikan ia dalam keadaan bersih dan airnya ditukar setiap hari menggunakan air steril.
Selain itu, pastikan anda membersihkan pasu dengan kerap dan pastikan tiada air bertakung untuk mengurangkan pembiakan bakteria pada bunga segar. Dalam pada itu, semak dulu polisi yang ditetapkan hospital sebelum menghadiahkan bunga segar.
Pilihan paling selamat adalah dengan menghadiahkan bunga tiruan kerana ia kelihatan cantik tanpa risiko kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Hadiahkan Loket Emas Kepada Setiap Nurse Sebagai Tanda Penghargaan Kerana Jaga Isteri & Bayinya
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Meninggal Dunia Ketika Hari Jadi Adik, Sempat Hadiahkan iPhone Buat Ramai Sebak [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.