“Tak Rasa Letih Atau Lesu” – Lelaki Dedah Berjalan Lepas Minum Manis Dapat Elak ‘Sugar Crash’
Dia telah menggunakan peranti glucose monitoring berterusan jenis patch bagi memantau kadar gula dalam darah secara konsisten.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah tentu setiap orang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat agar kekal cergas sepanjang masa.
Salah satunya adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tidak begitu sihat seperti minuman berperisa.
Tapi sekali-sekala teringin juga nak minum air manis. Orang kata ‘cheat day’!
Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes
Lelaki Ini Dedah Perbezaan Pada Kadar Gula Dalam Darah Selepas Minum Manis
Baru-baru ini, seorang content creator yang dikenali sebagai Al Hisham telah menjalankan satu eksperimen sendiri.
Dia yang gemar berkongsi tentang diet sihat, menunjukkan perbezaan pada kadar gula dalam darahnya selepas meminum kopi berperisa dalam dua situasi berbeza.
Dengan menggunakan peranti glucose monitoring berterusan jenis patch, dia dapat memantau kadar gula dalam darah secara konsisten.
“Hari ni kita eksperimen Continuous Glucose Monitor dan ZUS Coffee tetapi dua keadaan yang berbeza! Beza bacaan lebih 50%,” tulisnya pada kapsyen.
Bacaan Gula Turun Stabil Bila Berjalan Selepas Minum Manis
Dalam situasi pertama, Al telah mengambil separuh cawan minuman tersebut sebelum berjalan untuk membeli-belah selama sekitar 30 minit.
Katanya, bacaan gula dalam darah pada mulanya ialah 6.4mmol/L dan telah meningkat menjadi 7.0mmol/L 10 minit selepas minum. Ini merupakan peningkatan yang agak laju tetapi masih dalam lingkungan sihat.
Namun apa yang menariknya, bacaan gula kemudiannya turun secara stabil dan bukan secara drastik (dikenali sebagai sugar crash).
Al berkata keadaan ini membuatkan tubuh badannya tidak berasa letih, lesu dan kepenatan seperti simptom yang kebiasaannya berlaku sekiranya mengalami sugar crash.

Tidak Bergerak Lepas Minum Manis Buatkan Bacaan Gula Turun Drastik, Rasa Mengantuk & Lemau
Dalam keadaan kedua pula, dia telah menghabiskan minumannya (setengah cawan lagi) sebelum memandu kenderaan dan tidak mempunyai pergerakan tubuh badan ketara.
Katanya, bacaan gula ialah 6.1mmol/L sebelum minum dan meningkat kepada 7.4mmol/L dalam tempoh 10 minit kemudian, iaitu peningkatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Tambah Al lagi, dia yang agak sensitif dengan kafein mula berasa gelisah (anxiety) dan tidak tenteram ketika itu, di mana perasaan itu tidak wujud ketika berada dalam situasi pertama.
Malah, bacaan gula juga telah menurun dengan lebih mendadak berbanding situasi pertama, membuatkannya berasa mengantuk dan lemau.
Situasi Hanya Eksperimen Sendiri & Bukan Kajian Klinikal
Sehubungan itu, Al menasihati orang ramai agar melakukan pergerakan selepas makan dan minum, sekali gus dapat membantu dalam mengurangkan simptom sugar crash.
“Tu yang kadang-kadang bila kita masuk pejabat, rasa macam tak boleh buat apa benda. Kena tidur juga,” katanya.
Namun orang ramai diingatkan bahawa situasi di atas hanyalah sekadar eksperimen sendiri dan bukan satu kajian klinikal.
Gejala ‘Sugar Crash’ Berlaku Apabila Insulin Berlebihan Dilepaskan Setelah Ambil Makanan Tinggi Gula
Setiap kali makan atau minum manis, seseorang akan berisiko mengalami gejala sugar crash, iaitu penurunan paras gula darah mendadak selepas peningkatan tinggi.
Menurut Majalah Sains, kadar gula pada mulanya meningkat mendadak kerana pengambilan makanan tinggi karbohidrat tetapi rendah serat membuatkan gula diserap dengan laju.
Keadaan ini menyebabkan tubuh badan melepaskan insulin dalam jumlah yang besar bagi menurunkan paras gula dalam darah yang tinggi itu.
Namun insulin yang dilepaskan secara berlebihan ini boleh menyebabkan gula dalam darah jatuh lebih rendah berbanding paras normal.
Antara simptom seseorang mengalami sugar crash ialah:
- Letih melampau.
- Cepat rasa lapar walaupun baru selepas makan.
- Berdebar-debar atau rasa cemas.
- Berpeluh dingin.
- Sukar fokus.
- Rasa keliru.
Secara umumnya, keadaan ini tidaklah berbahaya dalam individu sihat. Namun mereka dengan masalah kesihatan seperti diabetes, hipoglisemia (paras gula rendah), atau gangguan metabolisme boleh mengalami simptom lebih serius seperti kekeliruan, pening yang teruk dan pengsan.

Kadar Gula Dalam Darah Dapat Dikawal Jika Ambil Nasi Dengan Teknik Betul
Sebelum ini, seorang jurulatih kesihatan telah menerangkan bahawa peningkatan gula dalam darah selepas mengambil nasi boleh dikurangkan menerusi teknik yang betul.
Sama seperti eksperimen yang dijalankan oleh Al, katanya melakukan pergerakan selepas makan nasi dapat menurunkan peningkatan gula dalam darah sekaligus membantu tubuh badan kekal dalam mod membakar lemak.
Selain itu, dia turut berkongsi beberapa lagi perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan masalah ini ketika mengambil nasi. Antaranya:
- Makan sayur dan protein dahulu sebelum nasi.
- Ambil nasi yang lambat dihadam (indeks glisemik rendah).
- Amalkan diet ‘suku-suku-separuh’.
- Elak makan nasi pada lewat malam.
Baca Artikel Berkaitan:
Baca Artikel Berkaitan: “Idea Kuno” – Pakar Dedah Ganti Nasi Dengan Salad Buah Tak Berkesan Untuk Diet
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Dedah Cara Paling Tepat Untuk Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.