Now Reading
[Video] Kereta Ditinggalkan Berbulan-bulan Di Kawasan Parkir Awam, Lelaki Minta Tindakan Diambil

[Video] Kereta Ditinggalkan Berbulan-bulan Di Kawasan Parkir Awam, Lelaki Minta Tindakan Diambil

Menerusi video, lelaki itu turut menunjukkan beberapa kereta yang ditinggalkan dipercayai berbulan-bulan di parkir awam tersebut sehingga dilihat berhabuk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia banyak kemudahan seperti parkir awam yang disediakan untuk kegunaan orang ramai.

Ada segelintir kawasan parkir yang memerlukan individu untuk membayarnya dan ada juga percuma.

Namun dalam menggunakan kemudahan ini, setiap individu yang memiliki kenderaan tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan meninggalkan kenderaan di kawasan tersebut pada tempoh lama seperti berbulan-bulan.

Malah ada kenderaan yang dilihat seperti tidak lagi digunakan serta berhabuk. Ini boleh mengganggu individu atau pengguna lain untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Lelaki rasa kurang senang lihat pemilik kenderaan tinggal kereta di kawasan parkir berbulan-bulan

Baru-baru ini seorang lelaki turut meluahkan rasa simpati terhadap pihak yang menyediakan kawasan parkir apabila ada beberapa pemilik kenderaan yang meninggalkan kereta mereka di sebuah kawasan parkir pada tempoh lama.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mat Charming di TikTok, awalnya kelihatan dia menunjukkan kawasan lot parkir yang baru dibuka oleh pihak Angkasapuri.

Menurutnya, dia merasakan kawasan lot parkir itu siap pada tiga ke empat tahun yang lalu.

“Secara asasnya parkir dekat sini, tujuan utamanya untuk memudahkan mereka-mereka yang ada buat lawatan dekat Angkasapuri boleh parkir dekat luar ni dan parkir di sini percuma tak perlu bayar pun,” katanya.

Tambahnya lagi untuk parkir di Angkasapuri setiap kenderaan memerlukan pas, namun kawasan parkir di sini tidak memerlukan pas berkenaan.

Kereta dilihat berhabuk dan sudah lama parkir

Kata lelaki itu lagi, parkir itu turut digunakan untuk individu yang ingin menunaikan solat di masjid berdekatan Wisma Televisyen RTM (Rancangan Televisyen Malaysia).

“Cuma masalahnya ramai orang yang salah gunakan ruang parkir ni tau. Ha jom saya tunjukkan kenapa. Jadi ada banyak individu dia orang boleh parkir dekat sini lepas tu letakkan kereta berbulan-bulan tak dialihkan.

“Cuba tengok, ini saya tunjuk bukti lah tuan dan puan. Tengok Perodua Kancil ni, berhabuk dah. Ini mungkin sebulan, dua bulan parkir dekat sini. Ini tengok ni, ini entah-entah pemiliknya dari Pantai Dalam ke. Awak tahu, kawasan sana parkir semua dah penuh, dia boleh park (parkir) dekat sini.

“Ini aku rasa dah dekat setahun dekat sini, berhabuk habis dah. Ini pun ada satu lagi, tengok kereta ni. Ni kereta siapa ni? Siapa nak bertanggungjawab alihkan kereta ni, janganlah parkir kereta dekat sini. Kau parkir sini dah kenapa?” katanya.

Ada kemungkinan kenderaan diparkir berbulan-bulan dah rosak

Malah dia turut mengatakan parkir tersebut boleh digunakan oleh para pekerja RTM dan juga pelawat.

“Ni kau ni aku rasa confirm ni orang kawasan sini yang bukan bekerja dekat RTM pun. Banyak tuan-tuan (kereta) 1, 2, 3. Kereta-kereta yang ada dekat sini kebanyakannya parking berbulan-bulan.”

Lelaki itu turut berpendapat ada kemungkinan kenderaan yang berada di parkir itu sebenarnya rosak dan ia diletakkan di kawasan parkir terbabit kerana tidak boleh diletakkan di kawasan rumah atas faktor tertentu dan ia percuma.

Mahu pihak berkuasa ambil tindakan tunda kereta yang parkir berbulan-bulan

“Saya minta pihak RTM Angkasapuri, ini parkir untuk pelawat tau bukan untuk orang luar suka-suka parkir dekat sini berbulan-bulan. Ini bukan tempat stor yard letak kereta.

“Jadi saya mintak pihak RTM Angkasapuri jangan pandang remeh benda alah ni. Tolong Kementerian Penerangan bangunan dah cantik dah, parkir dah elok tapi dibiarkan kereta-kereta ni semua parkir dah kenapa?” soalnya.

Malah dia turut mengatakan jumlah kenderaan yang dibiarkan parkir untuk tempoh begitu lama banyak dan berada di bahagian lain.

Dia dalam masa sama meminta pihak berkuasa untuk membawa tow truck dan menunda kereta-kereta tersebut.

“Maaflah terpaksa tegur benda alah ni, melampau sangat,” ujarnya.

Ramai setuju dengan apa dikatakan oleh lelaki terbabit

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan.

Malah ada yang memberikan cadangan seperti menjadikan kawasan parkir itu berbayar atau menunda kenderaan dan menjualnya semula.

Ada juga berpendapat kerajaan perlu menguatkuasakan kenderaan yang dipakai lebih 10 tahun untuk dilupus.

“Itu sebab kerajaan perlu kuat kuasa kereta lebih 10 tahun wajib lupus.”

“Rasanya dah sampai masa lah buat undang-undang untuk kereta tersadai lama ni. Banyak tempat orang buat macam ni. Asal parkir percuma ada je main tinggal.”

“Bagus bersuara”

“Ini lah manusia, bila dah dapat parkir percuma, dia orang anggap parkir ni dia orang punya. Kesian pada orang yang lebih memerlukan.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd