“Apa Yang Saya Buat Adalah Normal” – Didakwa ‘Flex’ Jaga Anak, Elfira Loy Tampil Bersuara
Dalam satu hantaran Elfira sebelum ini, dia berkata ramai di kalangan para ibu mampu menguruskan keluarga dengan baik walaupun tanpa bantuan orang lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak boleh dinafikan, pengorbanan seorang ibu sukar untuk dibandingkan dan tiada nilainya.
Walaupun ada stigma yang mengatakan wanita ini insan lemah, tetapi pada akhirnya rata-rata daripada mereka berjaya mengendalikan semua urusan harian dengan sempurna terutamanya dalam bab membesarkan anak.
Meskipun mempunyai tanggungjawab lain, tetapi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berpengalaman menjadi seorang ibu tahu cara betul bagi mengurus masanya.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Terpaksa Bawa Anak-anak Ketika Hantar Makanan, Founder Misi Taja Modal Buka Bisnes Baharu
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Sanggup Ulang Alik Dari Melaka Ke Alor Setar Untuk Jaga Anak Sakit
Baca Artikel Berkaitan: ‘Hardest Goodbye’- Ramai Sebak Lihat Ibu Terpaksa Tinggal Anak Kerana Kerja Di Luar Negara [Video]
Elfira Loy Sedar Kekuatan Para Ibu Selepas Bergaul Dengan Komuniti
Sebelum ini, pelakon tempatan Elfira Loy, 31, menerusi hantaran di laman Threads berkongsi pandangannya tentang kemampuan seseorang wanita bergelar ibu dalam menguruskan keluarga termasuklah penjagaan anak-anak.
Elfira berkata, dia pernah beranggapan bahawa hanya wanita yang mempunyai pembantu atau pemandu sahaja mampu menguruskan segalanya dengan baik.
Bagaimanapun, dia mula mendapat perspektif baharu selepas dirinya bergaul dengan komuniti ibu dan melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan keluarga masing-masing.
“Semakin kerap berbual dengan mak-mak, sebenarnya ramai wanita memang boleh buat semua benda. Bagi diorang, tak ada apa pun yang luar biasa, semua dah jadi rutin. Masa tu saya rasa, ‘Ohh saya boleh je buat ni.’ Tak payah rasa down atau tertanya-tanya kenapa saya kena buat semua benda,” luahnya.

Elfira Tidak Ambil Pembantu, Belajar Urus Keluarga Dengan Rutin Sendiri
Tambah Elfira, kekuatan para ibu yang lain membuatkan dirinya lebih positif dalam menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan ibu termasuklah tidak lagi mencari pembantu rumah serta memilih untuk menguruskan setiap urusan di rumah dengan sendiri.
“Sebab tu saya berhenti cari pembantu rumah. Saya memang buat semua sendiri – bangun pagi, mandikan anak, siapkan mereka ke sekolah, buat sarapan, hantar dan ambil dari sekolah, kemas rumah, masak, lipat baju semua.
“Tapi masih sempat main pickleball, pergi kafe dan kerja. Dalam circle saya, semua ni bukan luar biasa pun, semua benda tu dah jadi rutin,” kongsi Elfira.
View on Threads
Wanita Dakwa Elfira Sengaja Nak Bangga Diri Kerana Mampu Menguruskan Keluarga
Bagaimanapun, ada pula pihak yang mendakwa Elfira sengaja membangkitkan isu tersebut kononnya untuk berbangga dengan diri sendiri.
“Kenapa sejak kebelakangan isu ibu ni macam benda yang kontroversi sangat? Padahal dah akhir zaman ni ramai perempuan yang dah tak beranak ramai.
“Berbanding dulu mak-mak akan beranak sampai 10 orang. Tapi zaman sekarang pula banyak perempuan flex konon dia terpaling hebat jaga anak, paling pandai urus stres, pandai urus kerja rumah dan lain-lain.
“Bukan mak-mak zaman dulu dah lalui semua tu dengan berjaya ke? Pelik tengok ibu-ibu zaman sekarang nak hype sangat isu jaga anak,” kata seorang netizen.

Elfira Tegaskan Rutinnya Sebagai Seorang Ibu Adalah Normal & Bukannya ‘Flex’
Tidak berdiam diri dengan dakwaan tersebut, Elfira kemudian tampil membidas komen itu dengan berkata bahawa perkara yang dilakukannya (tidak mengambil pembantu rumah dan menguruskan keluarganya sendiri) adalah sesuatu yang normal sahaja.
“Ni bukan flex, yang repost tu yang saja up kan isu. Saya kata apa yang saya buat tu normal dan tak ada benda yang luar biasa. Jadi saya rasa semua orang (para ibu) boleh buat tapi tak semua orang tahu (cara betul uruskan keluarga).
“Ada yang clueless (terpinga-pinga). Jadi saya kongsilah. Awak kena faham perkara yang awak tahu dan benda yang awak reti,” katanya.

Semua Wanita Mempunyai Keupayaan Diri Yang Berbeza
Elfira dalam satu lagi hantaran berkata setiap wanita mempunyai kekuatan dan keupayaannya tersendiri. Perkara paling penting adalah untuk berani keluar daripada zon selesa masing-masing.
“Tapi boleh ke (cakap) kita sama-sama hebat? Kan semua (ada) kemampuan berbeza. Contoh dia tak pernah masak tapi bila kahwin dia cuba masak dan berjaya kan hebat jugak tu keluar dari comfort zone? Walaupun bagi orang lain ‘masak je pun’,” ujarnya.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.