Now Reading
Nak Elak Pembaziran, Klinik Kesihatan KL Dipuji Sediakan Beg Terpakai Untuk Pesakit Atau Pelawat

Nak Elak Pembaziran, Klinik Kesihatan KL Dipuji Sediakan Beg Terpakai Untuk Pesakit Atau Pelawat

Untuk info, inisiatif derma beg terpakai buat para pesakit itu bermula apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu mengurangkan penggunaan plastik yang menjadi penyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di antara anda mempunyai lambakan beg terpakai di rumah? Perkara itu terjadi apabila banyak premis di Malaysia sudah berhenti memberi beg plastik kepada pelanggan yang membuat sebarang pembelian.

Namun ia jadi masalah apabila individu terlupa untuk membawa beg terpakai itu semasa mengunjungi ke kedai lain. Akhirnya beli juga beg baharu sampai jadi koleksi di rumah.

Buat mereka yang berdepan dengan masalah sama, usah risau. Sebenarnya banyak tempat anda boleh menderma beg-beg yang tidak lagi digunakan.

Klinik Kesihatan KL Sedikan Beg Terpakai Buat Kegunaan Para Pesakit

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita menunjukkan foto di kaunter Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan petugas di sana telah menyediakan ruangan khas untuk menggantung beg-beg terpakai.

Difahamkan, kesemua beg itu boleh digunakan oleh para pelawat atau pesakit yang terlupa untuk membawa beg bagi meletakkan barangan keperluan sebagai contoh ubat yang diambil dari kaunter farmasi.

“Perlu beg untuk ubat anda? Sila ambil di sini,” tulis papan tanda yang diletakkan pada ruangan beg yang tergantung.

View on Threads

Tiada Lagi Beg Plastik Di Klinik Kesihatan Bersempena Kempen Go Green KKM

Jelas wanita itu, inisiatif tersebut dilakukan sejak klinik terbabit tidak lagi menyediakan beg plastik untuk kegunaan ubat pesakit.

Menurut Garis Panduan Kempen Go Green Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada tahun 2010, pihak farmasi telah membelanjakan lebih RM1 juta bagi membeli plastik.

Ia secara tidak langsung menjadikan KKM daripada sebahagian penyumbang pencemaran beg plastik yang semakin serius. Memandangkan ia boleh menjejaskan alam sekitar, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mula mengambil langkah dengan menghapuskan penggunaan plastik itu.

Sumber: JKNKL

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Dengan Pencemaran Plastik Tertinggi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dulu Jernih & Tenang, Ramai Kecewa Sungai Kini Penuh Sampah Selepas Dikunjungi Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Pencemaran Plastik Boleh Jadi Penyebab Dapat Penyakit

Beri Sahaja Beg Terpakai Kepada Petugas KK Jika Mahu Derma

Buat pesakit yang akan mengambil ubat dalam kuantiti yang banyak, mereka boleh menggunakan beg terpakai yang disediakan oleh orang ramai itu.

Malah sejak dahulu lagi, ramai yang telah menderma beg terpakai di Klinik Kesihatan seluruh negara.

Menurut seorang individu, anda boleh memberikan sumbangan beg terpakai kepada petugas farmasi sekiranya melihat tempat gantung beg sudah penuh.

Orang Ramai Kagum Dengan Inisiatif Beg Terpakai Untuk Letak Ubat Pesakit

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji inisiatif tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan pelawat klinik malah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

“Masya-Allah sukanya usaha pihak farmasi untuk pesakit yang sangat bertimbang rasa dan eco friendly ni. Saham pahala untuk yang menyumbang juga. Kerja yang bagus!” kata seorang individu.

Malah ramai juga dilihat mahu menyumbang beg terpakai yang berlambak disimpan selama ini.

“Menarik! Dengan besar hati nak join letak beg sekali sebab banyak dekat rumah,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, warganet turut berharap agar inisiatif sebegitu diperluas ke banyak lagi premis perniagaan lebih-lebih buat pelanggan yang terlupa membawa sendiri beg dari rumah.

“Bagus juga buat dekat kedai runcit macam Mydin, AEON, dan lain-lain. Nak beli (beg terpakai apabila membeli-belah), tetapi dah banyak sangat dekat rumah,” kata seorang netizen.

Sumber: Threads (@dapurpuanstoberi)

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Plastik Di 8,000 Premis Perniagaan Bermula 1 Oktober 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd