Now Reading
Boleh Ke Wanita Hantar Notis Letak Jawatan Sewaktu Cuti Bersalin? Ini Penjelasan Pengamal HR

Boleh Ke Wanita Hantar Notis Letak Jawatan Sewaktu Cuti Bersalin? Ini Penjelasan Pengamal HR

Menurut seorang pengamal sumber manusia, tempoh notis peletakan jawatan akan bermula pada hari notis tersebut diserahkan kepada majikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di bawah undang-undang buruh, setiap pekerja tanpa mengira jawatan mahupun tangga gaji mempunyai hak bagi cuti tahunan berbayar dan cuti sakit.

Buat pekerja wanita pula, mereka juga mempunyai hak untuk mendapatkan cuti bersalin sehingga 98 hari.

Namun kadangkala ketika tempoh cuti itu, mungkin ada para ibu yang berasa tidak mampu untuk kembali bekerja atas cabaran menguruskan bayi dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Bos Paksa Staf Mohon Cuti Tahunan Atau Cuti Tanpa Gaji Gara-gara Pejabat Tak Operasi. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

Baca Artikel Berkaitan: Masih Ada Baki AL Walau Dah Nak Berhenti Kerja? Ini Pengiraan Untuk Tuntut Bayaran Dari Majikan

Individu Persoalkan Wanita Berhenti Kerja Semasa Cuti Bersalin

Baru-baru ini, seorang individu menerusi hantaran di Threads mempersoalkan tindakan sesetengah wanita yang menghantar notis peletakan jawatan ketika sedang cuti bersalin tanpa sebab munasabah.

Dia merasakan tindakan itu seolah-olah satu bentuk sabotaj terhadap keistimewaan yang dinikmati oleh para wanita, sehingga menyebabkan sesetengah syarikat enggan mengambil wanita hamil bekerja.

Sumber: Threads

Anda pasti tahu bahawa setiap pekerja yang mahu meletakkan jawatan tertakluk kepada tempoh notis seperti yang dinyatakan di dalam kontrak kerja.

Jadi, bagaimana pula dengan pekerja wanita yang meletak jawatan ketika cuti bersalin? Adakah mereka telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang?

Tak Salah Wanita Letak Jawatan Ketika Sedang Cuti Bersalin

Mengulas tentang isu berkenaan, seorang pengamal sumber manusia (HR) yang dikenali sebagai Alya berkata, undang-undang membenarkan cuti bersalin dan notis peletakan jawatan dibuat pada masa sama.

Dalam hantaran di Threads, dia menjelaskan bahawa pekerja wanita yang layak mendapat elaun cuti bersalin selama 98 hari adalah dilindungi.

“Etika yang bagus, nilaikan kemampuan diri. Jika rasa selepas melahirkan keadaan mental dan fizikal tak mampu nak kembali bekerja, maklumkan awal kepada majikan supaya majikan cukup masa mencari pengganti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, segala serahan tugas sepatutnya telah diserahkan sebelum wanita tersebut mula cuti bersalin yang panjang.

Oleh itu, tidak seharusnya timbul sebarang masalah jika wanita terbabit mahu meletakkan jawatan semasa cuti bersalin sekalipun.

View on Threads

Pekerja Boleh Berhenti Bila-Bila, Tempoh Notis Peletakan Jawatan Mula Hari Sama Notis Diserahkan

Berdasarkan kepada satu hantaran di LinkedIn oleh seorang lagi pengamal HR dikenali sebagai Azian, Seksyen 12(4) Akta Kerja 1955 menjelaskan bahawa mana-mana pekerja boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa sahaja, termasuklah ketika tempoh cuti bersalin.

Katanya, tempoh notis peletakan jawatan itu akan bermula pada hari sama notis tersebut diserahkan oleh pekerja kepada majikan.

Dia menjelaskan bahawa pekerja terbabit tidak perlu kembali bekerja selepas cuti bersalin bagi notis tersebut diterima.

Jika mana-mana majikan mahu ‘mengikat’ seorang wanita hamil untuk kembali bekerja, kes itu boleh dibawa kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja.

Gambar sekadar hiasan.

Majikan Masih Perlu Bayar Elaun Cuti Bersalin Walaupun Pekerja Letak Jawatan

Dalam pada itu, Azian turut menegaskan bahawa cuti bersalin adalah isu yang berbeza dengan notis peletakan jawatan.

Oleh itu, majikan masih perlu membayar elaun atau gaji bulanan kepada pekerja wanita layak sehingga cukup 98 hari walaupun dia telah meletak jawatan ketika cuti bersalin.

Sebagai info, pekerja wanita juga boleh kembali bekerja sebelum tempoh cuti bersalin tamat, namun perlu mendapatkan pengesahan kesihatan terlebih dahulu.

Majikan Tak Boleh Hentikan Pekerja Hamil Sesuka Hati

Bagaimana pula jika sebaliknya majikan yang mahu menghentikan pekerja wanita yang sedang cuti bersalin?

Berdasarkan Seksyen 37 (4) Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja wanita yang sedang cuti bersalin kecuali jika perniagaan ditutup.

Malah Seksyen 41A(1) akta sama turut menjelaskan bahawa majikan tidak boleh memberhentikan pekerja wanita yang sedang hamil atau jatuh sakit akibat hamil, kecuali atas sebab berikut:

  • Pelanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan.
  • Salah laku.
  • Penutupan perniagaan majikan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Perlindungan PERKESO Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Khas Buat Wanita, Ini Info Tentang Skim Suri Rumah PERKESO

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Hak Pekerja Yang Anda Perlu Ambil Tahu. Nombor 4 Paling Penting!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd