Now Reading
“Risiko Freefly” – Burung Kakak Tua Dikejar Helang Bikin Ramai Berdebar, Sampai Masuk Dalam Hutan

“Risiko Freefly” – Burung Kakak Tua Dikejar Helang Bikin Ramai Berdebar, Sampai Masuk Dalam Hutan

Burung kakak tua yang digelar Pablo itu bagaimanapun telah berjaya diselamatkan daripada dalam hutan dan berada dalam keadaan sihat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukan hanya kucing dan anjing, burung juga antara haiwan yang menjadi pilihan orang ramai untuk dipelihara di rumah.

Namun memelihara burung agak berisiko sekiranya ia terbang keluar dan tidak lagi kembali ke rumah kerana sifatnya yang lebih bebas berbanding haiwan peliharaan lain.

Ada juga sesetengah burung yang telah dilatih dan bersifat jinak dibawa untuk terbang di luar atau dikenali juga sebagai aktiviti ‘freefly’.

Pun begitu, apabila melakukan aktiviti freefly ini, burung kesayangan mungkin terdedah kepada bahaya lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Hati-hati Tinggal Barang” – Wanita Dedah Individu Selamba Curi Burung Peliharaan Di Halaman Rumah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terhibur Lihat Anggota Bomba Beri Sesi ‘Grooming’ Pada Burung Hantu

Burung Kakak Tua Dikejar Helang Laut Di Bukit Antarabangsa

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemilik burung dikenali sebagai Abam Parrot di TikTok (@abamparrot), seekor burung kakak tua milik rakannya telah dikejar oleh helang sewaktu aktiviti freefly.

Kelihatan seekor helang liar tiba-tiba menghampiri di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor sebelum mengejar burung kakak tua yang digelar Pablo itu.

Dikatakan pemangsa tersebut merupakan jenis helang laut atau ‘white-bellied sea eagle’ (WBSE).

Menurut Abam, helang itu mungkin tersesat kerana spesies berkenaan tidak bersarang di sekitar Bukit Antarabangsa.

Sumber: TikTok

Burung Kakak Tua Tak Berjaya Dipanggil Dengan Bunyi Wisel, Terbang Masuk Ke Dalam Hutan

Ketika kejadian itu, kedengaran orang ramai berkali-kali memanggil burung kakak tua itu.

Malah mereka turut meniup wisel yang bertindak sebagai arahan buat Pablo untuk kembali kepada tuannya.

Namun mungkin akibat terlalu panik dan takut, dia terus terbang untuk menyelamatkan diri dari helang terbabit.

Kelihatan juga pemangsa itu beberapa kali mendekati Pablo tetapi dia berjaya melarikan diri.

Akhirnya burung kakak tua itu dilihat terbang masuk ke dalam hutan di sekitar kawasan itu.

@abamparrot UPDATE : PABLO SELAMAT. Risiko freefly adalah dikejar helang. Doakan semoga selamat semuanya #parrotbukitantarabangsa ♬ original sound – Abam Parrot

Tonton video penuh [DI SINI].

Burung Kakak Tua Ditemukan Dalam Keadaan Selamat & Sihat

Abam bagaimanapun memaklumkan bahawa Pablo telah berjaya diselamatkan daripada dalam hutan dan dalam keadaan yang sihat, namun mungkin mengalami sedikit trauma.

Bercakap kepada TRP, Abam berkata memandangkan insiden itu berlaku sewaktu hampir senja, lumrah seekor burung adalah mencari tempat yang selamat untuk berehat atau tidur (roosting).

Tambahnya lagi, burung kebiasaannya tidak akan memberi sebarang respon ketika sedang roosting walau dalam apa jua keadaan.

Oleh itu, mereka telah menjalankan sesi menyelamat pada keesokan harinya sebelum terbitnya matahari.

“Sebab kami dah pengalaman dan tau lokasi dia (Pablo memakai alat GPS), kami biarkan dia bermalam dalam keadaan selamat dan kembali di pagi hari untuk sesi menyelamat.

“Kami lepaskan beberapa burung kakak tua yang berpengalaman untuk menyelamat dan memikat keluar Pablo.

“Tak lama pun, dia dengar je jeritan burung kakak tua, dia keluar dari hutan dan kembali kepada kami,” jelas Abam.

Orang Ramai Risau Berdebar Lihat Pablo Dikejar Helang

Video mendebarkan yang menyaksikan aksi kejar-mengejar antara Pablo dan seekor helang liar itu telah menarik perhatian ramai dan mencecah sehingga 1.7 juta tontonan.

Ramai yang meluahkan rasa berdebar saat melihat situasi berkenaan dan turut merisaukan tentang keselamatan Pablo.

“Berderau jantung saya bila helang mendekati Pablo,” kata salah seorang warganet.

Ada juga yang menyifatkan aksi itu seperti dalam dokumentari National Geographic dan memuji burung kakak tua itu kerana pandai mengelak daripada cengkaman helang.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Dianggap Pengotor Tapi Sebenarnya Bijak, Ini Fakta Menarik Tentang Burung Gagak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu Tak Diundang, Burung Hantu Datang Beraya Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Flat Di Singapura Terkejut Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur Tepi Tingkap Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd