Now Reading
Khairul Aming Buat Giveaway Jawab Kuiz Bernilai RM44,000, Lelaki Kongsi Soalan Ramalan Untuk Malam Ini

Khairul Aming Buat Giveaway Jawab Kuiz Bernilai RM44,000, Lelaki Kongsi Soalan Ramalan Untuk Malam Ini

Untuk pengetahuan semua, giveaway dan kuiz ini akan bermula jam 8 malam ini (10 November) menerusi sesi live di platform Shoppee.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali masuk 1 Januari, 2 Februari, 3 Mac dan seterusnya — pasti ada sahaja jenama yang buat giveaway (hadiah percuma), diskaun atau baucar untuk mempromosi produk mereka.

Bagi para pelanggan pula, mereka tahu ini adalah masa untuk ‘standby’ dan siapkan duit poket bagi merebut tawaran hebat itu.

Tidak hairan jugalah setiap kali tarikh istimewa ini tiba, sesetengah laman web atau aplikasi beli-belah akan perlahan akibat trafik tinggi dari pelanggan yang menunggu untuk check-out barangan.

Khairul Aming Buat Giveaway ‘Kaw Kaw’ Sempena 11.11

Kalau anda nak tahu, influencer dan usahawan terkenal Khairul Aming (KA) turut tidak melepaskan peluang untuk memberi tawaran berbaloi dan juga giveaway besar-besaran buat para pembeli yang sentiasa menyokong bisnesnya selama ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, KA berkata dia akan mengadakan giveaway bernilai RM44,000 pada malam ini (10 November) menerusi sesi siaran langsung (Live) di platform Shoppee Khairulamingbrand bersempena jualan 11.11 (11 November).

Mulai jam 8PM hingga 12AM, KA akan mengemukakan satu kuiz bagi setiap satu jam. Untuk melayakkan diri, peserta hanya perlu menjawab soalan dengan pantas dan tepat.

Nilai bagi setiap kuiz mencecah RM11,000. Jadi secara keseluruhannya, hadiah yang ditawarkan berjumlah RM44,000 untuk empat soalan.

Ada Mula Tertanya-tanya Tentang Soalan Yang Akan Diajukan

Susulan itu, orang ramai mula menujukkan rasa teruja dan bersemangat untuk menyertai kuiz berkenaan. Malah, ramai juga tertanya-tanya tentang jenis soalan yang bakal diajukan.

“KA tak nak bagi tajuk topik yang kena belajar ke? Kita nak buat ulangkaji ni sebelum jawab kuiz esok,” kata seorang wanita.

Sumber: Instagram (@khairulaming)

Lelaki Kongsi 8 Soalan Ramalan Untuk Giveaway 11.11 Khairul Aming

Menjangkakan penyertaan yang tinggi bagi giveaway bernilai puluhan ribu itu, seorang lelaki dikenali sebagai Nazri menerusi hantaran di laman Threads telah berkongsi lapan soalan ramalan bagi kuiz berkenaan.

Jelasnya, soalan contoh yang diberikan itu hanyalah jangkaannya. Antara soalan dan jawapan kuiz yang dikongsi adalah seperti berikut.

Biodata ringkas:

  • Nama penuh: Khairul Amin Kamarulzaman
  • Tarikh lahir: 25 September 1992
  • Negeri kelahiran: Kota Bharu, Kelantan
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat

Butiran syarikat:

  • Nama: Rasapop (M) Sdn. Bhd. (Malaysia)
  • Lokasi kilang: Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan
  • Jumlah kilang sehingga kini: 3 

Sejarah lama:

Senarai produk Khairulamingbrand:

  • Sambal Nyet: Mula dijual 6 Januari 2021
  • Dendeng Nyet: Mula dijual 2 Februari 2024
  • Rendang Nyet: Mula dijual 8 Ogos 2025
  • Info extra: Terima sijil halal JAKIM pada 19 November 2024

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Tampil Perkenal Produk Baharu Rendang Nyet Berapi, Boleh Mula ‘Sambar’ Jumaat Ini

Baca Artikel Berkaitan: Dendeng & Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM

Rancangan popular:

  • 30 hari 30 resepi (sepanjang bulan puasa). Ia sudah mula bersiaran selama lapan tahun bermula tahun 2018.
  • 30 hari 60 resepi pada tahun 2025.
  • Trademark KA adalah sudu kayu

Baca Artikel Berkaitan: Bukan 30 Tapi 60 Resipi! Konten Ramadan Khairul Aming Tampil Dengan Pembaharuan Buat Ramai Teruja [Video]

Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) diterima:

  • Dendeng Nyet Jualan 1 Juta Terpantas — 3 Minit 24 Saat (2 Februari 2024)
  • Rendang Nyet Jualan 1 Juta Terpantas — 19 Saat (8 Ogos 2025) 

Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit

Siri jelajah negara:

  • New Zealand
  • Oman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!

Baca Artikel Berkaitan: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

Anugerah lain yang pernah diterima:

  • TikTok Awards Malaysia 2023 — Content of The Year
  • Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H 2025M – Kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya

“Ni sekadar jangkaan aku je. Tak ada jaminan pun. Tapi kalau KA ada tanya berkaitan maklumat yang aku bagi ni dan korang ada baca dan ingat, kira rezeki lah tu. Semoga bermanfaat!” tambah lelaki itu di akhir perkongsian.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Demand Luar Biasa” – Jualan Produk Khairul Aming Laku Keras, Cecah RM42 Juta Pada Tahun 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Rumah & Kereta Mewah. Aset Saya Cuma Kilang Sambal Nyet Je” – Khairul Aming

Peserta Kuiz Perlu Beli Mana-mana Set Kombo Untuk Layakkan Diri Dalam Giveaway

Untuk info, selain menjawab soalan dengan tepat dan pantas, peserta juga perlu membuat pembelian mana-mana set kombo istimewa produk KA yang dijual pada hari ini bagi melayakkan diri menyertai giveaway.

Lima kombo yang tersedia adalah:

  • Kombo Rendang Nyet Berapi
  • Kombo Sambal Nyet Berapi
  • Kombo Dendeng Nyet Berapi (original)
  • Kombo Dendeng Berapi (pedas)
  • Kombo Mix (Sambal Nyet + Rendang Nyet + Dendeng
Sumber: Instagram (@khairulaming)

Good luck! 🔥


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd