[Video] “Rasa Macam Mimpi”- Influencer ‘Muka Gangster’ Bersyukur Ibu Dapat Hidayah Peluk Islam
Influencer yang popular dipanggil Muka Gangster turut memaklumkan dia berasa seperti mimpi apabila melihat ibu memeluk Islam dan bersyukur dengan perkara itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tak dinafikan setiap saudara yang memeluk Islam atau mualaf yang sudah mengenali agama ini ingin ahli keluarganya untuk turut serta.
Namun niat murni ini bukanlah suatu perkara yang mudah, ini kerana setiap individu mempunyai kepercayaan masing-masing yang perlu dihormati.
Hanya doa yang boleh dikirim agar Allah SWT memberikan hidayah serta membuka hati seseorang itu untuk menerima agama Islam dan menjalani hidup pada jalan yang diredai oleh-Nya.
Influencer luah syukur ibu masuk Islam
Baru-baru ini influencer yang juga Mualaf yang popular dengan gelaran Muka Gangster telah berkongsi berita gembira mengenai ibunya yang telah memeluk Islam dan perkara itu disaksikannya sendiri bersama isteri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Muka Gangster atau nama penuhnya Muhammad Mikhael di TikTok, kelihatan ibu, Maimunah Sathayah Muniandy atau mesra dipanggil Mak Titew mengikuti membaca dua kalimah syahadah.
Sebaik selesai melafaz kedengaran ustaz yang berada di hadapan Mak Titew mengucapkan syukur kerana sudah selesai dan kini wanita itu bergelar seorang muslim.
Dalam video sama kelihatan Mikhael memeluk dan mencium ibunya.
“Hebat kuasa Allah. Terima kasih Allah. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Hidayah milik Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sifatkan seperti mimpi ibu dah masuk Islam
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Mikhael meluahkan rasa syukur dan menyifatkan momen indah itu seperti mimpi.
Malah dia turut mengulang kembali beberapa momen lampau memaparkan dirinya ketika baru sahaja berhijrah menjadi seorang muslim.
“Syukur, alhamdulillah akhirnya Mak titew masuk Islam. Rasa macam mimpi saat ni, tujuh tahun mualaf tak pernah berani nak ajak mak (masuk Islam).
“Mak pengorbanan mak besar sangat, ketika titew (kita) mencari jiwa mak benarkan kita masuk Islam. Tak ada balasan yang dapat dibalas yang dapat dibalas mak. Terima kasih, mak seorang ibu yang hanya nak lihat anaknya bahagia. Besar pengorbanan mak.
“Hanya mampu berdoa ketika di Umrah dua belas hari. Doa ‘Ya Allah berikan hidayah kepada ibuku, bukalah pintu hatinya,” ujarnya.
@mukagangster Hebat kuasa Allah . Terima kasih Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Hidayah milik Allah. @Mak Titew #mukagangster #ipohperak #fyp #maktitew #wifetitew
♬ Sad Lonely Piano – ALEKSANDAR KIPROV
Tak pernah putus doakan mak diberikan hidayah dan terbuka hati masuk Islam
Menurutnya walaupun mereka sentiasa kelihatan gembira tetapi dalam hatinya acapkali berdoa agar ibu diberikan hidayah.
Mikhael turut memaklumkan meskipun mendapat kecaman dari keluarga sendiri namun dengan berkat doa ibunya dia dapat berkahwin dengan wanita yang disayangi.
Malah hubungan ibu dan juga isteri sangat baik kerana mereka saling menyayangi antara satu sama lain.
Beranikan diri ajak mak masuk Islam
Tambah Muka Gangster lagi, dia akhirnya memberanikan diri mengajak ibu untuk memasuki Islam selepas ibu kurang sihat dan bergurau meminta dia dan isteri untuk menjaga diri.
“Saya tak nak kehilangan mak, saya nak mak sentiasa bersama saya mak. Saya beranikan juga diri ajak mak. Mak ikutlah saya mak, jom masuk Islam mak. Kita bertiga je mak, saya nak sentiasa bersama dengan mak.
“Jadi kemurungan sampai makan ubat tenangkan jiwa, fikirkan apa akan jadi pada mak satu hari nanti kalau mak tak ada. Apa akan jadi pada saya.
“Syukur Alhamdulillah mak, hidayah Allah sangat kuat.”
Malah dia turut menghubungi ustaz memaklumkan ibu ingin memasuki Islam lagi dua tiga bulan. Namun apabila ustaz meminta datang pada keesokkan harinya, perkara itu dirasai seperti berjalan dengan sendirinya.
Malah dia mengucapkan kepada ibunya, ‘selamat kembali kepada fitrah.’
@mukagangster Selamat Kembali kepada fitrah Puan Maimunah Sathayah Binti Muniandy @Mak Titew . Hidayah sesungguhnya Milik Allah @Gangster Pink @Mikhael Sathayah #mukagangster #ipohperak #fyp #wifetitew #mikhael ♬ A Touching Story – Kim Sung Hwan
Sebelum ini, kisah Muka Gangster mula mendapat perhatian orang ramai selepas penghijrahannya direstui ibu tersayang.
Lebih menyentuh hati, si ibu siap menemaninya ke masjid sewaktu ingin menunaikan solat sebagai tanda sokongan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:“Hebat Mak Kamu” – Kisah Mualaf ‘Muka Gangster’ Peluk Islam Direstui Ibu, Siap Teman Ke Masjid Undang Sebak [Video]
Ramai doakan yang terbaik
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut gembira dan mendoakan yang terbaik buat Mikhael sekeluarga.
Tak kurang ada yang mengatakan Mikhael seorang anak yang baik malah ada yang mengatakan nanti dia boleh membawa ibu menunaikan ibadah umrah bersama-sama.
“Nanti boleh bawa mak pergi umrah”

“Aku nak menangis bang”

“Doa seorang anak untuk ibunya masa buat umrah. Allah kabulkan”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



