Now Reading
“Dia Ingat Tu Mesin Urut” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Bulus Halang Laluan Vakum Robot

“Dia Ingat Tu Mesin Urut” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Bulus Halang Laluan Vakum Robot

Kucing yang digelar Bonia itu juga dilihat tidak mengendahkan panggilan dan teguran tuannya yang meminta dia agar memberi laluan kepada vakum robot berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selalunya bila terdengar sahaja bunyi yang amat kuat seperti bunyi mesin vakum di rumah, si bulus mesti lari bertempiaran.

Jadi sesetengah pemilik kucing akan memilih mesin vakum robot yang hanya mengeluarkan bunyi minimal dan tidak menakutkan si bulus kesayangan.

Namun lain pula buat seekor kucing ini yang sehingga menyebabkan mesin tersebut tidak dapat melakukan tugasnya dengan sempurna.

Baca Artikel Berkaitan: “Kucing Aku Cakap Ini AI” – Wanita Bawa Si Bulus Hiking Bikin Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: Demi Lindungi Kucing & Elak Pemandu Bawa Laju, Wanita Ini Letak Signboard ‘Perlahankan Kenderaan’

Baca Artikel Berkaitan: Ingatkan Tersangkut, Rupanya Kucing Ini Suka Lepak Atas Bumbung Sejak 2023 Lagi [Video]

Kucing Halang Laluan Mesin Vakum, Siap Tahan Tangan Pada Dinding!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@nynabukater) oleh pempengaruh yang dikenali sebagai Nyna, dapat dilihat gelagat comel salah seekor kucing kesayangannya saat vakum robot sedang beroperasi.

Kelihatan kucing berwarna kelabu yang digelar Bonia itu berbaring pada laluan vakum robot, menyebabkannya tidak boleh membersihkan kawasan berkenaan.

Dia tidak takut langsung apabila vakum robot itu melanggar dan menolak perutnya, beberapa kali, malah sempat pula bergolek manja.

Bonia juga turut memegang bucu dinding seolah-olah menahan badannya agar tidak dapat ditolak oleh vakum robot tersebut. Pandai ye!

Kucing Buat Taktau Selepas Ditegur Tuannya

Kedengaran Nina memanggil kucingnya itu berkali-kali dan memintanya agar memberi laluan kepada vakum tersebut, namun tidak diendahkan langsung olehnya. Siap bagi ‘side eyes’ lagi ya.

“Tepi la dia (vakum) nak lalu. Astaghfirullahalazim, berikanlah aku kesabaran Ya Allah. Sesungguhnya binatang ini tak ada akal.

“Yang ada akal itu aku. Tapi aku pun boleh hilang akal juga kalau macam ni,” selorohnya selepas beristighfar menahan sabar.

Dalam masa sama, dia juga ‘menegur’ vakum robotnya kerana masih berpusing di tempat sama dan tidak ke kawasan lain dahulu.

Selepas hampir 40 saat berpusing-pusing di sekitar si bulus itu, barulah mesin itu akhirnya bergerak ke arah lain. Mesinnya pun!

@nynabukater

Memang aku refund kau kat pasar ae Bonia

♬ Anthem for Lazy Cats – Matias La Cour

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Bulus Halang Vakum Robot

Gelagat Bonia yang menghalang vakum robot melakukan tugasnya itu sememangnya menarik perhatian orang ramai sehingga meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan.

Orang ramai berasa geli hati melihat situasi tersebut apatah lagi apabila si bulus itu siap menahan tangannya pada dinding.

“Perangai eh kau Bonia. Siap side eye eh kau,” seorang individu berkata.

Ada juga yang berkata Bonia pasti menganggap alat tersebut sebagai mesin urutnya.

Segelintir pengguna media sosial pula berseloroh bahawa Bonia merupakan muatan berat atau telah mengadakan ‘road block’ di kawasan itu.

Dalam masa sama, ada juga segelintir warganet yang berkongsi telatah kucing mereka sendiri apabila berdepan vakum robot. Siap ada yang naik macam buat Grab lagi!

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Ada Pelihara Kucing? Pastikan Ikut Jadual Pembersihan Ini Agar Keselesaan Si Bulus Terjamin

Baca Artikel Berkaitan: Ini Lima Tingkah Laku Kucing Yang Sebenarnya Tidak Normal, Boleh Jadi Simptom Masalah Kesihatan Serius

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Bahayakan Kesihatan, Ini Senarai Makanan Untuk Manusia Yang Kucing Tak Boleh Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd