Now Reading
“Boleh Sebabkan Kematian” – Tular Video Kasi Ungka & Siamang Makan, Pakar Kongsi Kesan Buruknya

“Boleh Sebabkan Kematian” – Tular Video Kasi Ungka & Siamang Makan, Pakar Kongsi Kesan Buruknya

Sebelum ini, tular dua video menyaksikan dua wanita berbeza memberi makan kepada sekumpulan siamang sekitar sekolah dan juga ungka di kawasan hutan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai di kalangan masyarakat yang sangat menggemari haiwan atau hidupan liar. Malah ramai juga yang sudah terbiasa ‘hidup sekali’ bersama mereka di kawasan bandar.

Sebagai contoh, antara kisah-kisah yang sering tular di media sosial apabila kolej pelajar universiti disinggah sekumpulan monyet yang penuh ragam dan kerenah.

Bahkan ada juga individu yang kerap memberi makan kerana menganggap mereka comel.

Baca Artikel Berkaitan: Monyet Sarung Pakaian Pelajar di UUM Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Seram Dari Jumpa Hantu” – POV Tak Hadir Ke Kelas Kerana ‘Dihalang’ Monyet Bikin Ramai Geram

Siamang Singgah Ke Kawasan Sekolah, Cikgu Sempat Hulur Buah

Seperti sebelum ini, tular di laman TikTok menyaksikan beberapa ekor siamang liar berkeliaran di kawasan sebuah sekolah. Dalam hantaran tular, kelihatan seekor daripadanya sedang duduk di pintu masuk bilik guru sambil memerhatikan kawasan sekeliling.

Cair dengan kecomelannya, seorang cikgu telah bertindak memberikan buah oren kepada siamang-siamang tersebut.

@fie_daa93 Selain anak murid..ada lagi anak lain yang perlu di jaga 🤣🤣🤣#siamang ♬ Funny funny weird – MrM

Tonton video penuh [DI SINI].

Wanita Suap Ungka Makan Tembikai Dalam Hutan

Bukan itu sahaja, menerusi laman Threads pula, seorang wanita turut menunjukkan momennya memberi makan sepotong tembikai kepada seekor lagi haiwan primat iaitu ungka semasa berada di dalam hutan.

Dalam video tersebut , kelihatan wanita itu sedang menyuap ungka berkenaan sebelum haiwan berbulu itu membawa lari sisa tembikai.

View on Threads

Aksi-aksi comel siamang dan ungka ini menikmati buah-buahan kemudiannya membuatkan ramai warganet terhibur dan cuit hati. Malah ada yang berterima kasih kerana memberi siamang yang dipercayai lapar ini makan.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Pinjam Untuk Mekap” – Aksi Lotong Cuba Bawa Lari Cermin Cecah 6.7 Juta Tontonan!

Risiko Siamang Hidap Penyakit Tinggi Jika Diberi Makan Oleh Manusia

Bagaimanapun, tanpa kita sedari, makanan yang diberikan kepada siamang ini mampu membawa padah kepada mereka.

Pihak Gibbon Conservation Society menerusi hantaran di ruangan balas Threads ada berkongsi tentang keburukan orang ramai memberi makan kepada kepada ungka, siamang dan primat lain.

Menurut Ahli Primatologi, Mariani Ramli atau lebih dikenali sebagai Bam, siamang adalah keluarga mawas yang berkongsi 96% DNA sama seperti manusia. Penyakit seperti tuberkulosis (TB), Hepatitis dan Covid-19 boleh dipindahkan daripada manusia ke siamang, atau siamang ke manusia apabila berada dalam jarak yang dekat.

Sumber: National Zoo

Selain itu, antara faktor lain yang menyebabkan mawas ini dijangkiti penyakit berbahaya adalah disebabkan oleh sikap manusia yang suka berkongsi makanan dengan mereka.

“Diet roti, pisang, epal dan sebagainya yang tidak seimbang boleh mengakibatkan masalah nutrisi, keguguran dan kematian kepada siamang. Kerana di hutan, mereka makan kombinasi diet yang seimbang seperti serangga, pucuk daun, buah-buahan yang tidak terlalu masak dan sebagainya,” jelas Bam.

Sumber: Pexels

Sifat Cari Makan Sendiri Elak Siamang Alami Obesiti

Tambah Bam, apabila siamang sudah terbiasa diberikan makanan di sesuatu lokasi, ia akan meningkatkan risiko haiwan itu mengalami obesiti. Hal ini kerana, sifat semula jadi siamang adalah mengelilingi hutan sekurang-kurangnya tiga kilometer (km) bagi mencari makanan sendiri.

“Bila siamang sudah kaitkan manusia sebagai sumber makanan, bayangkan pemburu haram pun senang nak tembak dan mereka pun akan pergi ke kereta. Sinilah berlaku kemalangan jalan raya,” tegasnya.

Sumber: Gibbons SP

Jelas Bam lagi, sikap manusia yang sentiasa memberi makan kepada siamang akan menyebabkan ekosistem hutan terganggu.

“To love is to let go. Hargai siamang tu di hutan sahaja. Jadi lepas ni kalau nampak kawan-kawan atau keluarga beri makan kepada siamang, komen dan beri nasihat atau kongsikan dengan pihak berkuasa serta Gibbon Conservation Society,” ujar pakar itu di akhir perkongsian.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Videos Of People Feeding Gibbons May Look Cute But Primatologist Reminds Us Why This Isn’t So

Baca Artikel Berkaitan: “Manusia Yang Ganggu Habitat” – Sekumpulan Monyet Banjiri Kawasan Kampung Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Hilangkan Asid Perut Tu” – Monyet Curi Gaviscon Ketika ‘Lawat’ Pelajar Di Kolej Curi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd