Now Reading
Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Bukit Bintang, RM8,200 Hasil Titik Peluh Jual Kuih Lesap

Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Bukit Bintang, RM8,200 Hasil Titik Peluh Jual Kuih Lesap

Taktik licik penyeluk saku itu terbongkar selepas seorang pengunjung tanpa sengaja terakam kejadian ketika sedang mengambil video suasana ibu kota, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya apabila seseorang melancong ke negara luar, antara tips yang selalu didengari adalah berhati-hati dengan barangan peribadi seperti dompet kerana bimbang menjadi mangsa penyeluk saku.

Walaupun ramai kini beralih ke sistem tanpa tunai (cashless), masih ada individu yang gemar membawa wang tunai dalam jumlah yang besar ke mana sahaja mereka pergi.

Namun begitu perlu diingatkan, Malaysia juga tidak terkecuali daripada kegiatan licik penyeluk saku. Tanpa disedari, kawasan yang sibuk sebenarnya mempunyai risiko lebih tinggi untuk kejadian sebegitu berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: “Beware Guys!” – Pelancong Malaysia Kongsi Rakaman Nyaris Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu

Baca Artikel Berkaitan: “Aku Tak Halalkan” – Habis Beribu Ringgit, Influencer Tegur Individu Curi Video Untuk Buat Affiliate

Wanita Rugi RM8,200 Ketika Berjalan Di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Fifie (@fifiemarzuki9) berkongsi keadaan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang dipenuhi pengunjung.

Menurut Fifie, ketika melintasi jalan di kawasan tersebut, dia sempat merakam momen dan situasi pada ketika itu. Namun tanpa disangka, dia berjaya merakam detik seorang penyeluk saku mencuri dompet daripada seorang wanita yang memakai beg sandang belakang.

Difahamkan, wanita terbabit telah meletakkan dompetnya di ruang belakang beg, menjadikan ia mudah menjadi sasaran pencuri. Jelas Fifie, ketika kejadian berlaku, pandangannya tidak tertumpu pada skrin, menyebabkan dia tidak menyedari insiden itu.

“Langsung tak perasan kerana telefon dipegang dengan skrin menghala ke belakang dan berada di posisi atas bahu,” jelasnya.

Duit Dicuri Adalah Hasil Jualan Kuih

Wang yang ‘disapu’ bukanlah sedikit, tetapi sebanyak RM8,200 secara keseluruhannya iaitu RM3,200 secara tunai dan dua dinar emas.

“Sampai sekarang akak ni trauma duit dia lesap macam tu je,” kata Fifie di ruangan komen.

Lebih memilukan apabila pemilik video berkata kesemua duit yang dikaut adalah hasil titik peluh wanita berkenaan menjual kuih-muih.

“Syukur tak ada apa jadi. Yang ni memang tak rasa apa sampai member dekat sebelah bagi tahu kenapa beg dah ternganga barulah perasan,” kongsi Fifie.

Tambah Fifie lagi, laporan polis mengenai kes telah pun dilakukan. Fifie juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut dapat menghubungi Balai Polis Dang Wangi.

@fifiemarzuki9

Tolong Share Ramai2 org ni ,area Bukit Bintang berhadapan dgn trafik light Lot 10,Jumlah Kerugiann RM8200 ,dalam Wallet ada 3200 cash dan 2 Dinar shiling.,Semoga Org ni kena tgkap Secepat Mgkin.Sebarang info sila hubung Balai Police Dang Wangi.TQ

♬ original sound – Fifie Marzuki

Tonton video penuh [DI SINI].

Semakin Ramai Risau Guna Beg Sandang Belakang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas melihat rakaman penyeluk saku terbabit.

“Terus takut nak guna backpack masa ramai orang macam ni,” kata seorang individu.

Malah ramai juga tidak menyangka penyeluk saku ini berani melakukan onar di lokasi tumpuan pengunjung.

“Wah Malaysia pun ada ada pickpocket. Berani buat tu sedangkan ramai orang sekeliling,” ujar seorang wanita.

“Masa rakam memang tak perasan ke? Takutnya tengah orang ramai pun berani buat kerja. Mesti dah biasa ni,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

Sementara itu, warganet turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga apabila membawa barang berharga di tempat umum.

“Dulu masa melancong ke Indonesia, agensi travel sana dah pesan. Kalau kamu letak beg di belakang, itu rezeki orang. Kalau letak beg disisi, itu boleh jadi rezeki orang. Tapi kalau letak di depan, itu rezeki kami.

“Saya ingat sampai sekarang. Pergi berjalan mana-mana walaupun dalam Malaysia dan tempat sesak, memang saya elak letak beg depan atau sisi,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@fifiemarzuki9)

Baca Artikel Berkaitan: “Jujur Tu Budaya Dekat Sana” – Wanita Tak Sangka Jumpa Semula iPad Tercicir Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: RM28,000 Lesap Sekelip Mata Lepas Kad Kredit & Wang Tunai Dicuri Dalam Pesawat Ke Jepun

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Dia Buat Kerja” – Aksi Lelaki Selamba Curi Duit Tabung Masjid Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd