Now Reading
Gimik Warzone World Championship Undang Perdebatan, KBS Dedah WWC Tidak Dapat Kelulusan

Gimik Warzone World Championship Undang Perdebatan, KBS Dedah WWC Tidak Dapat Kelulusan

Menurut KBS, penganjuran acara suka khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa wajib untuk mendapatkan kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini tular beberap video di media sosial, memaparkan pertengkaran yang berlaku di antara calon petarung Malaysia dan Indonesia yang terlibat dalam Warzone World Championship (WWC).

Video membabitkan aksi International Influencer Super Lightweight Champion WWC yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Disember tersebut dipercayai salah satu promosi untuk acara dan ia telah menimbulkan kritikan di kalangan komuniti sukan tempur di negara ini.

Acara WWC tak dapat kelulusan daripada KBS

Terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu acara WWC berkenaan tidak mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Perkara itu turut dimaklumkan KBS menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa sebarang penganjuran acara sukan, khususnya yang membabitkan penyertaan antarabangsa adalah wajib untuk mendapatkan kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“Penganjur yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36, Akta 576.

“Kementerian menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan integriti, keselamatan, dan imej sukan negara terpelihara,” ujarnya dalam kenyataan itu, lapor Sinar Harian.

Johan Ghazali turut beri teguran ekoran gimik berunsur provokatif

Susulan daripada video yang tular itu, atlet Muay Thai negara iaitu Johan Ghazali turut memberi teguran terbuka mengenai perkara itu.

Malah dia beranggapan gimik yang berunsur provokatif tersebut boleh memberikan pengaruh negatif kepada penonton muda serta menjejaskan imej terhadap sukan tempur.

Selain itu, dia mengingatkan adalah penting penganjur bertanggungjawab serta menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukan menimbulkan masalah.

“Sudah-sudahlah memalukan sukan ni pakcik. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua, tetapi kalau orang tua perangai macam budak, siapa hendak hormat? Kita naikkan Muay Thai dari kosong, pakcik datang apabila dah hangat dan buat perangai bangang, siapa tak marah?

“Tolonglah cari penyelesaian dan bukannya masalah. Lihatlah sesuatu itu daripada skop lebih luas, jangan fikir hendak duit cepat sahaja,” tulisnya di ruangan komen.

Johan memberikan komen tersebut dalam salah satu video yang dimuat naik Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi.

This image has an empty alt attribute; its file name is Johan-ghazali-komen-dekat-yusof-azmi.jpg

Yusuf dijadualkan akan bertarung dengan petarung dari Indonesia, Yunus Martin dan kedua-dua mereka turut dilihat terlibat dalam beberapa siri provokasi melampau sebagai gimik untuk melariskan penjualan tiket WWC.

Bahkan sewaktu sidang media WWC yang dilakukan di Bangsar pada 1 November (Sabtu) lalu ia turut mendapat kritikan yang meluas daripada pengguna media sosial kerana dipercayai penuh drama serta gimik murahan dari beberapa petarung Malaysia dan Indonesia.

Muaythai Malaysia turut luah rasa kecewa

Dalam pada itu, Muaythai Malaysia turut meluahkan kekecewaan mereka atas gimik WWC yang dilakukan.

“Nak buat drama promosi tiket terpulanglah tapi jangan malukan nama sukan.

“Tapi bila libatkan budak-budak bawah umur dalam marketing tidak bermoral tunggu penarikan lesen.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd