“Couple Satu Office Tapi Sorok-Sorok” – Rakan Sekerja Terkejut Dapat Jemputan Kahwin Bikin Ramai Terhibur
Walaupun hampir semua rakan sekerja pasangan bakal pengantin terkejut dengan jemputan kahwin itu, namun ada juga seorang, dua yang dapat mengagak yang bakal pengantin ini sebenarnya bercinta dalam diam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila dapat jemputan perkahwinan daripada rakan sekerja yang dah lama kita kenal, rasa seronok betul untuk mereka.
Tapi lagi terkejut bila tengok kad jemputan, rupa-rupanya mereka akan berkahwin dengan seorang lagi rakan sekerja yang lain!
Dalam diam rupanya mereka bercinta, tahu-tahu nak kahwin dah. Mungkin jarang terjadi tapi memang ada yang macam ni.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tuan Rumah Hidang Ayam Gepuk Untuk Jemputan Kenduri Kahwin Buat Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Kongsi Idea Doorgift Kahwin Bermanfaat Yang Tak Akan Dibuang Para Tetamu
Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Tips Persiapan Sebelum & Semasa Majlis Nikah: Pengantin Lelaki Edition!
Officemate Terkejut Pasangan Di Tempat Kerja Bakal Berkahwin
Itulah situasi yang dapat disaksikan dalam satu video tular di TikTok (@zaimwhylikethis) apabila dia memberi kad jemputan kahwin kepada rakan-rakan sekerjanya.
Zaim yang bakal berkahwin dengan seorang wanita di tempat kerjanya telah merakamkan momen rakan sepejabat yang terkejut melihat nama pasangan pada kad jemputan itu.
Rata-rata mereka berasa tidak sangka sama sekali bahawa pasangan itu sebenarnya bersama. Sampai ada yang menjerit terkejut!
Ada juga yang tertanya-tanya bagaimana pasangan itu dapat menyembunyikan hubungan mereka memandangkan mereka semua sentiasa bersama di tempat kerja.
“Betul ke ni? Tipu. Ni main-main punya. Nama dia pun Elina juga, tapi bukan Elina kita,” salah seorang siap menafikan perkara itu.
“Bila masa ni? Kita orang kat sini je pun,” kata seorang rakannya lagi.

Ada ‘Geng Pantri’ Sudah Dapat Agak Pasangan Itu Sebenarnya Bersama
Malah ada yang sampai bertanyakan sama ada jemputan itu sekadar ‘prank’! Betul-betul sukar nak percaya tu.
Namun apabila Zaim memberi kad tersebut kepada dua orang wanita di pantri, mereka berkata sudah boleh mengagak pasangan itu sebenarnya bercinta dalam diam.
Apa yang menarik lagi, tanpe mengira kaum sama ada Melayu, Cina mahupun India, kesemuanya memberi reaksi tulen terhadap jemputan itu.
Video yang penuh gelak tawa itu sememangnya meraih perhatian ramai dengan 2.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
@zaimwhylikethis Lama sorok dengan korang 😆 Ada yang suspect kan? HAHAHA
♬ suara asli – Kwon Twol
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Reaksi Rakan Sekerja Selepas Terima Undangan Perkahwinan
Memindai ke ruangan komen, orang ramai terhibur dengan reaksi rakan-rakan sekerja Zaim sebaik menerima undangan ke majlis perkahwinan itu.
Malah ada juga yang merasakan akan memberi reaksi sama jika berada di tempat mereka.
“Abang baju hijau mewakili lelaki punya reaksi,” kata seorang pengguna media sosial.
Walaupun ramai yang terkejut, namun sikap rakan sekerja yang dapat mengagak pasangan itu bersama membuatkan mereka digelar sebagai ‘ahli mesyuarat pantri’.
“Melihat reaksi semua happy cuma terkejut dan sukar menerima. Tapi akak dua orang tu dah lama gosip pasal hubungan percintaan Zaim dan Elena,” kata seorang lagi.
Warganet turut terharu melihat tempat kerja itu yang lengkap dengan tiga bangsa utama di dalam negara ini.
“Saya suka komuniti ni. Anda ada kumpulan yang bagus. Mereka semua tersenyum,” kata seorang wanita.










Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Pengantin Terima Duit Dari Tetamu Majlis
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Tak Hadir Jemputan Majlis Kahwin Sebab Tak Ada Duit Nak Bagi Pengantin? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengantin Buat Konsep ‘Breakfast Wedding’, Beri Sayur-sayuran Segar Untuk Tetamu Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



