Now Reading
“Bapa Dah Cakna Dengan Tugas Ibu” – Bilik Tukar Lampin Bayi Dipenuhi Golongan Ayah Raih Perhatian

“Bapa Dah Cakna Dengan Tugas Ibu” – Bilik Tukar Lampin Bayi Dipenuhi Golongan Ayah Raih Perhatian

Menerusi foto tular, kelihatan para ayah sedang sibuk menguruskan anak masing-masing termasuk menukar lampin dalam bilik khas disediakan di sebuah pusat membeli-belah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan, bayi yang baru dilahirkan lebih rapat dengan ibu kerana telah dikandung selama sembilan bulan. Bukan itu sahaja, proses penyusuan bayi itu juga membuatkan ‘bonding’ mereka lebih kuat.

Namun begitu, ada juga segelintir suami yang masih beranggapan bahawa tugas menjaga bayi hanya terletak di bahu isteri sama ada di rumah mahupun ketika keluar bersiar-siar bersama.

Jika situasi itu dibiarkan berlarutan, si isteri boleh rasa terbeban dan kesunyian selain mengalami keletihan dari segi mental serta fizikal.

Wanita Terharu Lihat Para Suami Bantu Isteri Uruskan Bayi Ketika Keluar Berjalan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nazirah berkongsi foto baby room di sebuah pusat membeli-belah yang begitu meriah.

Momen yang paling menyentuh hati wanita itu apabila bilik khas untuk bayi tersebut dipenuhi para bapa yang tahu peranan masing-masing dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan geng-geng ayah ini sedang sibuk dan fokus menguruskan anak dan menukar lampin bayi di tempat persalinan nursery room berkenaan.

“Sebagai isteri, hati saya rasa sangat terharu bila nampak ramai suami berada di ruang tukar lampin bayi semalam. Inilah contoh ketelusan dan tanggungjawab seorang bapa yang patut diraikan. Suami siapa ni, sila hadir wahai isteri sebenar!” kata Nazirah.

Perkara ini dalam masa sama turut membantu menghilangkan stigma bahawa tugas menjaga dan menukar lampin bayi hanya tanggungjawab bagi seorang ibu.

View on Threads

Antara Pusat Beli-belah Yang Sediakan Nursery Room Selesa

Di ruangan balas, Nazirah turut berkongsi beberapa lokasi pusat beli-belah yang menyediakan ruang atau bilik tukar lampin bayi yang selesa dan luas untuk kegunaan ibu ayah dan si manja. Antaranya:

  • Isetan The Gardens
  • Aeon STYLE Taman Maluri
  • Atria Shopping Gallery
  • Central i-City
Foto: Bilik penjagaan bayi di Isetan The Gardens.
Sumber: Iman Abdul Rahim

Ramai Tersentuh Bapa Generasi Kini Lebih Tunjukkan Sikap Prihatin Dalam Penjagaan Bayi

Menjengah ke ruangan balas , rata-rata orang ramai percaya bahawa generasi kini lebih terdedah dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul bersama isteri.

“Saya percaya millenials dan ubah tradisi. Bapak-bapak dah cakna dengan tugas mak-mak,” kata seorang wanita.

Malah, segelintir individu berpendapat bahawa bilik tukar lampin bayi bukan sahaja wajar ditempatkan berhampiran tandas wanita, tetapi turut disediakan di kawasan tandas lelaki.

“Inilah yang saya dan suami pernah bincangkan! Pusat beli-belah yang masih letak bilik tukar lampin bayi di dalam atau berhampiran tandas wanita tu memang belum ‘hidup’ dalam tahun 2025!” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ramai juga sempat berkongi sikap suami sendiri dalam memastikan setiap keperluan dan urusan si manja dikendalikan dengan baik.

“Setiap kali suami ada, saya tak pernah sentuh lampin kotor tak kira di rumah atau bila kami keluar! Kami bakal menimang cahaya mata ketiga tak lama lagi, insya-Allah. Alhamdulillah atas rezeki ini. Kepada pihak mall, tolong ambil perhatian bilik bayi bukan hanya untuk ibu. Ayah pun tukar lampin juga!” kata seorang netizen.

Sumber: Threads (nazirahhusni_)

Baca Artikel Berkaitan: Dr Sheikh Muszaphar Tinggal Nota ‘To-Do-List’ Buat Isteri, Dr Halina Pula Beri Respon Kelakar!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Babah Dalam Realiti”- Wanita Ini Buat Ramai Sebak Guna Nota Untuk Luah Syukur Ada Ayah Hebat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Ajar Anak Perempuan 5 Tahun Meluncur Air Di Pantai. Hebat!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd