“Macam Topi Wizard” – Pelancong Texas Terkejut Lihat Saiz Roti Tisu Di Kedai Mamak
Wanita dikenali sebagai Zahra itu turut terhibur melihat gelagat pekerja kedai mamak yang memegang roti tisu tinggi itu dari atas ke bawah semata-mata untuk membawanya ke meja pelanggan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai pelancong asing yang gemar bercuti dan menjelajah negeri-negeri popular di Malaysia untuk merasai sendiri keunikan budaya yang pelbagai.
Malah ada juga yang sanggup terbang ke Malaysia semata-mata nak tahu, betul ke negara ini memang ‘Syurga Makanan’ seperti yang diperkatakan ramai di media sosial?
Buat golongan foodie, sudah tentu Malaysia termasuk dalam senarai ‘bucket list’ terutamanya apabila berhasrat untuk melawat sekitar Asia Tenggara.
Baca Artikel Berkaitan: Makanan Malaysia Dinobat Paling Sedap Di Expo 2025 Osaka!
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: Dua Lipa Suka Rendang & Kopi Di Malaysia, Akui Tak Sabar Kembali Ke Negara Ini
Wanita Dari Texas Tak Sangka Roti Tisu Di Kedai Mamak Tinggi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@z_salima) apabila seorang pelancong dari Texas, Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Zahra berkongsi reaksinya sewaktu menerima makanan dipesan di sebuah cawangan kedai mamak terkenal, Q Bistro.
Menerusi video perkongsian, kelihatan muka Zahra terkejut selepas menerima sepinggan roti tisu yang agak tinggi daripada jangkaannya.
“Saya ingatkan (roti tisu) snek yang kecil. Dia cakap, ‘Apa kata cuba roti tisu.’ Ni gila. Dia (pekerja) kena pegang dari atas ke bawah,” kata Zahra sambil bergelak ketawa melihat hidangan tersebut.

Tambahnya, rupa roti itu mengingatkannya kepada ‘topi Wizard’ seperti yang selalu dilihat dalam kartun atau filem.
“Semua orang suruh saya cuba roti tisu, tapi tak ada siapa pun bagi amaran betapa besarnya roti tu? Lepas rasa je, baru saya sedar, saya sebenarnya nak lagi banyak daripada tu!” katanya di ruangan kapsyen.
Pelancong Minta Cadangan Makanan Menarik Lain Di Malaysia
Walaupun terkedu melihat ketinggian roti itu, pelancong berkenaan berkata roti tisu tersebut sangat sedap dan menepati cita rasanya.
“Ni sangat sedap untuk tak cuba!” ujar Zahra.
Wanita itu di ruangan komen turut bertanya kepada penduduk tempatan idea-idea makanan yang patut dicuba olehnya selagi masih berada di Malaysia.
“Apa lagi yang mengejutkan? Roti tisu ni ‘blew my mind’.”
@z_salima Yall said to try roti tisu and no one warned me about how big it was??? Then I tasted it and realized I actually need more than this 🤤 . . . . . #malaysia #kualalumpur #fyp #food #foodtiktok ♬ original sound – Z_Salimaaa
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Cuit Hati Lihat Reaksi Pelancong Order Roti Tisu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat Zahra yang terpaku melihat saiz roti tisu tersebut.
“Saya suka dan seronok tengok orang makan roti tisu buat pertama kali. Ni salah satu makanan kegemaran saya,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga yang berkata sebenarnya banyak lagi roti tisu lebih tinggi daripada yang disaji di kedai mamak itu.
“Awak patut tengok roti tisu yang lagi tinggi dari tu di kedai makan lain. Pelawak Korea Selatan Kim Junho pernah order lima dan terkejut masa sampai sampai dekat meja,” ujar seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!
Sementara itu, ramai juga menyarankan Zahra makan roti itu bersama susu pekat untuk rasa yang lebih sedap.









Pelancong Cuba Banyak Lagi Makanan Klasik Malaysia
Menerusi tinjauan kami, Zahrah menerusi akaun TikTok miliknya sedang melakukan siri video dirinya mencuba makanan-makanan yang pelbagai di Malaysia.
Sebelum ini, dia turut berpeluang menikmati hidangan ikonik negara ini iaitu Nasi Lemak untuk sarapan pagi.
@z_salima Nothing beats nasi lemak at 9am!! I have no idea what I’m eating, but it was absolutely delicious 😋 also shoutout to my friend for cutting my chicken, I’m not great with the bones yet 😓 . . . . . #kualalumpur #malaysia #fyp #foodie #foodtiktok ♬ original sound – Z_Salimaaa
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: UNESCO Calonkan Nasi Lemak Sebagai Makanan Warisan Dunia
Bukan itu sahaja, dia juga sempat mencuba kuih-kuih tradisional yang menjadi kegemaran penduduk tempatan sebagai contoh onde-onde, ketayap, seri muka, bingka ubi dan kuih lapis.
“Minta maaf siap-siap sebab memang tak tahu langsung nama dia, tapi dessert Malaysia ni semua nampak menarik! Saya paling suka yang hijau dan pulut tu. Tolong bagitahu nama dia, nak cari lagi nanti,” katanya.
@z_salima Apologizing in advance for not knowing the name of anything but these Malaysian desserts are so interesting!! I love the green ones and the blue rice a lot! PLEASE let me know what they are called so I can get more 😓 . . . . . #malaysia #fyp #kualalumpur #desserts #food ♬ original sound – Z_Salimaaa
Tonton video penuh [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.